CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Michael Ang Sertai Polis Evo 3, Bukan Sebagai Pengarah Tapi Pelakon!

6-11-2019 10:51 AM| Diterbitkan: ramossterritory| Dilihat: 6902| Komen: 34|Original author: Oleh: ramossterritory

Description: Selepas kejayaan luar biasa Polis Evo (2015) dan Polis Evo 2 (2018) yang berjaya mengutip lebih RM35 juta jika digabungkan secara keseluruhan, Astro Shaw pastinya tidak akan memperlahankan rentak mere ...
Selepas kejayaan luar biasa Polis Evo (2015) dan Polis Evo 2 (2018) yang berjaya mengutip lebih RM35 juta jika digabungkan secara keseluruhan, Astro Shaw pastinya tidak akan memperlahankan rentak mereka dalam menghasilkan trilogi bagi filem aksi hebat ini.


Kredit Foto: Carian Google

Polis Evo 3 bakal membawa kelainan berbanding dua filem sebelum ini kerana ia akan diarahkan oleh pengarah berbakat besar, Syafiq Yusof yang sebelum ini pernah mengarah filem-filem pecah panggung seperti Misteri Dilaila dan Abang Long Fadil 2. 



Dilihat melalui Instagram Nora Danish, Polis Evo 3 kini masih dalam proses bacaan skrip oleh para pelakon dan akan memulakan penggambaran tak lama lagi.

Polis Evo 3 bakal mengekalkan teraju utama mereka iaitu Zizan Razak sebagai Inspektor Sani dan Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai, selain membawa semula keluarga kepada Inspektor Sani, lakonan Nora Danish dan Eyka Farhana.



Filem ini juga bakal menampilkan dua nama besar dalam industri filem iaitu Syafiq Kyle dan Michael Ang. Syafiq Kyle bakal memainkan watak Inspektor Danny, manakala watak Michael Ang masih tidak diketahui.




Dengan pertambahan pelakon-pelakon hebat ini, sudah pasti filem Polis Evo 3 akan turut sama meletop seperti dua filem sebelumnya. Sama-sama kita nantikan!

Apa lah watak yang bakal dibawa Mike ya? - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaklimahcomot 6-11-2019 11:08 AM
haru biru la kalau dia ni.. motif???? sharnaaz ok  la jugak.
Quote manehnya 6-11-2019 11:10 AM
emsemnya sapik kail, MA jd watak apa? fonen tua boleh la
Quote Boomibulat 6-11-2019 11:15 AM
MA jd jo low ke?
Quote putericahaya999 6-11-2019 11:18 AM
Plsjadi polis bam mike
Quote suiskipas 6-11-2019 11:27 AM
Asal bukan herol zeren ok jah {:run
Quote peah311 6-11-2019 11:29 AM
suiskipas replied at 6-11-2019 11:27 AM
Asal bukan herol zeren ok jah {:run

heols dh meminta diajak uolssssss..
Quote beta_carotene 6-11-2019 11:32 AM
Meols rasa MA dpt watak apek jual ikan.. Ujung2 dia ketua sindiket seludup pompuan
Quote chicozinn 6-11-2019 11:41 AM

tak memasal MA kena pakai topeng beruang and berjalan serupa seladang lak nanti..
Quote kumak 6-11-2019 11:42 AM
nanas i pun kan
Quote Bumbu 6-11-2019 11:45 AM
Jd bapak hayam ke watak sheols... Omey2 capik tak sabar nak tgok...
Quote Biabetik 6-11-2019 12:15 PM
MA jd tokey2 ah long la kot. X kan jd polis. Agak2  la
Quote RatuDunia94 6-11-2019 12:25 PM
Mike sejak dh kurus mendunia yachhh..


Iols syak heols bawa watak netizen yg kena saman dgn retis.. inspektor khai n inspektor sani kali ni ditukarkan ke bahagian jenayah siber..
Quote adeqbun 6-11-2019 01:45 PM
jap..tu ritrut ke..
Quote Suchi 6-11-2019 01:46 PM
RatuDunia94 replied at 6-11-2019 12:25 PM
Mike sejak dh kurus mendunia yachhh..



Tah2 dia jd ketua polis weh huhuhu dia dh kurus skrg ni
Quote Suchi 6-11-2019 01:46 PM
Penampakkan poji nawi gak tu biasa dia antagonis tapi taktaulaaa skrg ni pun dia byk watak abah2 yg baik
Quote RatuDunia94 6-11-2019 01:54 PM
Suchi replied at 6-11-2019 01:46 PM
Tah2 dia jd ketua polis weh huhuhu dia dh kurus skrg ni

Boleh jd juga.. mula2 org ingat heols cina jahat.. rupanya ketua polis yg menyamar gitu.. syafiq yusuf kan suka buat cerita ada plot twist..
Quote Rapz 6-11-2019 02:03 PM

Bkn...pelakon baru tk salah
Quote whadda 6-11-2019 02:06 PM
dia ganti watak Mat Yam ke??
Quote lasagna 6-11-2019 02:11 PM
Mike, kau bawak watak apoo sebenarnya ni?
Cite laa sket, tiberrrrrrr.. (kot2 mike baca porum ni)

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.048651 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top