CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pekerja Lebih Produktif Jika Bekerja 4 Hari Seminggu, Malaysia Bila Lagi?

29-11-2019 10:39 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5102| Komen: 31|Original author: Tukang Tulis

Description: Microsoft Jepun juga mendapati kos operasi dapat dijimatkan.
Pekerja-pekerja Microsoft Jepun lebih produktif dengan pelaksanaan langkah empat hari bekerja dalam seminggu (gambar hiasan). Kredit foto: The Guardian

Para majikan khususnya di Malaysia lazimnya percaya waktu bekerja yang lebih panjang berupaya meningkatkan produktiviti pekerja sekali gus menyumbang kepada pendapatan yang lebih tinggi kepada syarikat.

Namun, Microsoft membuktikan perkara sebaliknya apabila pekerja-pekerjanya bukan sahaja lebih gembira malah menjadi lebih produktif dengan pelaksanaan peraturan empat hari bekerja dalam seminggu.

Memetik laporan The Guardian baru-baru ini, langkah percubaan itu dilaksanakan Microsoft di Jepun pada Ogos lalu menerusi projek baharu yang dinamakan Cabaran Pilihan Kerja-Kehidupan Musim Panas 2019.

Syarikat itu membenarkan kesemua 2,300 pekerjanya berehat pada hari Jumaat selama lima minggu berturut-turut dan pada masa sama, gaji mereka dikekalkan.


Pekerja yang gembira adalah lebih produktif (gambar hiasan). Kredit foto: NY Post
Hari bekerja yang lebih pendek menyumbang kepada urusan mesyuarat yang lebih cekap, pekerja yang lebih gembira dan melonjakkan produktiviti sebanyak 40 peratus.

Sebagai sebahagian daripada program tersebut, Microsoft turut merancang untuk memberi subsidi sebanyak AS$920 (RM3,805)  kepada pekerja untuk berlibur bersama keluarga mereka.

"Kerja untuk tempoh yang pendek, rehat secukupnya dan belajar lebih banyak.

"Saya mahu pekerja-pekerja memikirkan dan mengalami bagaimana mereka boleh mencapai hasil yang sama dengan waktu bekerja dikurangnya 20 peratus," kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Jepun, Takuya Hirano.

Microsoft Jepun turut merancang untuk memberi subsidi percutian keluarga kepada pekerja-pekerjanya (gambar hiasan). Kredit foto: Go World Travel
Sepanjang tempoh percubaan itu, pekerja-pekerja Microsoft Jepun didapati mengurangkan waktu rehat sebanyak 25 peratus, penggunaan elektrik dikurangkan 23 peratus dan penggunaan kertas yang untuk mencetak jatuh mendadak sebanyak 59 peratus.

Secara keseluruhan, sebanyak 92 peratus pekerja menyatakan mereka gembira dengan hari bekerja yang lebih pendek.

Perkara sama memang patut diamalkan di Malaysia bagi membolehkan para pekerja beroleh keseimbangan antara kehidupan dan kerjaya mereka. - CARI
5

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 29-11-2019 11:05 AM
4 hari bekerja berapa jam dalam office? 12jam or 8jam?
Quote Ina8895 29-11-2019 11:08 AM
Andyscenes: 4 hari bekerja berapa jam dalam office? 12jam or 8jam?

Kalau ikut budaya mat saleh, maksimum 4 jam aje
Quote Ina8895 29-11-2019 11:09 AM
Andyscenes: 4 hari bekerja berapa jam dalam office? 12jam or 8jam?


Eh silap. 8 jam
Quote bulalof 29-11-2019 11:09 AM
With the ultra kiasu attitude here, selagi boleh perah, 24 jam kena kerja, mostly, not all.
Quote Ina8895 29-11-2019 11:12 AM
bulalof: With the ultra kiasu attitude here, selagi boleh perah, 24 jam kena kerja, mostly, not all.


Kena keja 8 hari seminggu kot
Quote HannahMontana 29-11-2019 11:24 AM
Baik  jadi penganggur saja.
Quote dino 29-11-2019 11:26 AM
bulalof replied at 29-11-2019 11:09 AM
With the ultra kiasu attitude here, selagi boleh perah, 24 jam kena kerja, mostly, not all.

stp minit tu duit..
klau displin kuat bleh la gini.. keje kena siap ..

tak semua tmpt sesuai gini.. microsoft mampu la wat gituh
Quote be-keng 29-11-2019 11:36 AM
my company like this. office mode 4 days working, when project start 7 days working
Quote Artemesiaa 29-11-2019 11:41 AM
Dengan mentaliti kebanyak perkerja zaman sekarang ni pasti belum boleh nak laksanakan cara macam tu.  Melainkan attitude masing2 dah berubah terhadap tugasan yang diarahkan.
Quote EmaAsmadi 29-11-2019 11:42 AM
Setuju. Jumaat sabtu ahad cuti. Sekolah pun sama.
Quote paz 29-11-2019 11:47 AM
Paz keje 4.5 days, ok aja.

Tapi ada aja yang kita bagi kebebasan ni chulas time deliverable and integrity memang boleh dipersoalkan.
Quote eyansss 29-11-2019 11:56 AM
bulalof replied at 29-11-2019 11:09 AM
With the ultra kiasu attitude here, selagi boleh perah, 24 jam kena kerja, mostly, not all.

kena tengok juga on staff...  sebab banyak staff ni attitude kelaut...  kalau jenis ada integrity, honest, kerja smart n laju,  ikut deadline yang diberi, hasil kerja berkualiti dan ada value, bla bla bla, boleh je...  masalahnya, ramai staff yang perangai yahampun membuatkan menda ni susah untuk diapply...

Quote Bedah.Cun 29-11-2019 12:03 PM
Hurmm hurmmm company mak neh macam neh dah lama dah. So far, hanak2 hekan mak heppy jer mak bagi servis tambahan tenaga lagi kat deme walaupon mak neeh bos deme haaar. Muachhs
Quote Meiizu 29-11-2019 12:06 PM
Edited by Meiizu at 29-11-2019 12:11 PM
eyansss replied at 29-11-2019 11:56 AM
kena tengok juga on staff...  sebab banyak staff ni attitude kelaut...  kalau jenis ada integrity, ...

ingat tak bulan sept yg every week keje 4hari tu? i rasa produktif sgt masuk ofis nak siapkan keje sebb weekend cuti lama 3hari..serius best ..
cite lain ... perangai staff plak, pada awalnya kat sini flexible time cth:
flexible time ni takde dlm sop tau..director bagi based on trust jerrr
waktu masuk keje pkl 8-10pagi  ...takyah pilih asalkan dtg punch 8-10.
masuk keje pkl 8 boleh balik pkl 5. lepas tu pandai2 lah cukupkan waktu.



nak dijadikan cerita thn lepas dtg lah staf in out 10orang gak lahh kat satu department ni ... yg baru dtg syok almaklumlaahhh boleh dtg suka time.
kot ye pun janganlah sampai tiap hari pkl 10... 1 department takde staff before 10

sudahnya manager situ pening , new staff 2018 onward dlm offer letter diorang ada working hours 8.30-5.30 .
nasib baik we ollssss staff lama





Quote Sangkar_Emas7 29-11-2019 02:06 PM
Company i dah boleh buat kot. Sbb skrg kebanyakan by sistem je, manual byk dah kurang. Kerje pon dah tak byk. Dr bersenang lenang kt ofic, baik la diri ini balik n bergelumang dgn anak2 yg d kasihi.

Tp selalu bnde mcm ni utk ofic staff la, bhgn operation ssh nk dpt mcm ni.
Quote matseh 29-11-2019 02:22 PM
Budaya kerja. Kerja fokus, bukan main2. Ini masuk pukul 9. Pukul 915 breakfast, pass tu coffee break/smoking break. Tgk Phone. Lps tu EL/MC memanjang.
But aku suka kerja 4 1/2 seminggu.
Quote ohnoLia 29-11-2019 02:28 PM
Tak setuju. Maintain je mcm sekarang
Quote LostStar 29-11-2019 03:20 PM
tm dan open u da buat skrg ni..
Quote adila39 29-11-2019 05:57 PM
setuju! ini sabtu ahad pun kerja..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.133576 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top