Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Penampilan Henry Golding Dalam Last Christmas Bikin Wanita Mat Salleh 'Pecah Ovari'

19-11-2019 10:56 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 200

Selepas filem Crazy Rich Asians dan A Simple Favor, bintang Hollywood kelahiran Sarawak, Henry Golding, 32, sekali lagi tampil di panggung wayang minggu ini menerusi filem terbarunya Last Christmas.


Kredit foto: Carian Google

Dalam filem itu, Henry memegang watak romantik berpasangan dengan pelakon Emilia Clarke, 33. Turut membintangi filem itu termasuklah pelakon Malaysia, Michelle Yeoh dan pemenang Oscar, Emma Thompson.

Bagaimanapun, impak filem terbaru Henry ini berlainan daripada filem-filem terdahulu kerana semakin ramai wanita yang memuja paras rupanya.

Terdahulu, portal hiburan terkenal Buzzfeed memaparkan sebuah artikel yang menggambarkan ketaasuban penulis terhadapnya bertajuk 'Henry Golding Is So Handsome It Hurts'.


Kredit foto: Buzzfeed

Selain itu, Henry juga berjaya tersenarai dalam acara tahunan majalah People, Sexiest Man Alive. Walaupun tewas di tangan penyanyi John Legend, Henry diberikan gelaran Sexiest Funky Fashion Sense kerana gaya pakaiannya yang sering menjadi perhatian.


Kredit foto: People
Kredit foto: Twitter

Pengaruh Henry tidak terhad dari sudut fesyen sahaja. Majalah berpengaruh Time turut menyenaraikan Henry dalam senarai Time Next 100 kerana dikatakan antara bintang yang mempunyai potensi besar.


Kredit foto: NST

Pengaruh Henry dan Last Christmas itu boleh dilihat melalui status peminat barunya di Twitter yang tidak segan-silu menyatakan pujian.


Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Kredit Foto: Twitter

Berikutan meningkatnya pengaruh Henry di dunia Hollywood, penulis Ann Lee dalam artikelnya di The Guardian berkata Henry ialah antara pelakon yang berjaya mengubah persepsi penonton dan penggiat seni Barat terhadap lelaki Asia.

Dahulunya, pelakon lelaki berketurunan Asia sering diberikan watak picisan bodoh, nerd, lurus bendul atau sekadar pakar mempertahankan diri, tetapi Henry mengetepikan semua watak stereotaip itu dan berjaya memegang watak lelaki tampan dan rebutan heroin dalam kesemua filem lakonannya.


Kredit foto: The Guardian

Persoalannya, sejauh manakah pengaruh Henry Golding ini akan bertahan? Umum tahu selepas watak ketua gengster dalam filem The Gentlemen, Henry akan tampil sebagai watak lelaki gay dalam filem Monsoon. 

Dengan watak-watak hitam ini, adakah bintangnya akan kekal bersinar atau adakah ini akan mengubah trajektori pandangan wanita terhadap beliau? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
2
Komen: 200
Komen

Previous : Lakonan Amar Baharin Dan Amyra Rosli Dalam 'Cemburu Seorang Perempuan' Terima Pujian Netizen!

Next       : Wira Filem Aksi Terbaik Penutup Tahun 2019? Konfem Ke Wajib Tonton?

Komen Terbaru

Quote beatgirlX 10-12-2019 01:15 PM
separasedar replied at 10-12-2019 01:09 PM
Haah. Sama. Lain org lain taste
Tp serious, film ni boring. Hewhewhew

Tu la..lain org lain taste..
Pernah terserempak dulu2 kat Bangsar..tp tu la..so so je...skg dah grooming ok la kot..

Lain-lain Komen

Quote mimiekiut 19-11-2019 10:59 AM
iols minat henry golding masa dia mula2 jadi pengacara kt tv7 ke tv8 dulu2...x sangka akhirnya berjaya cipta nama di hollywood..tahniah
Quote Kurex 19-11-2019 11:06 AM
tahniah........
Quote tagas 19-11-2019 11:16 AM
ada tahik lalat besar kat dada kan mamat nih
Quote Sang_Pencinta 19-11-2019 11:19 AM
tagas replied at 19-11-2019 11:16 AM
ada tahik lalat besar kat dada kan mamat nih

Tattoo Ibanlah


Quote lasagna 19-11-2019 11:20 AM
kena lah dgn british accent dia, senang nk menempah nama.
dlu slalu nmpk dia kat area bangsar, naik mini tak silap.
keep up a good work sarawakian!
Quote lotionmilo 19-11-2019 11:22 AM
Heols memang herlok sejak dulu yachhhh

i ols ingat heols nak 40 dah.ropanya muda lagii
Quote Fettybombom 19-11-2019 11:22 AM
Ape lagi hero2 malaysia yg lain, kalo henry boleh korg pun kene try... Pedulikan org kate katek ke jawa ke... Yg penting try n konfiden... Xrugi apa2 kalo try..
Quote fliphair8 19-11-2019 11:23 AM
memang hensem dek...hakak ulang2 jek tengok teaser LC....kekkekeke
Quote prizadane 19-11-2019 11:24 AM
mimiekiut replied at 19-11-2019 10:59 AM
iols minat henry golding masa dia mula2 jadi pengacara kt tv7 ke tv8 dulu2...x sangka akhirnya berja ...

Quickie 8tv kan? Kekeke..iols pun suka dia masa tu
Quote minahmanja 19-11-2019 11:25 AM
so raja remilah dh boleh amik henry as her idol..
Quote ramaramu 19-11-2019 11:26 AM
elokkk sangat niiii
Quote Sang_Pencinta 19-11-2019 11:30 AM
Bahasa Inggeris yang paling utama, Raja Remilah fasih ke?

Hans Isaac boleh tembus Hollywood kot

Indon ada Iko Uwais waja tak berapa hensem tapi still ada offer
Quote Sang_Pencinta 19-11-2019 11:32 AM


Ini pun filem dia juga, Snake Eyes jadi superhero

Dengarnya dibayar juta juta RM
Quote Sang_Pencinta 19-11-2019 11:37 AM


Zaman 8TV, jauh beza wajah Henry dgn sekarang
Quote shark_eow7 19-11-2019 11:37 AM
ade sorang org sarawak kt opis ni.. helok jugak rupanyaa... dept lain gigih turun dept weolls nak sekodeng  jantanss tuu..
Quote Psfzi 19-11-2019 11:55 AM
Dia mmg hensem gilo
Quote mimiekiut 19-11-2019 11:58 AM
prizadane replied at 19-11-2019 11:24 AM
Quickie 8tv kan? Kekeke..iols pun suka dia masa tu

kannn..iols mmg xde minat2 retis Malaysia ni..kalau retis hollywood tu ada la minat brad pitt bagai..ahahaha..tapi masa tu pun dia just pengacara je..tap iols suka tgk dia bukan sbb hensem je tapi nmpk very down to earth..so iols suspek taste iols mmg taraf2 hollywood je la kot..ahahaha...
baru2 ni ada tgk interbiu..dia cite ada belakon ngan matthew mcconaughey kan..mmg unsangkerable lah.cite last christmas pun ngan heroin bukan calang2...rezeki dia la kan..mmg dia terhutang budi la ngan acik accouintant ke yg up nama dia tu kan..baru2 ni ada google tgk wifey ni pun sgt cantik..sangat sepadan lah..

Quote kibodwatriuh 19-11-2019 12:00 PM
tetap mcm apek menurut mataku
Quote GegarVaganja 19-11-2019 12:12 PM
Fettybombom replied at 19-11-2019 11:22 AM
Ape lagi hero2 malaysia yg lain, kalo henry boleh korg pun kene try... Pedulikan org kate katek ke j ...

Baikkkk.
Ganja cuba.


Lihat semua komen(200)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.076461s Gzip On
To Top