CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Langsung Tak Berkulat, Menakutkan!" - Lelaki Ini Simpan Burger McD Selama 10 Tahun

5-11-2019 12:52 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 6445| Komen: 32|Original author: TnT

Description: Anda pasti sudah seringkali mendengar tentang burger Mc Donald yang tidak mereput, namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya, bukan?Kredit foto:Kali ini, seorang lagi lelaki dari Iceland mendedah ...
Anda pasti sudah seringkali mendengar tentang burger McDonald's yang tidak mereput, namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya, bukan?

Kredit foto: carian internet

Kali ini, seorang lagi lelaki dari Iceland mendedahkan burger McDonald's yang dibelinya pada 2009 kini sudah mencapai usia 10 tahun.

Lelaki yang dikenali sebagai Smarason itu mendakwa dia membeli sebiji hamburger dan kentang goreng Mc Donald kali terakhir sebelum kesemua rangkaian restoran makanan segera itu ditutup di Iceland pada tahun 2009.

Menurutnya, dia ingin menjalankan uji kaji sendiri untuk mengetahui sekiranya benar dakwaan sesetengah pihak bahawa makanan Mc Donald tidak mereput, justeru Smarason yang merupakan peminat tegar McDonald's membuat keputusan untuk menyaksikan sendiri.


Pada mulanya, burger dan kentang goreng itu disimpan di dalam beg plastik di garajnya sahaja. Kemudian selepas tiga tahun, Smarason mendermakan makanan itu kepada Muzium Kebangsaan Iceland. 

Walau bagaimanapun selepas tiga tahun, pihak muzium  pula membuat keputusan untuk tidak menyimpannya lagi dengan alasan mereka tidak mempunyai alat dan bahan untuk mengawet makanan bagi disimpan di muzium.

Smarason menyatakan pihak muzium sebenarnya tidak perlu mengawet makanan itu kerana burger itu nampaknya telah pun terawet dengan sendiri. 

Selepas 10 tahun. - Kredit foto The Sun


Burger Mc Donald's itu kemudian dipindahkan ke sebuah hostel, Snotra House untuk pameran, sebelum akhirnya berbalik kepada Smarason, iaitu tuannya semula. 

Burger dan kentang goreng itu langsung tidak berkulat walaupun selepas 10 tahun! Sungguh menakutkan. 


Sumber petikan dari The Sun. 

Agak-agak apa dah jadi di dalam perut kita semua ya? Mungkin sudah tiba masanya kita beralih pada makanan sihat dan meninggalkan makanan segera. - CARI 


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fofuler 5-11-2019 01:00 PM
Kenapa semua mcd ditutup dekat iceland?
Quote Simunggu 5-11-2019 01:14 PM
mati syahid burger ni...tak reput...takbir...
Quote TravellingBear 5-11-2019 01:26 PM
Tengok suhu jugak laa. Kat malaysia try masukkan burger & fries McD dlm display box... maybe fries & daging je ok... roti tu berkulat juga .

& omputih makan mcD tkde letak sos macam kita. Kira makanan tu belum contaminated laa
Quote salmon-suki 5-11-2019 01:30 PM
Nk try jgk ler test cenggini{:smile
Quote damian_lee 5-11-2019 01:33 PM
Lantaklah berkulat ke tak
Tapi bila dah makan tu jangan lupa burn kalori tu
Ko melantak apa pun
Kalau dah pemalas

Kena penyakit gak .....
Quote Boomibulat 5-11-2019 01:40 PM
Klu i simpan jgn kata 10 thn..1 jam pn xsempat..asik teringat je nti..last2 ngap je la..
Quote estrellas 5-11-2019 01:44 PM
Tipu ar. I penah terlupa simpan mcd fries, berkulAt
Quote TravellingBear 5-11-2019 01:46 PM
estrellas replied at 5-11-2019 01:44 PM
Tipu ar. I penah terlupa simpan mcd fries, berkulAt

Malaysia mmg tak boleh. Sbb cuaca & suhu.. tapi lambat berkulat berbanding fries goreng sendiri kt rumah
Quote duri_durians 5-11-2019 01:49 PM
fofuler replied at 5-11-2019 01:00 PM
Kenapa semua mcd ditutup dekat iceland?
McDonald's is to close its business in Iceland because the country's financial crisis has made it too expensive to operate its franchise. The fast food giant said its three outlets in the country would shut - and that it had no plans to return
After the financial crash of 2008, the one McDonald’s restaurant in Reykjavik left town. It was not very established in the first place as the local burger chain, Hambórgarabúllan, was so popular that people basically boycotted the foreign chain. Now there are a number of great places to get a burger in Iceland.
camgitulah hasil google
Quote dauswq 5-11-2019 02:00 PM
itu tak kurang spt sesetengah hoader yg suka simpan makanan dlm peti ais bertahun2..

end up keluarkan makanan itu slps 10 thn kemudian.
Quote delsmomm 5-11-2019 02:08 PM
biar betull...

xkan xrosak sikit pun..berkulat pun tidak..

adakah kerana iceland sentiasa sejuk mcm peti ais...??
Quote RatuDunia94 5-11-2019 02:16 PM
duri_durians replied at 5-11-2019 01:49 PM
camgitulah hasil google

Franchise McD ni mahal kan.. kos operasi pun tinggi. Sbb tu x semua bandar kat malaysia ni senang2 nk wujud McD. Unlike KFC pekan kecik pon ada
Quote mizruncing 5-11-2019 02:21 PM
makna nya bahan pengawet yg digunakan bukan kaleng2 ke
Quote mdhelmi 5-11-2019 02:23 PM
estrellas replied at 5-11-2019 01:44 PM
Tipu ar. I penah terlupa simpan mcd fries, berkulAt

U lain
U mmg istimewa
Quote fushimi 5-11-2019 02:46 PM
ZINGER  KFC LAGI SEDAP
Quote cmf_premierleag 5-11-2019 02:51 PM
Simunggu replied at 5-11-2019 01:14 PM
mati syahid burger ni...tak reput...takbir...

ok ni lawak namateyyyy
Quote tumpanglalu74 5-11-2019 03:00 PM
TravellingBear replied at 5-11-2019 01:26 PM
Tengok suhu jugak laa. Kat malaysia try masukkan burger & fries McD dlm display box... maybe fries & ...

Lain ceritenye..
Quote kucingitam 5-11-2019 04:14 PM
fofuler replied at 5-11-2019 01:00 PM
Kenapa semua mcd ditutup dekat iceland?

burger cepat sejuk?

Quote kucingitam 5-11-2019 04:16 PM
tapi waiting time mcd sekarang sangatlah lama gila2 tak macam dulu2. yg anehnya, drive thru cepat je pulak.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.056134 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top