CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Tak Nak Staf Lelaki!' - Bayi Hampir Mati Kerana Ibu Hanya Mahu Doktor Wanita

18-11-2019 10:40 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7579| Komen: 28|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Memilih untuk bersalin dengan khidmat doktor wanita memang tidak salah dan menjadi hak sebagai pesakit.
Memilih untuk bersalin dengan khidmat doktor wanita memang tidak salah dan menjadi hak sebagai pesakit. 

Tetapi, bagaimana pula jika anda dalam keadaan kritikal atau kes kecemasan? Sudah pasti pihak hospital tiada pilihan selain menggunakan khidmat siapa sahaja doktor yang ada pada waktu tersebut. 



Kredit foto: Carian Google

Bagaimanapun, nampaknya ada ibu juga yang tidak memahami keadaan darurat seperti ini.

Itulah yang dikongsikan seorang doktor muda menggunakan nama Dr Juna di Twitter.

Menurut beliau, ketika menjalankan tugasnya di sebuah hospital baru-baru ini, seorang ibu telah dikejarkan ke wad kecemasan untuk pembedahan C-section kerana bayi yang dikandungnya mengalami keadaan fetal distress (bayi lemas). 


Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun, ketika beliau meluru masuk ke bilik bedah, ibu tersebut mengeluarkan kata-kata kasar menghalaunya.


'TAK NAK STAF LELAKI!' kata wanita tersebut.

Wanita itu yang turut tidak mempercayai vaksin menggunakan alasan agama untuk tidak mahu seorang pun staf lelaki merawatnya.

Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun, apabila dimaklumkan bahawa tidak ada doktor wanita yang bertugas pada masa itu, wanita tersebut terpaksa mengalah.

'Kami faham hak pesakit untuk memilih doktor wanita tetapi dalam keadaan darurat sila fahami situasi,' kata Dr Juna lagi.


Kredit foto: Carian Google

Akhirnya Dr Juna berkata, wanita itu dan bayinya berjaya diselamatkan, tetapi beliau menggesa ibu-ibu supaya jangan mengambil risiko yang tidak sepatutnya demi keselamatan bayi dalam kandungan.

Persoalannya, perlukah pesakit mendesak untuk hanya dilayan staf perempuan di kala kecemasan seperti ini? - CARI
2

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • CurangLagi


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-11-2019 11:09 AM
geng sohai ni memang sama ba wau dal wau ha
Quote batmana 18-11-2019 11:10 AM
doktor BBNU ke ni?

sehari bape kes cmni daa..ko ada masa tepek dlm socmed?
pi jupe doktor senior yg keje betul2, handle berpuluh kes 1 minggu, dia ada masa ke merintih dlm socmed?

Quote cikatilia 18-11-2019 11:11 AM
gang yg sama mendapor kan anak2 pompuan

ko xyah la susah2 nak gi sekolah esok kedapor saja kau

Quote Sang_Pencinta 18-11-2019 11:19 AM
cikatilia replied at 18-11-2019 11:11 AM
gang yg sama mendapor kan anak2 pompuan

ko xyah la susah2 nak gi sekolah esok kedapor saja kau

Kan? Lepas tu bila bini dia beranak, dia nak anak perempuan orrang lain yg susah payah belajar jd doktor tu jaga anak dia
Quote LadyCarefree 18-11-2019 11:19 AM
batmana: doktor BBNU ke ni? sehari bape kes cmni daa..ko ada masa tepek dlm socmed?pi jupe doktor senior yg keje betul2, handle berpuluh kes 1 minggu, dia ada  ...


Takat nak tweet sikit tu ada je masa. Baguslah dia share benda ni.

Bedah perut kot bukan doktor tu nk belek pepek kau pon nokz ooiiiii Klau nk memilih demand sngat, kau pi private. Maka obsgyn ko akan dtang ke sepital bila2 masa ko nk beranak.
Quote CatMiow 18-11-2019 11:22 AM
Dah namanya hospital kerajaan,  kena terima apa saja adanya...

Nak deman dok pmpuan,  kena daftar hospital swasta.  

Ai dulu kalau dapat nak kena periksa bio la dok pmpuan, tapi dek kerana ku tengok hospital gov ni klinik pakarnya ketuanya nampak mcm stress semacam,  dengan satu bilik consultation kongsi dua pesakit, nak tegur mo, ho mlh pakar sendiri pun dpan2 pesakit,  ku redhokan je la. Bukan ko sorng je dok lelaki tu periksa/bedah, ramai lagi.
Quote manehnya 18-11-2019 11:53 AM
diva nye, masuk spital gomen, still nk demand? pilih doktor?

wau, berapa hinggit kau bayar dik?
Quote MenteriWanita 18-11-2019 12:01 PM
batmana replied at 18-11-2019 11:10 AM
doktor BBNU ke ni?

sehari bape kes cmni daa..ko ada masa tepek dlm socmed?

Doktor lama dorang tradisional, almaklum dulu tak ada sosial media, tak biasa jadi sampai sekarang kalau ada apa2 kes tunggu kementerian kesihatan keluarkan statement, nak berkempen pun tunggu kementerian, soal jawab semua dalam laman web kementerian, jumud sangat.

kalau Dr. BBNU zaman now, dorang guna sosial media sebagai medium untuk kongsi cerita tempat kerja dan untuk public/patient ambil pengajaran, seiring dengan zaman teknologi, kalau ada bagi public palatoa yang bagi salah nasihat atau cadangan ubat serta rawatan pada pesakit yang tanya online, Dr. BBNU zaman now terus akan patahkan percubaan orang itu dengan hanya 1 tweet or 1 thread, mudah tangkas, dan pantas,

Dorang pun busy macam orang lain, tapi masih boleh arrange masa untuk look up any latest case di sosial media, kau kalau nak tanya apa2, tweet ja kat doktor2 BBNU, kalau dia nampak tweet kau dalam beribu tu dorang akan balas, dorang tak nak duit kau, macam doktor tradisional kau kena datang klinik atau hospital kalau nak tanya apa2, kena caj apa semua, nak keluar rumah, parking keta, dengan Dr. BBNU issa NO.
Quote jijilaaa 18-11-2019 12:05 PM
kalu anak mati salah kan hospital..nasib anak tu umur panjang

ak ada follow sorang antivaxx ni..huishh seram cara pemikiran
Quote dubuk 18-11-2019 01:34 PM
mungkin dua anak suhaimi saad ada potensi jadi doktor tapi apakan daya
Quote meow_tompok 18-11-2019 02:04 PM
jijilaaa replied at 18-11-2019 12:05 PM
kalu anak mati salah kan hospital..nasib anak tu umur panjang

ak ada follow sorang antivaxx ni..h ...

elok letak kat satu pulau je mereka ni, dah lah kerek menyusahkan org duduk satu society dgn kita, tapi demand ikut selera mereka yg mcm2
tu tak nak ni tak nak




Quote anony-mous 18-11-2019 02:19 PM
Doc ke pengutip sampah dlm OT room? Bahasa lgsg x nampak mcm doc. No wonder doc BBNU skrg sikit2 complain. Keje sekejap nak quit doctor
Quote Meiizu 18-11-2019 02:47 PM
golongan yg taknak ni lahh yg duit pun tak berapa nak cukup, diri sendiri pun belajar tak pandai , diri sendiri duk rumah konon syurga jadi housewife,  ...then daughter orang lain plak jadi dokttor , anak dia jadi pa tah !!
haishhhhn geram aku
Quote sarahmirza 18-11-2019 03:11 PM
manehnya replied at 18-11-2019 11:53 AM
diva nye, masuk spital gomen, still nk demand? pilih doktor?

wau, berapa hinggit kau bayar dik?

Kat arab ada je hospital kerajaan yg doktor semua perempuan kecuali pediatric...
Dah nama pun hospital tu hospital utk ibu dan anak aje...
Tapi tu kat luar negara la...
Bukan kat msia ni.... Tak layak disamakan...

Btw, beranak kat hospital swasta pun belum tentu 101% staff yg handle staff perempuan...
Ada je nurse lelaki yang bertugas masa tu, doktor aje yang confirm perempuan sbb kita nak doktor perempuan kan...
Quote Nana_Man 18-11-2019 03:59 PM
Dah ustazah2 ckp aurat kene jaga walau masuk waktu nk bersalin.. pompuan ni pun ikut lah... blm lagi yg pakai sluar tutup aurat bila nk beranak..
Quote ReginaGeorge 18-11-2019 05:51 PM
Amboi demand eh{:give
Quote salmon-suki 18-11-2019 07:47 PM
Dah kenapa gitu?nak biarkan anak lemas drpd sggup dibedah oleh doc lelaki?hellooooooo...xdenye doc tu nak bernafsu rogol kau kak,dgn keadaan mcm tu...tu darurat..adehhhhh laaa...
Quote salmon-suki 18-11-2019 07:50 PM
meow_tompok replied at 18-11-2019 02:04 PM
elok letak kat satu pulau je mereka ni, dah lah kerek menyusahkan org duduk satu society dgn kita, ...

Ntah kalau duk pulau pun sama je nanti..agak2 dah terdesak sgt,reti laa mereka nak buat apa..

Aiolzs dlu bt minor op pun doc laki..malu ape semua tu xyah ckp laa,tp sbb pk xnak tggung sakit,put aside ler benda2 malu tuh..lagipun sekali tu je akan kne treatment ngn doc tu..unless kalau cancerous mmg ler kne jmpe jgk..hahahaha
Quote Adelisa 19-11-2019 12:16 AM
2017 mase beranak ank no 2
sebelah LR aku ade family dr arab ni foreigner la kan xnk bg gynae aku csec bini dia padehal ank dia bridge dh mase tu
alasan? dia nk bini dia normal branak..dan gynae dia mase tu otw..kl kan jem so gynae aku take over dlu..bgaduh2 si laki tu dgn mak dia (ye 1 keluarga plak nk masuk LR)
xbg doc aku cser padehal dh emergency
naik hangin gynae aku di tengking nye arab arab itu tgamam kau semua  
sebaik aku dh abes bsalin tgh di observe dlm LR mase tu ..dpt la aku dgr arab arab eksyen tu kene tengking free..org sibuk nk selamatkan nyawa ko sibuk nk halang keje org..seriyes xleh brain
bkn ko pn yg kene cser tu bini ko kot tp dia pnye xbg mcm kan perut dia yg kene potong
nurse yg jaga aku ckp bini dia dh menangis2 dlm LR mintak doc ignore je laki dia and slmtkan baby hish koser btol dpt laki drama mcm tu tgh bini dgn ank pnye nyawa diambang maut

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.076073 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top