CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Kena Kerja, Kuliah, Jaga Anak Seorang Diri' - Rihana Oksana Akui Perit Jadi Ibu Tunggal

22-11-2019 10:27 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8946| Komen: 20|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Tidak ada yang dapat menafikan bahawa tugas seorang ibu sangat meletihkan, apalagi bagi seorang ibu tunggal yang juga terpaksa bekerja untuk menyara keluarga seorang diri.
Tidak ada yang dapat menafikan bahawa tugas seorang ibu sangat meletihkan, apalagi bagi seorang ibu tunggal yang juga terpaksa bekerja untuk menyara keluarga seorang diri.

Tidak hairanlah Rihana Oksana Petra, mantan isteri kepada Sultan Kelantan, baru-baru ini mengadu kesibukan hidupnya sejak enam bulan kebelakangan ini.


Berkongsi dalam satu statusnya di Instagram, Rihana mengemukakan pertanyaan kepada pengikutnya.


Kredit foto: IG

'Soalan saya untuk semua ibu tunggal yang menyara keluarga seorang diri, bagaimana kamu menguruskan kesemuanya? Kerjaya, jaga anak, diri sendiri, tidur dan sebagainya,' tulisnya.

Menurut Rihana, sejak enam bulan kebelakangan ini kesibukannya semakin bertambah. Beliau sedang memulakan dua projek besar, salah satunya sudah dimulakan, tetapi belum mendatangkan keuntungan. Manakala satu lagi projek dalam peringkat rundingan.



Kredit foto: IG

'Saya menghadiri kuliah dalam bidang perniagaan tiga hari seminggu. Balik rumah menjaga bayi yang sedang fasa meragam kerana tumbuh gigi, memikirkan kesihatan diri sendiri, bil-bil yang berlambak, sewa apartmen, insurans, ubat-ubatan, doktor dan banyak lagi,' katanya seakan meluahkan bebanan hidup.

Tambah Rihana lagi, ibunya sendiri tidak dapat membantu kerana bekerja dan menguruskan adik perempuannya dan tidak ada masa untuk membantunya menjaga Leon.

'Mungkin ada yang mengatakan saya merungut tetapi sebenarnya tidak, saya cuma terkejut betapa banyaknya urusan seorang ibu, apalagi seorang ibu tunggal,' katanya lagi.

Perkongsian Rihana mengundang simpati daripada pengikutnya. Ada yang memberikan nasihat mengikut pengalaman masing-masing.


Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

'Saya seorang ibu tunggal sejak umur 24 tahun, kuncinya lakukan mengikut keutamaan dan beri masa untuk diri sendiri', kata seorang netizen dan diakui Rihana sebagai nasihat yang baik.

'Mungkin Rihana perlu tangguh belajar dahulu sehingga Leon sudah besar sedikit,' kata seorang lagi.

Bagaimanapun, ada juga yang menganggap Rihana sebagai mengada-ngada.


Kredit foto: IG

'Datanglah di Malaysia, lihat keadaan kami, ada ibu tunggal tunggang motor hantar anak ke sekolah dengan pendapatan RM900 sebulan,' sindir mereka.

'Rihana, di Kelantan ada ramai rakyat miskin dan kami tidak mampu menunggang kuda seperti anda,' kata individu yang mengaku sebagai rakyat Kelantan.


Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Kredit foto:

Ada juga yang berkata, status itu hanyalah muslihat Rihana bagi mendapat lebih banyak elaun daripada mantan suaminya untuk bermewah-mewah. Untuk komen itu Rihana menjawab beliau tidak pernah berbelanja apa-apa sejak ditinggalkan suaminya setahun lalu.


Kredit foto:

'I didn't buy anything for one year since broke up with my husband,' terangnya.

Persoalannya, melihat kemewahan yang ditunjukkan oleh Rihana di kedua-dua Instagramnya, benarkah status kewangannya kini dalam keadaan terdesak? - CARI
4

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 22-11-2019 10:56 AM
Amboi rakyat Kelantan tu punnnn. ...asal boleh bela sultan depa. ...semua yg rihana sebut semua nak kecam
Quote kaseh80 22-11-2019 11:00 AM
Duduk kat ritz carlton blh bayar pulak kan mahal tu

Pegi bercuti kat paris tunggangnkuda semua tu sape pulak yg bayarkan?

Nsk tau la juggak nampak hidup dilimpahi kemewahan yg amat

Rakyat Malaysia nak beli rumah pun tak mampu
Quote fliphair8 22-11-2019 11:02 AM
kaseh80 replied at 22-11-2019 11:00 AM
Duduk kat ritz carlton blh bayar pulak kan mahal tu

Pegi bercuti kat paris tunggangnkuda semua tu ...

kannn.....rakyat kelantan ade yg rumah pondok anak susun paku, laki bewak, makan org sedekah dek
Quote manehnya 22-11-2019 11:20 AM
tp sempat jah perming rambut berjam2 mekap
Quote haryatie 22-11-2019 11:30 AM
kurang kasih syg jerk
duit melimpah ruah
xde la susah/perit mana pun
abis2 sakit hati jerk sbb x puas hati kena cerai
Quote MissLana 22-11-2019 11:32 AM
Propa la kak oks. Semua statement nak bercampur tagih simpati, attention seeker.
Quote sharlenetexas 22-11-2019 11:44 AM
Masa baru beranak bukan ke sheols kat Cyprus. Kat situlah anjing sheols hilang.

Welcome to kota bharu, mekwoks. Tengok life ibu2 tunggal kat sini tunggang motor gi cari rezeki. Bukan tunggang kuda tau.
Quote kucingitam 22-11-2019 11:59 AM
mak2 kat msia ni patut contohi rihanna, ok..
walaupun kaya semua buat sendiri, takde nak sibuk hire maid, walau mampoo. korang duit x berapa nak ada, sibuk la nak bibik, bibik.
tgk, dah setahun dia tak shopping lepas bercerai..korang? pantang dgr sale, kann..

inilah ibu mithali..

done #sarcastic
Quote LuvAurora 22-11-2019 12:04 PM
Iols xtaw nak kesian ke tak
Quote msbegawan 22-11-2019 01:55 PM
..but you have time for Instagram...
Quote dani-rox 22-11-2019 03:15 PM
akak jgnkan tunggang kuda, pegang dan tengok kuda dekat2 pun tak pernah dekk
Quote lalalxlx 22-11-2019 05:41 PM
Betul la tu life ibu tunggal struggle...tapi lifestyle sheols hmmm...jangan judge opppss
Quote Bunggah 22-11-2019 05:51 PM
Mungkin barang2 luxury yg diperkatakan adalah barang sponsor? Dia kan model. Aku pernah baca, si umi hafilda tu masa kes anwar, tiap kali masuk court, baju2 org sponsor. Bukan baju dia.
Quote bulanbulat 22-11-2019 05:59 PM
Apaknya ada medical center kan. Try apply jadi receptionist kat sana
Quote smeetasmitten 22-11-2019 06:00 PM
fliphair8: kannn.....rakyat kelantan ade yg rumah pondok anak susun paku, laki bewak, makan org sedekah dek


Nasib baik u kata rumah pondok. Kalau rumah flat i ingat u maksudkan inanaim {:smile
Quote tagas 23-11-2019 11:56 AM
huntungla dpt tunggang kuda

bini2 kat mesia mostly jadik kuda

yg kena tunggang

Quote meow_tompok 23-11-2019 01:46 PM
bulanbulat replied at 22-11-2019 05:59 PM
Apaknya ada medical center kan. Try apply jadi receptionist kat sana

wow owner medical center ke
bukanlah golongan asnaf pun si rihanna ni
sorry tak kesian..... ramai lagik org lain yg lebih kesian, miskin, susah, sakit, yatim piatu dari dia ni kat seluruh dunia

Quote LadyCarefree 24-11-2019 01:01 AM
Menipu je manjang
Quote gideoncross 24-11-2019 12:04 PM
Org2 M'sia ni klau bab mngutuk senak-naknya, mmg nmbr satu lol. Entah2 jnis kat internet je brani tpi klau brjumpa dpn2 msti diam xbrkutik.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.244820 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top