CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Belum Tutup Pintu Hati, Fauziah Latiff Masih Mengharapkan Jodoh Baru

25-11-2019 10:21 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 13713| Komen: 60|Original author: Oleh: top5complete

Description: Penyanyi Fauziah Latiff ada menceritakan mengenai soal jodoh kepada media. Katanya, soal jodoh biarlah Tuhan yang menentukan dan dia tidak berharap.
Penyanyi Fauziah Latiff ada menceritakan mengenai soal jodoh kepada media. Katanya, soal jodoh biarlah Tuhan yang menentukan dan dia tidak berharap.


Foto: Instagram

Fauziah, 48, juga menceritakan yang dia bagaimanapun tidak menutup pintu hatinya untuk sesiapa pun. Namun, buat masa sekarang masih belum ada lagi yang berkenan di hati.

"Alhamdulillah, kehidupan saya hari ini bahagia dengan keluarga. Cerita nak kahwin itu dah lama berlalu, dah lepas! sekarang tiada sesiapa di hati, saya pun tidak berani nak kata dah tutup pintu hati, buatnya ada yang datang nanti. Soal jodoh ini urusan Tuhan," katanya kepada wartawan mStar.


Foto: Instagram

Untuk pengetahuan anda semua, Fauziah Latiff pernah berkahwin dengan Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail pada 1992, namun mereka bercerai selepas tiga tahun perkahwinan.



Selepas lima tahun menjanda, dia berkahwin buat kali kedua dengan ahli perniagaan, Johan Indot di London, tapi bercerai juga pada 2007. Mereka dikurniaakan dua cahaya mata lelaki yang kini sudah dewasa.


Foto: Instagram

Sehingga ke hari ini, Fauziah masih solo dan hanya fokus pada pekerjaannya. Dan terkini, dia sibuk dengan aktiviti kecergasan dan seni di sebuah studio kecil.

Semoga Fauziah bertemu dengan jodoh yang mampu menjaganya kelak. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Xim 25-11-2019 10:25 AM
Fokus amal ibadat je kak gee . Mudah2an x sunyi
Quote TerataiMelur02 25-11-2019 10:31 AM
Catik + manis dia ni... Mudahan x terjebak cucuk tang sana, cucuk tang sini
Quote RatuDunia94 25-11-2019 10:34 AM
Kesian gee di usia tua nya suara dh hilang... kalau tak masih boleh aktif berkonsert sana sini mcm ella, siti etc.. sbb sheols byk lagu hits..
Quote rantaikendoq 25-11-2019 10:36 AM
cemana nak contact dia?hahaha
Quote BicaraHatiku 25-11-2019 10:44 AM
RatuDunia94 replied at 25-11-2019 10:34 AM
Kesian gee di usia tua nya suara dh hilang... kalau tak masih boleh aktif berkonsert sana sini mcm e ...

kenapa ekkk?

Quote CinnamonR 25-11-2019 11:11 AM
Cantik...muke die dari dulu aku tengok mcm manisha koirala
Quote Victorioussss 25-11-2019 12:24 PM
Harap2 heshe suke lelaki yang muda
Quote edoraixora 25-11-2019 01:15 PM
aku ada terdengar gosip di angin lalu, yg dia ni isteri kepada sultan yg baru mangkat bebaru nih
entah lah betul ke tak
Quote Megikari 25-11-2019 06:14 PM
Cantiknya dia ni... Masa budak2 dulu kalau tengok dia nyanyi kat tv memang ternganga sebab adore sangat kat dia ni
Quote munchkin 25-11-2019 09:04 PM
Moga bertemu jodoh baik. Aminnn
Quote Acikgomen 25-11-2019 09:11 PM
Victorioussss replied at 25-11-2019 12:24 PM
Harap2 heshe suke lelaki yang muda

Duit chuols bekepok ke keropok
Quote TravellingBear 25-11-2019 09:21 PM
RatuDunia94 replied at 25-11-2019 10:34 AM
Kesian gee di usia tua nya suara dh hilang... kalau tak masih boleh aktif berkonsert sana sini mcm e ...

Bercakap pasal suara hilang.... Lagi kesian kat ummu syaikah , muda lagi dah ilang suara
Quote KiahRonggeng88 26-11-2019 12:31 AM
Kesian dia .. memula kwen kena tipu  . .. kali kedua kwen ..hurmm laki sanggup pilih akak jadian dari dia sndiri ... Apa pun kak kiah syg sama kak gee... Kak gee bek2 syg sgt
Quote KiahRonggeng88 26-11-2019 12:33 AM
RatuDunia94: Kesian gee di usia tua nya suara dh hilang... kalau tak masih boleh aktif berkonsert sana sini mcm ella, siti etc.. sbb sheols byk lagu hits..


Mohon GV masuk kan kak gee next year {:childlike
Quote KiahRonggeng88 26-11-2019 12:34 AM
TravellingBear replied at 25-11-2019 09:21 PM
Bercakap pasal suara hilang.... Lagi kesian kat ummu syaikah , muda lagi dah ilang suara

Mcm kak kiah pnah dgr nama tu siapa ea??
Quote TravellingBear 26-11-2019 01:40 AM
KiahRonggeng88 replied at 26-11-2019 12:34 AM
Mcm kak kiah pnah dgr nama tu siapa ea??

Buat2 tak kenal pulak. Kura2 dlm perahu pura2 tak tahu... dulu nama dia laennnn halah halah halahhhhhhh
Quote nw111 26-11-2019 01:45 AM
KiahRonggeng88 replied at 26-11-2019 12:31 AM
Kesian dia .. memula kwen kena tipu  . .. kali kedua kwen ..hurmm laki sanggup pilih akak jadian dar ...

Ada hikmahnya.. Iols suka je dia cerai dgn anak indot tu... Kalau tak jauh beno tersesat... Ehhhh.. K. Kiah x tido lg ke.. Ke k. Kiah pun tgh perform dgn band tu... Haha
Quote Noraniza_Iblis 26-11-2019 01:35 PM
sumber rapat dr geng2 artis jgk..
die ni geng cat dinding..
dgn PA die..  yg pengkid tu....
Quote Meiizu 26-11-2019 02:28 PM
Megikari replied at 25-11-2019 06:14 PM
Cantiknya dia ni... Masa budak2 dulu kalau tengok dia nyanyi kat tv memang ternganga sebab adore san ...

thn 90an samalah kita..ingat2 lupa maybe masa tu umur 6-9thn ,menyanyi siap tukar2 skirt dgn ramai dancer, rambut kepok2 kerinting,
tenganga .. ai tak reti nyanyi bila teringat pegang botol sambil pusing2 cam gee

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.197021 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top