CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerbau Sesat 'Check In' Hotel, Mati Ditembak

13-11-2019 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5442| Komen: 47

Description: Mengejutkan apabila seekor kerbau seberat lebih setengah tan dikatakan memasuki sebuah hotel di Jalan Tun Tan Cheng Lock berhampiran Jalan Jonker hari ini.Memetik Harian Metro, laporan terbaru mengata ...
Mengejutkan apabila seekor kerbau seberat lebih setengah tan dikatakan memasuki sebuah hotel di Jalan Tun Tan Cheng Lock berhampiran Jalan Jonker hari ini.

Memetik Harian Metro, laporan terbaru mengatakan kerbau tersebut mati ditembak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Melaka.

Terdahulu, kerbau jantan itu dipercayai sesat dan cuba memasuki sebuah hotel lain di kawasan berkenaan. 

Foto: Harian Metro
“Berdasarkan rakaman CCTV, ia memasuki kawasan premis hotel melalui pagar belakang sehingga menyebabkan kerosakan.

“Ia kemudiannya beredar keluar melalui kawasan kafe menuju ke kawasan berhampiran sebelum kami dikejutkan ia terperangkap dalam sebuah hotel lain kira-kira 8 pagi tadi,” kata Pengarah Pemasaran dan Jualan Hotel Casa del Rio Melaka Agnes Tay.


Dalam pada itu, kejadian 7.20 pagi itu disedari oleh penjaga hotel berkenaan.  Dikatakan dia bertindak terjun dari tingkat atas bangunan kerana panik dengan kehadiran haiwan itu.

“Selepas lebih sejam mengepung kawasan terbabit, kerbau jantan seberat kira-kira 700 kilogram itu berjaya ditumbangkan kakitangan JPV dengan melepaskan satu das tembakan pada 10.15 pagi,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Raiz Mukhliz Azman.

Kini pemilik haiwan berkenaan sedang dikesan, manakala bangkai kerbau itu dibawa ke rumah sembelihan JPV di Jasin untuk tindakan lanjut. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 13-11-2019 03:40 PM
Patutnya pakai bius je..x pyh kasi mati.kebau bkn haiwan liar yg bahaya pun..
Quote jofizo 13-11-2019 03:49 PM
x blh tembak dgn ubat bius ka?
Quote Fly_over 13-11-2019 03:49 PM
tembak pakai pelali x boleh ke? syg nya.
Quote sukacactus 13-11-2019 03:50 PM
Macam lembu2 yg tido ats jalan sampai eksiden pengguna2 jalan yg lain tu la...xkan ada sapa yg nak mengaku tuannya pun
Quote Boomibulat 13-11-2019 03:54 PM
jofizo replied at 13-11-2019 03:49 PM
x blh tembak dgn ubat bius ka?

Sygnya klu dpt sembelih mkn lg baik..buat sup tulang plk..
Quote matchstick 13-11-2019 04:02 PM
Kesian pulak kt kerbau tu.. Kalau di tembak pelali pastu bwk ke tempat sembelih tidak lah sia2 kematian beliau
Quote MenteriWanita 13-11-2019 04:03 PM
Bahayanya, kalau kena sondol memang mautlah jawabnya, kerbau tak rileks macam lembu, dengan tanduk atas kepala, dia kira apa semua dirempuh, soalnya macam mana boleh tersesat, owner dia mana, ke kerbau dah sakit dia buang macam itu ja.
Quote Kurex 13-11-2019 04:04 PM
ambik jalan mudah je dorang ni
Quote miznora 13-11-2019 04:05 PM
Kesian yg panik tu. Sampai terjun bangunan dr tingkat 2. Yelaa mesti terperanjat tiba2 ada kerbau depan mata
Quote sehirkedi 13-11-2019 04:15 PM
Sedih...Kesiannya kerbau tu. Kenapalah tuannya biarkan berkeliaran.
Quote sepiITUindah 13-11-2019 04:19 PM
ruginya...telepon ler ultraman angkat gi letak kat hutan simpan
Quote Boomibulat 13-11-2019 04:20 PM
sepiITUindah replied at 13-11-2019 04:19 PM
ruginya...telepon ler ultraman angkat gi letak kat hutan simpan

Letak dlm hutan kena ngap dgn rimau plk nti..
Quote minguk 13-11-2019 04:21 PM
kalau sempat sembelih syukurlah, boleh diagihkan daging kerbau tu
Quote sharlenetexas 13-11-2019 04:28 PM
Semoga dapat tangkap dan kompaun tuan kerbau ni.
Quote ch3ngkoy 13-11-2019 04:37 PM
miznora replied at 13-11-2019 04:05 PM
Kesian yg panik tu. Sampai terjun bangunan dr tingkat 2. Yelaa mesti terperanjat tiba2 ada kerbau de ...

menggelabah kenapa eh? kerbau tu kat bawah, dia kat tingkat 2 kan? adehh..
Quote ReginaGeorge 13-11-2019 04:37 PM
Cara cepat bunuh. Seekor kerbau tu berapa perut boleh kenyang
Quote buapakperut 13-11-2019 04:38 PM
ganas sangat ke kerbaunya sampai kena tembak mati
Quote Artemesiaa 13-11-2019 04:39 PM
Sebab tu ada eloknya kalau ada sistem tag pada haiwan ternakan kalau ada yang jadi macam kes ni senang boleh tahu siapa peminiknya.
Quote binipopeye 13-11-2019 05:01 PM
staff jabatan veterinar melaka ni xcukup latihan ke... simple issue pun xreti handle... tembak bius jer leh settle... tembak mati ape ke bongok staff melaka nih... lain laa mengakibatkan manusia mati baru bole proceed tembak mati..

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.095624 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top