CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Topik #PIBG Buat Pelajar SPM 2019 Pening Kepala, Ingat Sama Dengan PUBG. Malunya!

12-11-2019 11:09 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10583| Komen: 110|Original author: Sang_Pencinta

Description: Topik #PIBG Buat Pelajar SPM 2019 Pening Kini Trending
Masih anda mengingati apakah soalan peperiksaan SPM pada zaman anda terutama Kertas BM? 

Mungkin ya, mungkin tidak, tetapi yang pasti anda akan mengingati perasaan tidak puas hati dengan jawapan anda ketika itu. 


Malangnya, zaman dahulu belum ada teknologi seperti Twitter sebagai medium untuk meluahkan rasa tidak puas hati tersebut seperti zaman ini.



Kredit foto: Carian Google


Minggu lalu bermulanya peperiksaan SPM 2019 dan ramai pelajar yang meluahkan rasa terkejut dengan soalan SPM Kertas BM sehingga pelbagai topik berkaitan menjadi trending, terutamanya soalan karangan mengenai #PIBG.


Kredit foto: Twitter



Dalam soalan tersebut, pelajar dikehendaki mencadangkan langkah-langkah untuk menarik minat lebih ramai ibubapa menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG). Bagaimanapun, topik ini menjadi isu bagi pelajar, kerana ramai yang tidak menjangkakannya.


Malahan ramai yang tidak tahu apa itu PIBG, sehingga menyamakannya dengan permainan video games PUBG.

'I read PIBG as PUBG , wow so stupid #spm2019' kata seorang pelajar.

'My only fear about bm p2 is that i think i wrote PUBG instead of PIBG  #spm2019' tambah seorang lagi.

'The rumusan was about PIBG and i wrote PUBG all the way..' luah seorang pelajar.

'I'm looking at spm 2019 memes and I'm so glad I don't have to take it shkfsj what even is pibg I only know pubg' tulis seorang lagi.


Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter


Ada juga yang menyesali kerana selama ini mereka sering terlupa untuk menyerahkan surat penggilan mesyuarat PIBG kepada ibu bapa masing-masing.

'Want to rant to my family about how my rumusan talks about PIBG and then got scolded because i never give any invitations for Mesyuarat Agong PIBG to my parents' tulis seorang pelajar.



Kredit foto: Twitter

Malahan, ada yang menyalahkan soalan Kementerian Pendidikan Malaysia kerana mengeluarkan tajuk yang tidak berkaitan dengan hidup mereka.


Kredit foto: Twitter


Persoalannya, bersetujukah anda bahawa soalan mengenai topik PIBG ini tidak releven dan lebih susah daripada SPM terdahulu? Atau pelajar sekarang tidak terdedah dengan isu-isu semasa di sekolah? - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TravellingBear 12-11-2019 11:11 AM
Apooo semua org dah tak reti ckp melayu ke. Hahahaa
Quote Sang_Pencinta 12-11-2019 11:14 AM
BBNU berkicau di Twitter pun dalam BI, agaknya masih pandai ke menulis karangan dalam BM?
Quote ibu_haritz 12-11-2019 11:18 AM
bosan dgn BBNU skrg..bodoh nak mampus...
kalau anak aku perangai mcmni siaplah..
Quote batmana 12-11-2019 11:20 AM
Kalu karangan psl PIBG pn xreti.baik amik UPSR balik lar..wt malu je Bdk spm
Quote Sang_Pencinta 12-11-2019 11:22 AM
Soalan SPM makin senang tapi pelajar kini makin manja
Quote lazim 12-11-2019 11:22 AM
Mn komen yg kata p tu pelajar. Haha. P tu persatuan la dol. Cpt delete
Quote haruslah 12-11-2019 11:25 AM
kalau nak soalan yg berkaitan hidup korang jer
baik buat tajuk karangan "aku seorang........."
mengada lebih

haritu yg paper BI pasa ape tah
x paham aku budak2 skrg ni
semua nak kena suap

dulu elok je soalan ape pon hadap
nama pon karangan
Quote rosasen 12-11-2019 11:27 AM
bodoh la BBNU tu la byk main hp sgt
Quote suduseno 12-11-2019 11:29 AM
Bodohnyaaaaa. Apa susah sangat PIBG tuh? {:dot
Quote nazzse 12-11-2019 11:31 AM
b****h juga budak2 sekarang ye..ingatkan makin maju makin cerdik, merempan cerdik je rupanya
Quote Kurex 12-11-2019 11:32 AM
bahagian penulisan ni la makanan aku.. kalau anak buah aku macam ni, memang aku bagi satu tumbukan abg saleh
Quote Sang_Pencinta 12-11-2019 11:32 AM
haruslah replied at 12-11-2019 11:25 AM
kalau nak soalan yg berkaitan hidup korang jer
baik buat tajuk karangan "aku seorang........."
me ...

Karangan 'Aku Sepasang Kasut' lagi ke bang??
Quote Sang_Pencinta 12-11-2019 11:35 AM
Kalau tajuk mengenai video games, mereka ni pandailah kot
Quote simatakucing 12-11-2019 11:36 AM
Mengadanya ,rasa nak lempang je  
Quote Artemesiaa 12-11-2019 11:37 AM
Sendiri yang tak faham soalan tak baca betul apa yang ditanya gigih salahkan yang lain.  Bila terlalu banyak disuapkan semasa belajar tak betul2 ditekankan kena befikir untuk dapatkan jawapan macam ni ler hasilnya.
Quote haruslah 12-11-2019 11:38 AM
Sang_Pencinta replied at 12-11-2019 11:32 AM
Karangan 'Aku Sepasang Kasut' lagi ke bang??

aku sebatang pen
dah diorang nak soalan yg diorang 'tahu'



Quote paz 12-11-2019 11:40 AM
Apa macam tak cerdik budak-budak sekarang?
Quote kucingitam 12-11-2019 11:50 AM
ala bodohnya...sendiri bodoh, pastu nak marah kpm...

hangguknya bebudak sekarang.

camni yang nak suruh ngundi 18 tahun?

rentikan la weh..
Quote shernazz 12-11-2019 11:52 AM
Adoi la
Kenapaaaa
Mak pak hang mmg xde amek tau ke pasal ni?
Pibg tu mmg slalunkita dengar kan time skola
Tu la..time cikgu ckp korangndok gentel...

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.054152 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top