CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Masak Ditembak Jiran Kerana Salah Faham

19-11-2019 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2610| Komen: 7

Description: Hanya kerana berlaku selisih faham, seorang lelaki bertindak agresif dengan menembak jirannya dalam kejadian di Kampung Darang Buaya, Jertih pada Sabtu lalu.
Hanya kerana berlaku selisih faham, seorang lelaki bertindak agresif dengan menembak jirannya dalam kejadian di Kampung Darang Buaya, Jertih pada Sabtu lalu.

Menurut BERNAMA, kejadian 12.40 tengah hari itu menyebabkan mangsa yang juga tukang masak berusia 35 tahun cedera di bahagian lutut kiri.



Gambar hiasan

Kata Ketua Polis Daerah Besut, Supt Abdul Rozak Muhammad, sebelum kejadian dipercayai berlaku selisih faham dan pergaduhan antara mangsa dan suspek yang juga jurukimpal berusia 31 tahun.

“Ketika kejadian suspek bertindak masuk ke dalam rumah tukang masak itu dan mengambil senapang patah milik bapa lelaki berkenaan yang disimpan dalam almari tidak berkunci sebelum terus menembak,” katanya.

Berikutan kejadian, polis menahan suspek pada hari sama dan merampas selaras senapang patah, 43 kelongsong peluru serta pakaian yang digunakan suspek ketika kejadian.


Selain itu, ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.

Tambahnya, suspek direman sehingga 23 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 19-11-2019 06:11 PM
Org ganu tahap US  dah..salah sikit main pistol2 skrg ni
Quote jazaa100 19-11-2019 06:15 PM
Nasib baik kena lutut je....
Quote imransulaiman 19-11-2019 07:00 PM
Kalau kena kat tempurung lutut, memang cacat lah mangsa...
Quote LadyCarefree 19-11-2019 09:55 PM
Banyak betul kes jenayah di Terengganu akhir2 ni
Quote kemaruk 19-11-2019 09:58 PM
Kena tembak sebab si mati bengap sangat kot tak tau ekuiti itu adalah aset..
Quote Perawankota 19-11-2019 10:21 PM
Seram dgr
Quote sharlenetexas 19-11-2019 11:52 PM
KP Besut tu yg kena tetak beberapa bulan lepas  ke?
Ganas ore besut.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.045592 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top