CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bangga dan Menyentuh Hati, Budaya Pelajar Salam Pak Guard Dipuji Warganet

11-11-2019 10:29 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3640| Komen: 14|Original author: natrahn

Description: Adab adalah sangat penting dan lebih diutamakan sebelum kita mempelajari sesuatu ilmu. Apa gunanya ilmu setinggi langit andai diri tidak dihiasi dengan adab mulia dan akhlak yang baik sesama manusia.V ...
Adab adalah sangat penting dan lebih diutamakan sebelum kita mempelajari sesuatu ilmu. Apa gunanya ilmu setinggi langit andai diri tidak dihiasi dengan adab mulia dan akhlak yang baik sesama manusia.



Video yang dikongsikan oleh Azman Mahmin menunjukkan adab pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Luagan Keningau, Sabah  menyantuni dan bersalam dengan pengawal keselamatan yang bertugas menjaga pintu masuk usai hadir ke sekolah.

Video yang dirakam secara sembunyi ini menjadi viral di media sosi@l dan telah dikongsi sebanyak 7.5k kali.

Menurutnya Azman, beliau tersentuh hati dengan budaya yang diterapkan di kalangan pelajar,  menyantuni dan menghormati orang yang lebih tua dalam konteks ini ialah pengawal keselamatan itu.



Beliau turut  mengucapkan tahniah pada ibu bapa dan pihak sekolah atas sikap dan perbuatan pelajar-pelajar ini.

Rata-rata warganet turut berkongsi rasa bangga dan memuji sikap pelajar-pelajar tersebut. Sememangnya perbuatan ini harus menjadi contoh pada kita semua amnya dan sekolah-sekolah di Malaysia khususnya.




Sesungguhnya menghormati semua orang tidak kira apa pangkat dan darjat adalah nilai-nilai murni yang perlu ada pada diri semua orang. 

Bak kata Aristotle, ahli falsahah silam teragung, "Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya."

Semoga bermanfaat. - CARI 
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • mamaida28


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamaida28 11-11-2019 11:29 AM
alhamdulilah..
Quote chandrahusin 11-11-2019 11:30 AM
sama dgn sekolah anak aku kat tgh KL ni pun
semua murid2 salam mak2 guard yg jaga kat luar sekolah
Quote natrahn 11-11-2019 11:31 AM
chandrahusin replied at 11-11-2019 11:30 AM
sama dgn sekolah anak aku kat tgh KL ni pun
semua murid2 salam mak2 guard yg jaga kat luar sekolah

Alhamdulillah... bagus amalan tu...
Quote Artemesiaa 11-11-2019 12:39 PM
Baguslah dididik agar menghormati orang yang lebih tua macam tu dimasa sifat sopan satun dan makin terhakis kini
Quote gideoncross 11-11-2019 03:59 PM
Alah, kitorg pun sma gak dulu cuma msa tu kuasa viral tu xkuat, so xlah msuk dlm internet.
Quote bbasir 11-11-2019 04:29 PM
4 sekolah yg aku study dlu x penah lg buat mcm ni hahahaha
Quote natrahn 11-11-2019 04:57 PM
gideoncross replied at 11-11-2019 03:59 PM
Alah, kitorg pun sma gak dulu cuma msa tu kuasa viral tu xkuat, so xlah msuk dlm internet.

masa tu hp dah bole rakam  tak?
Quote Pamelaloba 11-11-2019 09:46 PM
Alhamdulillah sejuk je tengok
Quote noor2 12-11-2019 08:59 AM
Sebaknya tengok.....hormatilah orang bawahan. ..hidup jangan angkuh pandang rendah pada orang lain....
Quote BebeQ 12-11-2019 09:25 AM
Nak tanya, cikgu nya mana?
Kenapa cikgu tak tunggu murid depan tu, lagi afdhal.
Sekolah anak aku, pagi2 mesti ada sorang dua cikgu tunggu dan salam murid.
Guru besar pun akan ada kadang2.
Quote Jorja 13-11-2019 04:57 PM
Di keningau ni Ada water park, untung budak budak nya dekat Aja kalau nak p
Quote gideoncross 17-11-2019 03:33 AM
natrahn replied at 11-11-2019 04:57 PM
masa tu hp dah bole rakam  tak?

Dlm around 2k12, dh tntu hp boleh rakam tpi msa tu x gila viral & set2 kitorang je yg buat, x smua.

Quote munchkin 17-11-2019 11:15 AM
Baguihlah budak2 ni. Kesian pak guard2. Aku perati je. Macam depa ni invisible.

Tak perlu salam. Masuk2 say hi balik say bye. Senyum lah pada mereka2 ni. Kadang it makes their day to receive just smile from people.

Tahniah2 adik2.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.062318 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top