CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

GrabMart Dilancar, Dah Boleh Beli Barang Runcit Melalui Online Saja!

18-11-2019 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2973| Komen: 12

Description: Grab mengumumkan servis terbaharu yang dipanggil sebagai GrabMart yang memulakan fasa pilot testing di Lembah Klang bermula hari ini (18 Nov).Ia merupakan salah satu lagi cabang buat pengguna Grab nam ...
Grab mengumumkan servis terbaharu yang dipanggil sebagai GrabMart yang memulakan fasa pilot testing di Lembah Klang bermula hari ini (18 Nov).

Ia merupakan salah satu lagi cabang buat pengguna Grab namun dari segi penghantaran barang runcit dan pelbagai keperluan harian.


Sudah tentu ia menjadi berita baik kepada semua pengguna kerana servis ini menyediakan pembelian barangan di kedai terpilih termasuklah farmasi, pasar raya dan juga kedai bunga. 

Foto: twipu
Antara yang masuk dalam senarai GrabMart termasuklah Guardian, MyNews, Caring Pharmacy dan MPH Bookstore.

Difahamkan, buat masa ini servis GrabMart boleh digunakan di lokasi seperti Damansara Uptown, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Kota Damansara, Mutiara Damansara, Mont Kiara dan Hartamas.


Ia turut mengecas servis penghantaran yang berharga antara RM5 hingga RM9, bergantung kepada jarak destinasi. 

Dari segi masa pula, penghantaran bermula dari jam 9 pagi hingga 10 malam. - CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 18-11-2019 07:25 PM
kena buat promo baru jalan.. ni kalau harga mahai memang idakla org nk beli melalui grabmart.. tlg buat promo mcm tea live guna t&g apps tu..hehe
Quote Bunggah 18-11-2019 08:48 PM
Bagus  Boleh online shopping lagi
Quote R2D2 18-11-2019 10:26 PM
BungkusIT berbeza dgn lain sebab kita boleh minta runner tu pergi ke mana2 kedai or lokasi kita nak
bebas
konsep dia mcm runner
Quote dino 18-11-2019 10:38 PM
R2D2 replied at 18-11-2019 10:26 PM
BungkusIT berbeza dgn lain sebab kita boleh minta runner tu pergi ke mana2 kedai or lokasi kita nak
...

grab tu dah jd superapps... dpt funding berbilion lg...
bungkusit kena byk support.. maybe kena join magic gap next year.. utk dpt funding segala tu..

company startup msia not bad sbnrnya.. cuma ramai tak tahu..

Quote Suchi 19-11-2019 07:02 AM
R2D2 replied at 18-11-2019 10:26 PM
BungkusIT berbeza dgn lain sebab kita boleh minta runner tu pergi ke mana2 kedai or lokasi kita nak
...

Berapa caj bungkusit? Iols biasa order barang dapur ngn tesco online je
Kalau belah pg caj mahal skit rm8-10 belah ptg dan mlm rm6-7

Setakat ni oklah cuma kalau xde brg tu depa gantikan dengan lain tp kalau kita tanak leh je takyah ambik.Bayar guna kad debit/kredit takleh guna wang tunai so suka konsep ni sbb mmg takde cash dlm tangan sgt pun.
Quote Suchi 19-11-2019 07:03 AM
Satu lagi lalamove pun boleh gak suh rider g sana sini belikan barang
Tp iols tak reti nk setting alamat tu tak paham yg pickup dgn drop off
Quote anony-mous 19-11-2019 07:21 AM
Suchi replied at 19-11-2019 07:03 AM
Satu lagi lalamove pun boleh gak suh rider g sana sini belikan barang
Tp iols tak reti nk setting a ...

Alamat tu sama mcm bungkusit la kot. Alamat pickup - alamat kedai. Alamat dropoff alamat u
Quote cmf_Maxx 19-11-2019 07:31 AM
Ni macam servis HappyFresh, yg bole belikan groceries utk kita
Quote sarah82 19-11-2019 07:56 AM
Bila la bungkusIt nak masuk jitra
Quote Suchi 19-11-2019 07:57 AM
anony-mous replied at 19-11-2019 07:21 AM
Alamat tu sama mcm bungkusit la kot. Alamat pickup - alamat kedai. Alamat dropoff alamat u

Ohh tp kan dia cam ade 3 tempat kena isi mula2 tu dia minta current location pastu ade ruang tuk letak  alamat drop off dan pickup tu pasal iols tak berapa paham.
Dahla kalau guna google maps tu alamat yg keluar tak sama dengan alamat kita
Cth nama jalan yg google map cam lebih detail kot tp mmg beza cth jalan bunga raya tp bila on location tulis jalan bunga raya 2/3 iols kadang jd konpius gakla.
Sama mcm food panda kalau tulis alamat ikut alamat kita dia kata takde kena ikut je alamat yg tertera berdasarkan current location tu.
BungkusIT tu nnt nk try gak guna tp xtau dia cover tak area rumah iols.
Hat foodpanda tak byk sgt  pilihan restoran yg ada byk kedai makan cina plak.
Quote R2D2 19-11-2019 08:42 AM
Suchi replied at 19-11-2019 07:02 AM
Berapa caj bungkusit? Iols biasa order barang dapur ngn tesco online je
Kalau belah pg caj mahal  ...

caj dikenakan ikut jarak dlm km

Quote Sangkar_Emas7 19-11-2019 09:26 AM
Laju je grab ni....habis semua dia caras

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.095761 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top