CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tahniah Bakal Pengantin, Elly Mazlein Dan Kekasih Bertunang Disember Ini

15-11-2019 10:29 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 14885| Komen: 68|Original author: Oleh: top5complete

Description: Elly Mazlein mendedahkan yang dia telah dirisik kekasihnya dalam satu majlis yang berlangsung secara kecil-kecilan. Apa yang lebih mengembirakan, Elly akan melangsungkan majlis pertunangannya disember ...
Elly Mazlein mendedahkan yang dia telah dirisik kekasihnya dalam satu majlis yang berlangsung secara kecil-kecilan. Apa yang lebih mengembirakan, Elly akan melangsungkan majlis pertunangannya disember ini. 


Menurut Elly, majlis itu diadakan secara sederhana dan tertutup hanya untuk keluarga terdekat sahaja pada bulan hadapan.


Foto Instagram Elly

"Insya-Allah, majlis pertunangan saya nanti akan berlangsung menjelang pertengahan Disember secara tertutup. Untuk majlis ini, saya akan raikan bersama keluarga dan rakan media.

"Insya-Allah, majlis akad nikah dan resepsi akan diadakan dalam skala lebih besar dan diraikan bersama keluarga serta rakan. Saya akan maklumkan apabila semua persediaan sudah lengkap dan muktamad," katanya kepada Harian Metro.


Foto Instagram

Elly juga mendedahkan nama kekasihnya, Azlan yang akan diperkenalkan pada hari pertunangan itu, namun dia enggan mendedahkan maklumat lanjut.

Difahamkan, selepas majlis bertunang akan ada tiga majlis lain yang akan menyusul iaitu majlis malam berinai, majlis akad nikah dan majlis resepsi sekaligus melengkapkan lima majlis impiannya.


Foto Instagram

Foto Instagram

Tahniah Elly! Semoga semuanya berjalan lancar. - CARI
4

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 15-11-2019 10:35 AM
Ok tahniahlah
Quote Kurex 15-11-2019 10:38 AM
bosan jugak asyik cerita pasal bakal tunang je..
Quote kaseh80 15-11-2019 10:50 AM
Nak tunang nak kawin
Nikah je LA cepat cepat
Tak payah la nak buat pc lagi nak hebah sana sini
Yg penting AKAD NIKAH
Quote ziezot 15-11-2019 10:54 AM
Eh... Ingat hari tu bertunang. Baru nak bertunang upenye... Risik mcm bertunang ngko... {:question
Quote DARSITA 15-11-2019 11:20 AM

Apasal tak nikah terus bukan anak dara pun .. risik lah tunang la nikah lah ,,,hisssh!!
Quote chicozinn 15-11-2019 11:22 AM
ape la kalu da status J ni helok la dipercepatkan terus kawen je ni nak merisik la bertunang bgai wat cemuhan masyarakat jahhh..
Quote Lelli 15-11-2019 11:24 AM
Selamat bertunang bln 12 nnti
Nnti iols komen lg bila benang bertunang keluar lg{:run
Quote anony-mous 15-11-2019 11:29 AM
Aik? Xtunang lg? Disember ni baru nk tunang ke nk nikah?? Bosan yach pompuan ni! Gedik mcm ni pon ada yg nak
Quote kuchenta_81 15-11-2019 11:31 AM
Laaaaaaaaaaaaa ingat hari tu majlis merisik dan bertunang
ajer gilerrrrrrr bape banyak majlis ni

Quote gummiebear 15-11-2019 11:41 AM
Korang ni biar la sheols nak merasa banyak2 majelis. Tahniah kak lina pompom. Nampak cam hensem bakal tunangan.
Quote ciknam 15-11-2019 11:45 AM
laaaa... ingatkan dah nak kawin.. rupanya nak bertunang baru...
Quote Meiizu 15-11-2019 12:04 PM
ciknam replied at 15-11-2019 11:45 AM
laaaa... ingatkan dah nak kawin.. rupanya nak bertunang baru...

haahha daku pun tekejut baca baru nak tunang yeee bukan sudah bertunang
Quote SayaSayangMama 15-11-2019 12:05 PM
Kak lina lepas ni tolong xpayah pakai dah contact lense besar gitu sbb mata uolss kecik je. Dan korset push up. Kuruskan je body betul2 mcm rita rudaini pakai apa pun cantik.
Quote shernazz 15-11-2019 12:27 PM
Laa
Aku ingat hari tu bertunang

Adoi la..
Semua nak hebah
Sat lg kang...ermmm
Quote friedfishsoup 15-11-2019 12:32 PM
Harap sambung kat thread ni je.. wartawan2 yang lain, tak yah buka thread baru pasal tunang dan perkahwinan kak Lina pompom lagi.
Quote polluxsstar 15-11-2019 12:37 PM
best ye nak kawin dgn lelaki bujang
moga segalanya berjalan lancar ye kak lina pompom
n semoga ikatan berkekalan till jannah amiin
Quote kiyudi 15-11-2019 12:41 PM
dh knp aritu x trus tunang wehh??

byk benor majelis kau.....buang duit buang masa....
Quote miss_match 15-11-2019 01:11 PM
Dulu masa bertunang dengan ex husband pun siap naik kereta kuda bagai dekat bukit kiara resort
So tak hairanla kak lina punya majlis merisik pun rupa bertunang
So uols semua tunggu je lah konsep apa pulak kak lina bertunang kali ni
Confirm gah lagi mewah
Quote Adeakukesah11 15-11-2019 01:23 PM
merisik pn dh mcm anak dara gaya nyaa
Baru merisik dh sedap ko sangkut tetek ko kat bahu laki tu aiyoooo

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.126274 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top