CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gambar Sekitar Majlis, Perarakan Sambutan Pertabalan Maharaja Jepun

14-11-2019 10:41 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 4994| Komen: 30|Original author: Oleh: Pink Lily

Description: Maharaja Naruhito dan isteri, Maharani Masako berarak di bandar Tokyo pada Ahad disaksikan rakyatnya sempena pertabalan baginda sebagai maharaja tahun ini.

Kredit foto: Reuters

Maharaja Naruhito dan isteri, Maharani Masako berarak di bandar Tokyo pada Ahad disaksikan rakyatnya sempena pertabalan baginda sebagai maharaja tahun ini. 

Baginda mengambil alih takhta selepas ayahanda baginda, Maharaja Akihito turun takhkta atas faktor kesihatan. 

Bermula jam 3 petang dari Istana Imperial, maharaja dan maharani Jepun itu dilihat menaiki kereta limusin Toyota Century sambil diiringi polis pengawal dan dibawa berarak sejauh 4.6 kilometer. 


Orang ramai kelihatan teruja mengambil gambar pasangan diraja itu yang memakai kot panjang berwarna hitam dan gaun putih beserta tiara. 

Ini merupakan perarakan pertama pasangan diraja ini selepas berkahwin pada 1993, menyaksikan ada di kalangan rakyat yang menanti berjam-jam hanya untuk melihat sendiri maharaja dan maharani tersebut. 

Maharani Masako, yang dilihat lebih aktif kebelakangan ini selepas bertahun-tahun menderita penyakit depresi, kelihatan beremosi dan mengesat air mata pada masa tertentu sepanjang sambutan itu. 


Maharani Masako dilihat menangis sewaktu sambutan sempena pertabalan Maharaja Naruhito. Kredit Foto: Prisma

Sebanyak 46 kenderaan digunakan untuk berarak, di mana salah satunya membawa adinda baginda, Putera Mahkota Fumihito dan isterinya, Puteri Mahkota Kiko. 

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe turut bersama dalam perarakan tersebut yang dibawa melintasi Jabatan Polis Metropolitan dan bangunan kerajaan sebelum tiba di kediaman rasmi pasangan diraja itu.


    
Kredit Foto: Reuters

Perarakan gilang-gemilang itu sepatutnya diadakan pada 22 Oktober sejurus majlis pertabalan, namun dijadualkan semula susulan ribut taufan yang melanda negara matahari terbit berkenaan awal bulan lepas.


  
Kredit Foto: Reuters

Majlis pertabalan baginda yang dijalankan sebelum ini dalam suasana tradisional dan penuh adat istiadat Jepun dihadiri oleh lebih 2000 tetamu kehormat terdiri daripada pegawai kerajaan, keluarga diraja dari 190 negara dan organisasi antarabangsa. 

Berikut gambar-gambar sewaktu majlis pertabalan dilangsungkan. - CARI


  
Kredit Foto: Town And Country Mag
  
Maharani Masako (kiri) dan Maharaja Naruhito (kanan). Kredit Foto: Town And Country Mag
  
Pegawai kerajaan dan wakil negara yang hadir ke majlis pertabalan melaungkan perkataan 'banzai' yang bermaksud 'semoga maharaja panjang umur'. Kredit Foto: Town And Country Mag
  
Putera Charles dari UK dan Puteri Mahkota Mary dari Denmark (kiri) dan Raja Felipe VI dan Permaisuri Letizia dari Sepanyol serta Emir Qatar (kanan). Kredit Foto: Town And Country Mag
  
Raja Abdullah dan Permaisuri Tunku Azizah dari Malaysia (kiri). Putera Abdul Mateen dan Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei (kanan). 
  
Raja Jigme Khesar Namgyel dan Permaisuri Jetsun Pema dari Bhutan (kiri). Raja Philippe dan Permaisuri Mathilde dari Belgium (kanan). 

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miemiecha 14-11-2019 11:14 AM
depresi maharani dia yek, lawa n comey je rambut gitu..
Quote nobito 14-11-2019 11:20 AM
Edited by nobito at 14-11-2019 11:34 AM

Ya Allah panjangkan lah umur Tuanku Maharaja Jepun Tenno Heika

Tenno Heika Banzai !

天皇陛下万歳
Quote najib888 14-11-2019 11:36 AM
Patung cendana jepun.. sekadar pertunjukkan kebudayaan..
Quote nobito 14-11-2019 11:42 AM
Edited by nobito at 14-11-2019 11:43 AM
najib888 replied at 14-11-2019 11:36 AM
Patung cendana jepun.. sekadar pertunjukkan kebudayaan..


Sebab tu Showa Tenno /Hirohito tak boleh didakwa atas jenayah perang.

Tenno Heika Banzai!
Quote Boomibulat 14-11-2019 11:56 AM
Untung jepun..negara besar ada tp 1 maharaje je..
Quote Artemesiaa 14-11-2019 12:00 PM
Katanya rakyat Jepun golongan muda suka akan maharaja yang baru ni mungkin sebab cara berfikirnya lebih modern
Quote chicozinn 14-11-2019 12:27 PM
maharani pun ade depressi apatah lagi rakyat marhaen..
Quote akakdendeng 14-11-2019 12:33 PM
kesian maharani tu ada depressi
Quote harizs 14-11-2019 12:40 PM
chicozinn replied at 14-11-2019 12:27 PM
maharani pun ade depressi apatah lagi rakyat marhaen..

Tambah2 zaman Pee H. Rakyat depressi kena kencing
Quote Psfzi 14-11-2019 01:15 PM
Masa first tume tgk maharaja ni mcm katun ingatkan xnak tunjuk mukanya
Quote batmana 14-11-2019 01:30 PM
pnah tgk dokumentari psl jepun, ada satu tmpt sawah padi khas utk maharaja jepun, dia pilih beras yg elok tu

pekerja tu pilih, sebiji2 dia amik dari bekas beras, punyala detail

beras tk elok dia tk hidangkn kt raja

dlm mkn terbaik pun, bole jadi stress cmni..
Quote sarah82 14-11-2019 02:52 PM
batmana replied at 14-11-2019 01:30 PM
pnah tgk dokumentari psl jepun, ada satu tmpt sawah padi khas utk maharaja jepun, dia pilih beras yg ...

Stress la..sbb dia kena jadi mesin beranak pewaris.
Quote msbegawan 14-11-2019 04:50 PM
suka tengok istana dorang
minimalist sungguh
Quote Modngengade 14-11-2019 05:01 PM
nobito replied at 14-11-2019 11:20 AM
Ya Allah panjangkan lah umur Tuanku Maharaja Jepun Tenno Heika

Tenno Heika Banzai !{:1_1 ...

dulu jews, lepastu Bugis  skrg nk jadi Jepun pulak ke?

Quote missbigrockstar 14-11-2019 05:02 PM
Cantik nya permaisuri Bhutan.
Quote cap_ayam 14-11-2019 05:05 PM
batmana replied at 14-11-2019 01:30 PM
pnah tgk dokumentari psl jepun, ada satu tmpt sawah padi khas utk maharaja jepun, dia pilih beras yg ...

Ye saya pun tengok.. lama dah kan dokumentari tu.. sebutir2 beras dipilih nak hidang pada maharaja.
Quote HannahMontana 14-11-2019 05:17 PM
Orang tu yang  teruk berusaha nak jadi manusia berjiwa rakyat marhaen,  nampak mcm makcik kampong dapat jemputan gi majlis di Raja mcm ni.

Lain kali hidup persis orang-orang istana , biar begitu selamanya. Jangan nak potray diri tu humble sebab mmg  xhumble  bila hidup dalam istana.

Quote nobito 14-11-2019 05:23 PM
Edited by nobito at 14-11-2019 05:25 PM
Boomibulat replied at 14-11-2019 11:56 AM
Untung jepun..negara besar ada tp 1 maharaje je..


Sebab tu kita kena panggil Maharaja Jepun sebagai Tenno 天皇  iaitu Maharaja.

Bukan "" 王 yang bermaksud Sultan atau Raja
Quote meisapoya 14-11-2019 05:30 PM
Semoga maharani ok2 saja...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.090686 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top