CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Kalau Terpaksa, Saya Jual Rumah' - Berubat Ke Hospital Mahal, Keluarga Model Dikecam Minta Sumbangan

14-11-2019 12:19 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 13015| Komen: 80|Original author: Sang_Pencinta

Description: ‘Kalau Terpaksa, Saya Jual Rumah’ - Berubat Ke Hospital Mahal, Keluarga Model Rosak Injap Jantung Dikecam Kerana Minta Sumbangan Ramai
Ibu kepada model Muhammad Joharee Johari atau Aery, 29, meluahkan rasa kecewanya kerana terdapat segelintir pihak yang mengkritik tindakannya melancarkan tabung sumbangan bagi kos rawatan anaknya di sebuah hospital swasta kerana terdapat jangkitan kuman pada injap jantungnya. 


Memberitahu MStar, Noriza Yusuf, 57, berkata penyakit anak dikesan melalui ujian darah baru-baru ini. 


Kredit foto: Mstar


'Enam bulan lalu dia mula hilang selera makan, lesu dan tidak bermaya, dia juga sering merasa sejuk sehingga memakai 3-4 lapis baju' luahnya.

'Ujian di klinik kerajaan tidak mendapati apa-apa penyakit hinggalah klinik swasta merujuknya ke sebuah pusat rawatan swasta kerana keadaannya bertambah serius' tambahnya memberitahu sebab mengapa anaknya dirawat di hospital swasta.



Kredit foto: Mstar



'Di pusat rawatan swasta dijalankan pelbagai ujian, sehingga saya bimbang kewangan kami tidak mencukupi, akhirnya ujian mendapati terdapat jangkitan pada injap jantungnya dan perlukan empat suntukan antibiotic bernilai RM1,500 setiap enam jam' terangnya lagi.

Selepas 6 enam minggu rawatan dengan kos mencecah RM100,000, Aery yang juga bekas pramugara kemudiannya dipindahkan ke hospital kerajaan minggu lalu, tetapi tindakan Noriza meminta sumbangan dikecam segelintir pihak.


Kredit foto: MStar


'Selama menerima rawatan di pusat swasta, kos ditanggung memang di luar kemampuan sehingga terpaksa memohon sumbangan ramai, namun ada suara kedengaran yang mengecam kenapa kami berubat di pusat swasta yang mahal' luahnya kecewa. 

Beliau juga mengatakan tanpa sumbangan ramai, keluarganya mungkin terpaksa menjual rumah.

Kini terlantar di sebuah hospital kerajaan, Noriza berkata beliau sedih melihat anaknya yang dulu aktif tetapi tidak lagi dapat bergerak selepas diuji dengan penyakitnya.

'Sebagai ibu saya mendoakan kesembuhan Aery dan memohon sumbangan daripada orang ramai melalui telefon 017-2400835, saya berdoa semoga Allah merahmati anda semua' katanya mengakhiri perbualan. - CARI

1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • natrahn

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 14-11-2019 12:24 PM
Knape bila masok sepital, heols jd itam?
Quote cikatilia 14-11-2019 12:37 PM
nampak mcm org kaya bercuti galak kesana kemari baju branded kemain

ujung2 mintak bantuan
tu org kecam kot

so now dah pindah balik hospital kerajaan
duit tabung tu nak tampung hutang 100k ke or
nak bayar duit gomen ke or
nak sambung masuk hospital swasta
Quote kentel 14-11-2019 12:47 PM
pentingnya ada medical card kat sini.....
Quote anarina 14-11-2019 12:51 PM
Biasa je, hosp gomen selagi blm status nak mampos sgt, dia akan assess sapa yg lagi teruk drpd yg teruk.. selalu kene amik 2nd 3rd opinions di private utk counter hosp gomen, then only dpt attention n subsequently dpt bed/place n treatment, realiti, dont settle easily, kalau ada something wrong n we knew it for sure even didenied in 1st place, find a way to counter, then diorg xleh deny lagi... tips n tricks, kena kreatif...
Quote anarina 14-11-2019 12:52 PM
Bagus gak famili ni, cari jln eventually dpt msk gomen, tp kos yg kat private tu for this type of penyakit kebabom jua laaaaa tp dh msk gomen xla berpanjangan billing private
Quote otai_g 14-11-2019 12:56 PM
ntah2 yg tkg derma rumah pun tarak. Inilah namanya zuhud al bodori.
Quote pumpkingirl 14-11-2019 01:02 PM
Kesian..nampak baik..betapa nikmat dunia itu hanya sementara..semoga dipermudahkan segala urusan..
Quote ais_kosong 14-11-2019 01:05 PM
semoga diberi kesembuhan
Quote BerbiriOren 14-11-2019 01:13 PM
insurans perubatan x cover ke penyakit begini??
Quote CatMiow 14-11-2019 01:25 PM
Bekas pramugara, berenti bila?

Pramugara ni tak da insuran nak cover,  jika berenti sbb sakit,  memang kesian la.

Tapi kalau dah lama berenti,  dah tu tak beli insuran,  maksudnya mungkin dia terlepas pandang kebaikan medical card.

Keduanya,  heran la,  knapa hospital gov  ni payah sangat nak detect sakit ye, fasiliti makmal tak cukup ke,  rosak?
Quote Psfzi 14-11-2019 01:26 PM
Kesian dia, semoga sembuh dr penyakit ya
Quote nia_salina 14-11-2019 01:31 PM
Bukan ke bila kita g gomen then dia kata gitu gini kendian pg swasta baru tau..then tau kos berapa ,kalau tak mampu kita dh blh bgtau dh dgn hosp tu and dia akan suggest alternatif n bg surat kt hosp gomen tu.if betindak awal tkla kos tinngi. Sekadar pendapat.
Quote Sang_Pencinta 14-11-2019 01:39 PM
CatMiow replied at 14-11-2019 01:25 PM
Bekas pramugara, berenti bila?

Pramugara ni tak da insuran nak cover,  jika berenti sbb sakit,   ...

Ikut pengalaman family saya pun sama, my dad bertahun berubat hosp kerajaan tak dpt detect sakit apa sampailah di hosp swasta baru tau ada kenser. Nasib dpt diubati.
Quote CatMiow 14-11-2019 01:44 PM
Sang_Pencinta replied at 14-11-2019 01:39 PM
Ikut pengalaman family saya pun sama, my dad bertahun berubat hosp kerajaan tak dpt detect sakit a ...

Kan,  pelik,  tapi ada juga yg kena detect cepat.  Rasanya tengok hospital juga kot.

Mcm saya hospital daerah,  memang payah detect,  buat prosedur biasa dulu,  baru yg complicated.

Mula2 scan biasa,  bila tak puas hati,  buat scan/prosedur yg besar sikit.
Quote prettyuglybabe 14-11-2019 01:59 PM
patutnya dari awal dah tau tak mampu pindah je la gomen..
ni kos dah beratus ribu baru teringat tak mampu..
kalau betul tak mampu sangat, sila share bill hospital..
tunjuk berapa belum bayar berapa banyak yang nak kena derma etc..
bukan buta-buta buat karangan pastu minta derma 100k buta-buta..
and kalau jual rumah tu pilihan terakhir, jual je la..
usaha dulu baru meminta..
Quote ninnamina 14-11-2019 02:03 PM
Sama kisah my mum. sedangkan perut membuncit mcm org mengandung. Byk kali appointment just suruh my mum kurangkan minum air. Amek darah ke scan ke xda buat. Pergi kpj amek darah ultrasounds  terus detect lymphoma. Transfer hosp kerajaan semula kita plak yg kene marah kenapa pegi cekup kat swasta TT
Quote Meiizu 14-11-2019 02:29 PM
baca komen korang , baca news semlm takut lahhh ter check up kat doktor yg tak bertauliah ni...kata byk doktor express
Quote Fly_over 14-11-2019 02:43 PM
Edited by Fly_over at 14-11-2019 02:46 PM
ninnamina replied at 14-11-2019 02:03 PM
Sama kisah my mum. sedangkan perut membuncit mcm org mengandung. Byk kali appointment just suruh my  ...


sama dgn mil iols. sakit perut g kk doc kt kk tu pegang pn tak sekadar tanya2. pegi klinik swasta buat scan ada cyst.

ayah iols dua thn mkn ubat sakit jantung dr hospital gomen smpi jd pyakit lain buah pinggang dh ssh keje sbb byk amek ubat tmasuk pyakit lain. g kpj skali hospital gomen slh diagnosis. xde sakit jantung pn. elok, tiptop doc kpj ckp. tak psl2 buah pinggan dpt pyakit.

utk tidak ot. ig model ni pnya gmbr buat was2 nk derma. ramai lg susah
Quote smartaleck07 14-11-2019 02:46 PM
Edited by smartaleck07 at 14-11-2019 02:48 PM
CatMiow replied at 14-11-2019 01:25 PM
Bekas pramugara, berenti bila?

Pramugara ni tak da insuran nak cover,  jika berenti sbb sakit,   ...

rasanya, sbb kalo kat hosp gomen, bila datang utk check up, yg check tu MO fresh2.. so, kalo MO tu terer dlm diagnosis, pastu tau apa nak test, mmg dapat la tau penyakit apa & terus refer pd specialist yg berkenaan.. tapi kalo MO yg tak terer dlm diagnosis, mmg berpuluh kali dtg hosp la utk test sana sini last2 tak tau pun sakit apa.. kalo kat hosp swasta, biasanya kita bole pilih nak jumpa sapa, and biasanya dah taraf specialist/consultant, so lebih terer dlm diagnose sakit apa.. pastu equipment kat hosp swasta mmg up to date, staff ramai, so peratusan utk dpt accurate diagnosis tu tinggi.... rasanya la, tapi aku pun x sure betul ke tak penerangan aku ni.. haha


Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.105016 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top