CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Biar Anak Main Basikal Lajak, 6 Ibu Bapa Pun Kena Tahan

11-11-2019 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9541| Komen: 58

Description: Akibat membiarkan anak terbabit dengan aktiviti basikal lajak di Taman Kosas, Ampang, enam penjaga ditahan polis.Bagaimanapun, mereka dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.“Merek ...
Akibat membiarkan anak terbabit dengan aktiviti basikal lajak di Taman Kosas, Ampang, enam penjaga ditahan polis. 

Bagaimanapun, mereka dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil. 


“Mereka ditahan kerana membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang berpatutan dan disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya.

Foto: Awani
Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata lagi, enam remaja berusia 11 hingga 16 tahun ditahan ketika menunggang basikal lajak di jalan raya pada 8.51 malam sebelum.


“Mereka kemudian dikenakan saman dan dilepaskan kepada penjaga masing-masing, sementara basikal itu disita mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan 1987.

“Malah dua daripada remaja itu yang berusia 15 dan 16 tahun itu didapati tidak bersekolah,” katanya.- CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 11-11-2019 03:35 PM
Cantik betul basikal2 mereka ni.... haha
Quote eyansss 11-11-2019 03:36 PM
ada tak yang nak meroyan on behalf of penjaga2 diorang ni?  hehehe...
Quote lemak_masin 11-11-2019 03:38 PM
Baguihh laa.. denda je ibu bapa yang bg anak main beskal lajak ni.. menyusahkan orang
Quote Boomibulat 11-11-2019 03:59 PM
Cash..         
Quote 150997 11-11-2019 03:59 PM
serupa sepot rim motor dh
well done nakk
Quote Smith98796 11-11-2019 04:00 PM
Edited by Smith98796 at 12-11-2019 02:48 PM

I want to play this kind of stuff. mypascoconnect
Quote noor2 11-11-2019 04:02 PM
Terbaik polis Ampang. ....

Yg Johor tu area kemalangan tu masih ada x budak2 tu main basikal?
Quote bungarose 11-11-2019 04:23 PM
Baguss
Pengajaran supaya ibubapa lebih bertanggungjawab dan elakkan anak2 jadi perosak yang menyusahkan orang lain
Quote Skuau 11-11-2019 04:28 PM
Edited by Skuau at 11-11-2019 04:31 PM

"wa manyak suka law jalan ini macam...wa angkat itu manggala talak sulat...kasi cabul itu budak....wa mana ada kena...ini budak main beskal manyak kasi susah lor...mak bapak mesti mau kena ma.....wa talak kena...hahahakihkihkih...." wa.. tauke musar.
Quote OmJualGas 11-11-2019 04:29 PM
Orangnya panjang, basikalnya kontot rendah...
Quote husie91 11-11-2019 04:44 PM
Bagussss polis ampang!! Kena strict supaya bagu pengajaran kat makpak mcm ni..
Quote fliphair8 11-11-2019 04:51 PM
bagus pak pulisi...kasi pengajaran skit kat mak pak yg boleh biarkan anak merayap dah tengah malam buta...hakak ni anak pi kedai lama sikit pun dah terpekik terlolong kat tepon...tok laki hakak jgn cakap laaa, dia punya bebel lagi dasat dari hakak, sebab dia memuda mak pak cerai berai, so dia sendiri tahu pangai hazab dia camne, ini percubaan dia supaya anak tak buas macam dia
Quote underground 11-11-2019 04:55 PM
ni aku sokong, sita beskal tu, tahan makpak.

tapi kes amoi langgar mati 8 org tu tetap kasi dakwa.
Quote paz 11-11-2019 05:07 PM
Ni baru betul, honour the law.

Barulah orang akan ikut.
Quote leylapple 11-11-2019 05:14 PM
kenapa biarkan anak2 merayau tanpa tujuan... tak sekolah lagi tu...

kalau minatnya ke basikal, sila enrol anak2 tu ke sekolah vokasional...atleast blh upgrade minat ke automotive
Quote Artemesiaa 11-11-2019 05:18 PM
Patut dah lama dilakukan macam tu tak perlu nak tunggu ada kemalangan berlaku baru nak bertindak
Quote cHimo 11-11-2019 05:21 PM
Dah macam pic menang hadiah basikal la pula
Quote PEPPERMAN 11-11-2019 05:32 PM
Buat macam di oversea, anak2 tu dirampas daripada jagaan parent dan diserah pada keluarga angkat, sementara ibu bapa masih tunggu dakwaan dan perbicaraan.
Nak bagi pengajaran yg lebih power, jika budak tu melayu Islam, letakkan dibawah keluarga angkat bukan Islam.
Quote Queenmastani 11-11-2019 06:23 PM
eyansss replied at 11-11-2019 03:36 PM
ada tak yang nak meroyan on behalf of penjaga2 diorang ni?  hehehe...

Haruslahh ada “heroes” yg kunun nk tunjuk pandai..walhal bodoh sokmo..

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.055469 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top