CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Remaja Didakwa Bunuh Pelajar Tahfiz Berusia 7 Tahun

15-11-2019 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8885| Komen: 53

Description: Dua remaja berusia 13 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini atas pertuduhan membunuh pelajar sebuah pusat tahfiz di Kuala Kaung, Lanchang, pada 7 November lalu.
Dua remaja berusia 13 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini atas pertuduhan membunuh pelajar sebuah pusat tahfiz di Kuala Kaung, Lanchang, pada 7 November lalu.

Harian Metro melaporkan, kedua-dua tertuduh hanya mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ti Pei Si.


Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa membunuh Mohammad Aimin Nurul Amin, 7, di asrama Madrasah Maahad Tahfiz Nahfah Syubban Addiniyah, Kampung Kuala Kaung, Lanchang antara jam 11 pagi hingga 1.30 tengah hari pada 7 November lalu.


Kredit foto: BH Online

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mereka tidak akan dikenakan hukuman mati kerana masih kanak-kanak, sebaliknya diletakkan dalam tahanan di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong.


Mahkamah menetapkan 19 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa dan untuk tertuduh melantik peguam.

Media sebelum ini melaporkan Aimin disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Lanchang kira-kira 1.30 tengah hari selepas ditemui warden wanita di dalam bilik asrama pusat tahfiz berkenaan dalam keadaan lemah.


Kredit foto: Harian Metro

Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa disebabkan trauma akibat permukaan atau objek tumpul pada dada dan abdomen. - CARI

Bagus
7

Marah

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Elanarose

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cumi2 15-11-2019 02:48 PM
Sedih bila tgk anak2 kcik mcm ni duk asrama di buli...buli bkn sikit2..smpai mati dikerjanya
Quote Count_Romanov 15-11-2019 02:59 PM
Mak bapak lah yang bodoh sebeno nye
Quote Count_Romanov 15-11-2019 03:01 PM
Ada tak dalam forom ni yg hntar anak dia ke tahfiz ? Konon nak suh ank jd orang. Lepas tangan didik ank ? Adaaaaaaaa
Quote MenteriWanita 15-11-2019 03:10 PM
Ada netizen lain mengatakan, masa mangsa dipukul tak kan tak ada yang dengar, haruslah mangsa terjerit pekik, budak lelaki suara kuat, atau ada pihak sengaja buat tak dengar, dan ada juga yang mengatakan mungkin yang membunuh ni dikambinghitam oleh pihak lain, post morten patut dibuat nak tahu sama ada mangsa pernah diliwat atau di sexual abuse oleh pihak lain.
Quote Perawankota 15-11-2019 03:14 PM
So hantar Henry gurney ke dorg tu
Quote amal12bh 15-11-2019 03:16 PM
7 tahun tu kecik sgt nk duduk asramanya tu..aduh la..
Quote Kurex 15-11-2019 03:19 PM
wahai acik2..
tahfiz tu bagus.. tapi umur muda macam tu bukan sesuai duduk asrama!!!!!!!!!
Quote cik_kuntum36 15-11-2019 04:00 PM
kesian nye... nape la bebdk zaman skrg ni... huhuhu
Quote Mfzg89 15-11-2019 04:01 PM
apa lah perasaan diorng...sedih.. setahun jagung dah kena hadap penjara seumur hidup..x merasa dah dunia luar.. hmmm
Quote faint_heart 15-11-2019 04:12 PM
Count_Romanov replied at 15-11-2019 03:01 PM
Ada tak dalam forom ni yg hntar anak dia ke tahfiz ? Konon nak suh ank jd orang. Lepas tangan didik  ...

I olls mcm pnah baca ada forumer hantar .. tutup aje la pusat tahfiz tak berdaftar ni.. menyusahkan org je!!
Quote justchu 15-11-2019 04:15 PM
Mak bapak tak bertanggung jawab, lepas tangan...sakit hati la baca kes2 gini
Quote Zeatyisaac 15-11-2019 04:19 PM
Allahuakbar. Pelik jugak. Anak2 di rumah anak2 yatim lebih muda dari arwah adik ni, boleh je hidup aman, tapi kenapa di sekolah pondok ini, begini pulak jadinya. Apa silapnya sekolah pondok ini dalam menyantuni anak2 syurga ini. Mereka masih kecil, teramat kecil, solat pun belum wajib ke atas mereka. Mampukah anda tidur lena malam2 mengenangkan harapan, masa depan dan nyawa arwah adik ini telah dicuri tanpa sebab? Semoga tiada lagi kesilapan seperti ini.
Quote ayorsuam 15-11-2019 05:10 PM
Maybe parents budak ni tak boleh nak bela dia kot. Jadi cara terbaik hantar dia ke tahfiz dgn harapan hidup dia lagi terbela & dia jadi insan yg terdidik.
Aku tau ada 1 rumah anak yatim & sekolah tahfiz ni, ada anak2 kat situ parents tak mampu nak bela sendiri, atas faktor kewangan dan kesihatan atau atas sebab2 lain. % yg parents hantar sbb malas bela seniri tu ada, % yg terpaksa parents bg org bela pun ada.
Quote sarah82 15-11-2019 05:22 PM
7 tahun antar dok asrama? Budak lagi..
Quote Psfzi 15-11-2019 05:52 PM
Kesian budak ni. Takut plak nk anta anak masuk asrama
Quote diss69 15-11-2019 06:45 PM
Count_Romanov replied at 15-11-2019 03:01 PM
Ada tak dalam forom ni yg hntar anak dia ke tahfiz ? Konon nak suh ank jd orang. Lepas tangan didik  ...

Akk anta ank ke skolah tahfiz bwh yayasan negeri trg.. Tp skolah ank ni akademik n quran seiring.. Pt3 kalau 6A ke bwh kena out, sbjct math sains n quran paling koman dpt b.. Kalau c pon kena out.. Hafazan pulak kena 15 juzuk ke ats bila nk naik form 4 nnti.. Ank akk baru abis pt3.. Hafazan alhamdulillah dh melepasi syarat cuma tunggu keputusan pt3.. Hrp dpt stay lagi.. Tp akk pon xkesah, kalau xlps sekolah biasa pon ok je..
Quote white_musk 15-11-2019 06:54 PM
Cash kepada ibubapa yang tidak suka menjaga anak tetapi pandai buat anak.
Quote white_musk 15-11-2019 06:55 PM
diss69 replied at 15-11-2019 06:45 PM
Akk anta ank ke skolah tahfiz bwh yayasan negeri trg.. Tp skolah ank ni akademik n quran seiring.. ...

hafaz seperti burung belatuk kan. tidak tahu apa yang dihafaznya tu
Quote white_musk 15-11-2019 06:56 PM
Psfzi replied at 15-11-2019 05:52 PM
Kesian budak ni. Takut plak nk anta anak masuk asrama

Jika adik mahu menjadi orang melayu yang sejati, adik perlu menghantar anak kecik seusia sehari ke sekolah tahfiz.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.059580 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top