CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syoknya, Semua Makanan RM1.50 Sahaja Di Gerai Ini

4-11-2019 05:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2883| Komen: 18

Description: Jika sebelum ini tular dengan perniagaan makanan di gerai yang dijual serendah RM1 sahaja, kini nampaknya cara sedemikian semakin mendapat tempat.Gerai milik dua beradik ini yang terletak di Kampung S ...
Jika sebelum ini tular dengan perniagaan makanan di gerai yang dijual serendah RM1 sahaja, kini nampaknya cara sedemikian semakin mendapat tempat.

Gerai milik dua beradik ini yang terletak di Kampung Sungai Limau, Lekir di Setiawan dikatakan menjual menu serendah RM1.50 sahaja.

Memetik laporan Harian Metro, Halimah As Saadia M Kadiri, 29 dan kakaknya, Rabia Assyamiah, 34 menjual lebih 10 menu seperti nasi lemak, laksa, bihun, mi kari dan sebagainya di Gerai RM1.50.

Kredit foto: Harian Metro

“Idea memperkenalkan semua menu pada harga RM1.50 datang dari ayah (M Kadiri Tahir, 68) dan sejak tiga minggu lalu kami selaraskan semua harga makanan di sini,” katanya. 

“Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dan bukan sahaja orang kampung, penduduk sekitar dalam serta luar daerah ini turut datang ke sini.

“Kami tidak mahu berkira dengan pelanggan dan maklum balas mereka memberitahu hidangan kami berbaloi, sedap dan puas hati,” katanya lagi. 

Selain itu, mereka turut menjual tiga jenis roti canai iaitu roti biasa, telur dan boom serta menu istimewa lempeng pisang. - CARI 
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 4-11-2019 06:30 PM
Syukur ada juga peniaga yang nak jual dengan harga macam tu zaman sekarang ni
Quote Pearlapple 4-11-2019 06:50 PM
Alhamdulillah, semoga murah rezeki.
Quote isseliparjepun 4-11-2019 07:08 PM
Macam konsep kantin sekolah la semua RM1.50. Portion tak banyak sangat and tidak la terlalu sedikit. Just nice. Bagus la macam ni sambil sambil bersedekah. Ada la rezeki kemewahan, kalau tak mungkin dapat rezeki lain contohnya kesihatan, anak anak yang berakhlak dan menyenangkan kedua orang tua, dan kasih sayang sesama makhluk.

Quote imransulaiman 4-11-2019 07:16 PM
Aim for the volume {:good{:good{:good

Strategi macam ni memang menguntungkan both sides. Saya sokong {:good
Quote LadyCarefree 4-11-2019 07:41 PM
Takut klau memurah ni
Quote eLiaD 4-11-2019 07:45 PM
certain food je murah jgn minuman ang cas rega yahudi sudah sbb nk cover mknan yg murah tu sbb dh byk kali terkena dgn taktik peniaga mkan kdai bajet ni apoo



Quote vespa_oren 4-11-2019 08:18 PM
pnh aku mkn kedai mangkuk rm2, ok lah untuk hrga rm2 xkn nk hrp mcm byr rm20 tpi tulah last kot gie,
Quote Perawankota 4-11-2019 11:16 PM
Moga semakin murah rezeki
Quote nono86 4-11-2019 11:32 PM
Hmm.. Murah2 pun habis dekat rm10 jugak. Semua jenis beli nak rasa semua
Quote DARSITA 5-11-2019 01:00 AM

Kedai atas tapak tanah sendiri - tak ada sewa. Okaylah tu.

Sedap pulop tgk gambar nasi lemak sambal telor !
Quote orgsepang 5-11-2019 07:10 AM
Alahai, bila nak ada dekat2 sepang ni. Asyik nun jauh di sana saja.
Quote mea 5-11-2019 07:20 AM
orgsepang replied at 5-11-2019 07:10 AM
Alahai, bila nak ada dekat2 sepang ni. Asyik nun jauh di sana saja.

kenn..orang Putrajaya pun nak join gak nih
Quote swayne 5-11-2019 07:23 AM
I suka konsep macam ni sebab sure portion tak terlalu banyak. Sebab i jenis makan sikit. Stress nak makan kalau kedai hidang 1 mangkuk besar. Senak rasa
Quote DollahRepek 5-11-2019 10:31 AM
Lalat byk smpai bleh eksiden lalat tu
Quote videcloset 5-11-2019 10:40 AM
murah nya. murah rezeki dia berniaga jujur mcm ni
Quote Sangkar_Emas7 5-11-2019 11:14 AM
Jauhnya...kalau area tempat kerja i, mmg lunch ni tros i pergi...
Quote gaara_X 5-11-2019 11:55 AM
orang bandar tengok n baca je laa benda murah cam nie...
Quote SyaJoyah 15-11-2019 06:13 PM
Kat setiawan bolela juai murah2

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.064861 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top