CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Usai Bunuh Ibu Sendiri, Lelaki Tolak Mayat Guna Kerusi Roda

12-11-2019 06:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5814| Komen: 36

Description: ‘Aku dah bunuh mak aku’.Itulah yang dikatakan oleh seorang lelaki yang membunuh ibunya sendiri di Taman Kampung Padang, Kuantan hari ini.Dipercayai lelaki berusia 38 tahun itu membuat pengakuan itu ...
‘Aku dah bunuh mak aku’.

Itulah yang dikatakan oleh seorang lelaki yang membunuh ibunya sendiri di Taman Kampung Padang, Kuantan hari ini. 


Dipercayai lelaki berusia 38 tahun itu membuat pengakuan itu selepas dia ditegur oleh pemilik gerai yang melihat dia menolak mayat wanita itu menggunakan kerusi roda. 

Kredit foto: Sinar Harian

Memetik Harian Metro, pemilik gerai, Samin Ahmad Mahboob, 53 berkata dia melihat lelaki itu menolak ibunya menggunakan kerusi roda pada 10.30 pagi. 

“Saya bertanya kepada lelaki itu: ‘Kenapa dengan mak?’ Dia jawab sudah bunuh ibunya sebelum saya melihat ada kesan tikaman pada leher mangsa.


“Saya lihat lelaki itu masih memegang pisau di tangan kanannya dan memintanya menolak kerusi roda ibunya ke bawah pokok,” katanya. 

Mangsa, Sefiah Hamid, 62 maut ditikam di bahagian leher kirinya dalam kejadian 8.30 pagi itu.

Dalam pada itu, lelaki tersebut dikatakan turut mencederakan dengan menikam adiknya, Masitah Mustafa, 26 serta teman lelakinya Mohamad Azizan Awang, 37.

Kredit foto: Sinar Harian

“Tidak lama kemudian adik perempuannya tiba dengan menaiki motosikal bersama teman lelaki dan menegur serta bertanya mengapa ibunya berada di situ.

“Namun secara tiba-tiba lelaki itu menyerang pasangan berkenaan dan menikam mereka beberapa kali sebelum saya menendangnya untuk menghentikan perbuatannya,” kata Samin lagi. 

Lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental itu kemudiannya diserbu oleh orang ramai dan diikat tangan serta kakinya sebelum pihak polis tiba. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote r_innalif 12-11-2019 06:31 PM
Allah.. kesian maknye, nyawa melayanh di tgn ank sndiri..
Quote Ailebiu 12-11-2019 06:36 PM
Kita ada video kes ni
Orang send kat ws
Sedih
Quote HannahMontana 12-11-2019 06:37 PM
tahi dadah kannnnnn?
Quote giyomi 12-11-2019 06:56 PM
citer ni di ceduk dari mana, aduh bahasanya sgh mengelirukan dan fening akak membacanya
Quote Madel 12-11-2019 07:04 PM
Dah tenguk video nya
Katanya dia dah bunuh ibu dia dari mlm semalm, pagi tadi baru dia bawak keluar ibu nya jalan2 keluar.
Kesian adik pompuan nya, parah n kritikal.
Alfatiha utk arwah ibu nya
Quote Perawankota 12-11-2019 07:16 PM
Bahaya bila ada yg sakit mental mcmni
Quote etilfas111 12-11-2019 07:16 PM
https://www.facebook.com/100016936481382/posts/574942176413660?d=n&sfns=mo
Quote kechikchomel 12-11-2019 07:22 PM
Kalau iolss jadi acik gerai tu, trauma iolss dibuatnya
Quote MelahJanda 12-11-2019 07:40 PM
Kuantan..lubuk dadah
Quote RatuDunia94 12-11-2019 07:40 PM
Patut kalau ada ahli keluarga bermasalah mental cepat lapor pada pihak berkaitan lah..deols ni ibarat bom jangka..
Quote menjad 12-11-2019 08:07 PM
Bnyk sgt kes pasal masalah mental nih... Hari tuh tikam bini... Ni kes bunuh mak pulak...
Quote sharlenetexas 12-11-2019 08:19 PM
Teringat pulak filem Alfred Hitchcock - Psycho
Quote MenteriWanita 12-11-2019 09:30 PM
Mental lah sangat, bisikan syaitan lah sangat, dari sekolah telan dadah sampai rosak otak, orang mental dia cederakan diri sendiri atau bunuh diri, yang kau bunuh orang celah mana mental kau.
Quote buapakperut 12-11-2019 10:04 PM
Mak aih seramnya. Kasihan dikau ibu, ajal ditangan anak sendiri, jenazah pulak diperlakukan demikian rupa.Al fatihah
Quote buapakperut 12-11-2019 10:06 PM
HannahMontana: tahi dadah kannnnnn?

Orang gila, kritikal ni,nape la tak duduk rumah orang gila
Quote bezita60 12-11-2019 10:10 PM
Hebat pakcik gerai. Bukan sembarangan berani menendang org gila yg sedang mengamuk.
Quote Kerkin 12-11-2019 10:25 PM
Kesiannya arwah , mayat diusung naik kerusi roda .. bahaya kalau sakit mental ni ..
Quote Kerkin 12-11-2019 10:25 PM
Kesiannya arwah , mayat diusung naik kerusi roda .. bahaya kalau sakit mental ni ..
Quote dubuk 12-11-2019 11:12 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.056305 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top