CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Warganet Tumpang Gembira Mustapha Kamal Dianugerahkan Gelaran Datuk Paduka!

14-11-2019 10:28 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 23188| Komen: 128|Original author: Oleh: natrahn

Description: Sebelum ini aktor Mustapha Kamal memang sering kali berlakon sebagai individu berpangkat Datuk.
Sebelum ini aktor Mustapha Kamal memang sering kali berlakon sebagai individu berpangkat Datuk. 

Nampaknya, kini ia semua menjadi kenyataan apabila beliau dianugerahkan darjat kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi V) membawa gelaran Datuk Paduka. 



Penganugerahan tersebut diberi bersempena Hari Keputeraan Rasmi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, kelmarin.




Perkara ini dikongsikan menerusi laman Facebook beliau. 




Menerusi hantarannya itu, Mustapha tidak lupa berterima kasih kepada isteri yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada dirinya.

"Tiga suku kekuatan yang ada dalam diri dan dijiwa suami adalah kerana isteri. Peranan isteri paling penting utk kejayaan suami dan keluarga. Berkat kesabaran dan kesungguhan usaha, InsyaAllah. Dia maha penyayang. Abang Mus sedang mencari kejayaan itu dunia akhirat," tulisnya.

Warganet turut tumpang gembira dengan penganugerahan tersebut.





Tidak kurang juga yang berjenaka mengenai 'Megah Holdings' yang sebati dengan pelakon tersebut susulan pembawaan watak-watak korporat dalam dramanya sebelum ini. 




Tahniah Datuk Paduka Mustapha Kamal! - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RVP20 14-11-2019 10:48 AM
Darjah Ahli Setia dapat title Datuk ???

Selalunya darjah Dato' ke atas baru ada
Quote kucingitam 14-11-2019 10:53 AM
harap papa tak cancel semua meeting selalu..
Quote prettyuglybabe 14-11-2019 10:55 AM
papa dah dapat gelaran datuk paduka..
jadi papa nak berehat dari uruskan syarikat..
papa amanahkan syarikat ni pada boboi..
tapi boboi mesti kawin dengan anak kawan papa dari rusia..
Quote CikB 14-11-2019 11:01 AM
tahniah!  sesuai sgt dgn imej yg selalu dibawa dlm drama
Quote kokocrunch 14-11-2019 11:01 AM
Tahniah Datuk Paduka Mustapha Kamal..
Quote keknaih 14-11-2019 11:11 AM
tahniah dato paduka
Quote miamiot 14-11-2019 11:13 AM
Tahniah Datuk Paduka. Esok meeting jgn cancel tau
Quote guesswho09 14-11-2019 11:17 AM
Seiras muka dia dgn sultan
Quote miemiecha 14-11-2019 11:21 AM
LAH, bru tau wifenye makcik lawo itu..
Quote lonso 14-11-2019 11:23 AM
Sabri yunus tak dapat ke..dia layak sgt rasanya
Quote Boomibulat 14-11-2019 11:26 AM
miemiecha replied at 14-11-2019 11:21 AM
LAH, bru tau wifenye makcik lawo itu..

Susan menon ke...
Quote Boomibulat 14-11-2019 11:27 AM
kucingitam replied at 14-11-2019 10:53 AM
harap papa tak cancel semua meeting selalu..

Hr ni meeting semua kensel sbb papa kena pgi istana..jus oren tepi kolam x pyh sediakan..papa x blk mlm ni..
Quote sarahmirza 14-11-2019 11:28 AM
Ada iras muka SK pulak mata i tengok...
Quote miemiecha 14-11-2019 11:31 AM

haah, mek baru tau,.. ade gak tertengok drama makcik tu, dok kabo lawa sbb mix, rupanya wife abemus...
Quote September14 14-11-2019 11:31 AM
Baru hrtu aku tfkir dia ni bila nak dpt dato sbb dah sllu sgt bawak watak dato tansri bagai tu.
Quote AbukRokok 14-11-2019 11:35 AM
tahniah dato
bertambah kencang bisnes lepasni dgn gelaran ni
dpt klien bilion2
Quote Thanatus 14-11-2019 11:42 AM
apa beza Datuk dgn Datuk Paduka?
Quote RumiMenari 14-11-2019 11:43 AM

Terhibur i bace komen korang
Quote mamaida28 14-11-2019 11:48 AM
kelakar lah kauorg nie

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.057861 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top