CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Mengaku Jadi Bapa Ayam, Lacur Isteri Sendiri

13-11-2019 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15554| Komen: 122

Description: Seorang bapa tiga anak mengaku tidak bersalah menjadi bapa ayam (muncikari) dan melacurkan isterinya, lapor Harian Metro.
Seorang bapa tiga anak mengaku tidak bersalah menjadi bapa ayam (muncikari) dan melacurkan isterinya, lapor Harian Metro.

Tertuduh, 33, membuat pengakuan itu hari ini, di hadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.


Tertuduh didakwa menjadi orang tengah terhadap perlakuan sumbang mahram antara isterinya dan lelaki lain di sebuah bilik hotel di Kuala Terengganu, jam 8.40 malam pada 24 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, lelaki terbabit berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 27 enakmen sama kerana melacurkan isteri di lokasi, waktu dan hari sama.


Foto: Harian Metro

Sementara itu, isteri tertuduh turut tidak terlepas dari dakwaan apabila dia didakwa mengikut Seksyen 25 enakmen sama iaitu persediaan melacurkan diri di lokasi, waktu dan hari sama.


Menurut laporan, wanita berusia 32 tahun itu didakwa di mahkamah sama dan berdepan denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau tidak lebih enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 19 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Manakala, isterinya dibenarkan diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat kedua-dua penjamin adalah individu berbeza.

Media sebelum ini melaporkan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menahan sepasang suami isteri dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran di sebuah hotel jam 8.40 malam pada 24 Julai lalu.

Mereka dikatakan menggunakan aplikasi WeChat untuk mencari pelanggan dan mempromosikan ‘perniagaan’. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 13-11-2019 03:29 PM
Edited by Boomibulat at 13-11-2019 04:01 PM

Muncikari-bapa ayam
First time dgr..
Quote Kurex 13-11-2019 03:34 PM
hampir tak nampak mata........
Quote batmana 13-11-2019 03:34 PM
patut diharamkan niqab kt situ,

niqab budaya arab,

klu dlm hadis, aurat tu tk tutup muka pun

pasni ada yg pkai baju budaya mongolia pi masuk court situ, susah lak kang.
Quote Boomibulat 13-11-2019 03:41 PM
batmana replied at 13-11-2019 03:34 PM
patut diharamkan niqab kt situ,

niqab budaya arab,

Betul..3x..
Quote Acikgomen 13-11-2019 03:43 PM
Boomibulat replied at 13-11-2019 03:29 PM
Muncikari-melacurkan isteri sendiri..
First time dgr petkataan ni..

Harini belajar dua pekataan baru. Solehot dan muncikari
Quote sukacactus 13-11-2019 03:45 PM
Bagus teguran tuan hakim tu
Geram pulak aku nengoknya
Quote Suchi 13-11-2019 03:47 PM
Acikgomen replied at 13-11-2019 03:43 PM
Harini belajar dua pekataan baru. Solehot dan muncikari

Kepada para isteri jadilah isteri yang solehot bagi suamimu manakala suami jangan jadi muncikari plak jaga bini tu molek2 mentang2 bini tu solehot

Quote Suchi 13-11-2019 03:51 PM
Disebabkan penampilan dorang yg cam ustak n setazah ada gakla komen kat fb yg mcm tak caya nak plak depa tak ngaku kan
Seolah2 nak kata depa ni kena tuduh/pitnah ke apa?

Takyahla terpedaya sgt dengan pakaian org g mahkamah syariah mmg semuanya tutup litup walopun kat luar terbuka sana sini.
Quote sfrnna 13-11-2019 03:52 PM
Terus jadi islamik ye tak. Jadi penunggang pulak. Kalau yg bebal tu boleh igt org alim pun buat benda x helok sbb gambar ni.
Quote helicornia 13-11-2019 03:58 PM
sedap lak perkataan munchikari tu, macam makanan pulak
Quote awanysss 13-11-2019 03:58 PM
mahkamah patut haramkan guna niqah kat kawasan mahkamah..
tak pasal2 jadik alim ulamak lepas melacur
Quote matchstick 13-11-2019 03:58 PM
Nmpk mcm acik2 je badan dia, ada ke yg nk melanggan
Quote MenteriWanita 13-11-2019 03:59 PM
Dia fikir dengan berpakaian begitu boleh mengubah keputusan hakim, hakim jadi lebih sejuk hati, lebih simpati, hujung2 kena sound nak tanya ada ribut pasir ka dekat mahkamah berniqab bagai takut pasir masuk mata

Quote Boomibulat 13-11-2019 03:59 PM
Acikgomen replied at 13-11-2019 03:43 PM
Harini belajar dua pekataan baru. Solehot dan muncikari

Oleh kerana isterinya begitu solehot dan dibutuhkan ramai lelaki..si suami berharap dapat memuncakarinya dgn harga yg tinggi..
Gitu contoh ayat..
Quote starbug7 13-11-2019 03:59 PM
Ntah2 cuckold husband dak?
Quote jofizo 13-11-2019 04:01 PM
sejak pakatan hancing perintah nih byk perkataan baru la....lepas semburit, now muncikari plak......
Quote Forfoxache 13-11-2019 04:04 PM
jofizo replied at 13-11-2019 04:01 PM
sejak pakatan hancing perintah nih byk perkataan baru la....lepas semburit, now muncikari plak...... ...

Mamat Ganu dtg lg ngan citer seks dia

Bukak la songkok tu. Mamat tunggang agama
Quote misuke 13-11-2019 04:08 PM
mmg pakai mcm tu ke ataupun sebab masuk mahkamah yg pakai gitu?
Quote diss69 13-11-2019 04:09 PM
Teringat pulak kt biskut jenama munchy's..

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.080128 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top