CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Padu! Warganet Puji Mangsa Buli Balas Pukulan Si Pembuli

22-11-2019 10:08 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 14688| Komen: 63|Original author: Oleh: natrahn

Description: Kes buli pelajar sekolah seakan tiada noktahnya.


Kes buli pelajar sekolah seakan tiada noktahnya. Terbaru, satu rakaman video berdurasi 30 saat memaparkan pergaduhan antara mangsa buli dengan dua rakan sekolah tular di media sosial.



Tidak tahan dibuli termasuk dipukul sejak sekian lama, mangsa berusia 14 tahun itu akhirnya tampil membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh.

Susulan laporan itu, polis menahan 10 pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah agama di Pasir Puteh bagi menyiasat kes buli, jam 11 pagi semalam.

Memetik Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, kejadian buli itu berlaku apabila mangsa dipaksa menyiapkan kerja sekolah rakan-rakannya itu.

Mangsa enggan menurut arahan rakannya kerana cuti sekolah akan bermula menyebabkan dia dipukul beberapa kali dengan kaki dan tangan.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan bapa mangsa Mohd Khairul Anuar Razak, 40, berkata, ini adalah kali kedua anaknya dibuli. Kejadian pertama berlaku pada awal tahun ini.

Pada kali pertama, dia tidak membuat laporan polis kerana diselesaikan secara muafakat antara beliau dengan pihak sekolah.

"Saya tidak menyangka kejadian seperti itu masih berulang buat kali kedua," katanya.



Tinjauan komen mendapati, rata-rata warganet berpuas hati apabila mangsa membalas pukulan pembuli-pembuli terbabit.




Kes berkenaan akan disiasat di bawah $eksyen 147 Kanun Keseksaan. Pihak polis memandang serius kes buli kerana ia akan menyebabkan mangsa trauma.

Pihak polis juga meminta ibu bapa dan guru supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan kes buli berlaku kepada pelajar lain. - CARI
2

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote coco 22-11-2019 10:17 AM
20x ulang tengok vdo tu.. biar yg membuli tu kena pukul banyak kali.  puas hatiiiiiiii akak dik non
Quote alaa 22-11-2019 10:41 AM
mana nak tengok ek vid tu
Quote duri_durians 22-11-2019 10:46 AM
pakai kopiah kot,, tapi merosakkan imej agama je..

padan muka kena hentak.. suka2 main muka n kepala orang. sampai melayang kena tendang..

mungkin mangsa tu sbnarnya dah diajar supaya jgn lawan tapi ni dah melampau..

sepatutnya yg baju hijau tu kena hentak kaw2.
Quote Biabetik 22-11-2019 11:02 AM
Mudah2an semua pembuli ni mampus dilanggar lori tanah. Amiiin
Quote chicozinn 22-11-2019 11:11 AM
bagus budak ni akhirnya stood up..wahai mangsa2 buli sekalian, berani melawan balik bukan tanda korang tu pun pembuli tapi utk mempertahankan diri..meollss dulu pun penah dibuli dgan senior2 dorang dlm 15 org termasuk pengawas2 senior n aku sorang je junior yg ken buli time tu..last2 esoknya 1 skola bergaduh bertumbuk batch junior n senior sebab dak2 batch aku laki n pompuan sume nak balas dendam utk aku..tapi time senior2 nak spm pandai la melutut mnta maaf kat aku tapi aku whoareyusskan je..

n bila batch aku jadi senior kitorang 1 batch stood up bantah kes2 buli lagi2 bila pengawas2 batch aku nak membuli junior masa tme minggu orientasi..bangga gak la sebab batch aku pemecah tradisi zero bully kat skola tu sbab da berpuluh tahun skola tu sejak dibuka memang tradisi senior buli junior ni dah wujud..harap skang ni da takde kes buli la sbab da belas tahun aku habis skola ni..
Quote Skuau 22-11-2019 11:12 AM
"mak bapak depa tak kena ke???.....takkan kami jer yg kena???"-mak apak bdk beskal lajak....
Quote paku_karat 22-11-2019 11:22 AM
chicozinn replied at 22-11-2019 11:11 AM
bagus budak ni akhirnya stood up..wahai mangsa2 buli sekalian, berani melawan balik bukan tanda kora ...

mesti sekolah teknik nih..pdhal beza setahun je beria sgt senior junior korang ek..
kwn2 aku ramai teknik..in fact laki aku pon dari teknik..tau sgt dah budaya nih..skang xtau ah masih lagi ke x
Quote chicozinn 22-11-2019 11:23 AM
paku_karat replied at 22-11-2019 11:22 AM
mesti sekolah teknik nih..pdhal beza setahun je beria sgt senior junior korang ek..
kwn2 aku ram ...

bukan tapi skola asrama penuh la..nice try hehehehe
Quote paku_karat 22-11-2019 11:24 AM
chicozinn replied at 22-11-2019 11:23 AM
bukan tapi skola asrama penuh la..nice try hehehehe

hahahaha.. sbp pon ada ye..
Quote natrahn 22-11-2019 11:29 AM
alaa replied at 22-11-2019 10:41 AM
mana nak tengok ek vid tu

video ada di artikel
Quote kucingitam 22-11-2019 11:32 AM
aku br tgk kat fb tadi budak2 sekolah berkopiah patah2kan kerusi sekolah..sedih tgk kelaku budak gini..
Quote MissLana 22-11-2019 11:36 AM
Hahahahaha. Bagus dekkk kau pandai rajin and lg tinggi fizikal dr pembuli kau tu. Semoga polis settle kan si pembuli dan mak bapak dorang sekali. Btw end of the vid yg hey hey hey suara prmpuan tu cikgu ke?
Quote alaa 22-11-2019 11:43 AM

maafkanku. tengok tadi click dari tajuk atas2 tu. tak nampak video dari situ.

puas hati memang tengok dia balas balik. rasakan. sedap aje ditendang-tendang muka orang tu.

yang baju hijau tu dok pukul sikit, pastu lari. pukul sikit lari. hakikatnya memang penakut tapi tunjuk macam hebat aje depan kawan-kawan. kurang ajar sangat!


Quote Sangkar_Emas7 22-11-2019 11:58 AM
hujung2 mulut aku...haaa lagi...lagi...lagi....

rasakan!!!!!
Quote Sangkar_Emas7 22-11-2019 12:03 PM
chicozinn replied at 22-11-2019 11:11 AM
bagus budak ni akhirnya stood up..wahai mangsa2 buli sekalian, berani melawan balik bukan tanda kora ...

I like this storyyyy
Quote Mfzg89 22-11-2019 12:16 PM
Khabib vs Mcgregor + Dillon denis
Quote tajmahal 22-11-2019 12:29 PM
iols macam dengo bunyi kepala si pembuli terhentak kat simen
Quote kechikchomel 22-11-2019 12:31 PM
teringat dulu kes kat China.
pembuli kena campak dari tingkat berapa ntah. yg mencampak tu student yg pernah kena buli dgn dia.

yg pembuli dlm clip ni sikitttt je kena. patut dia pun kena campak dari tingkat 10 bangunan.

Quote pokaibanktokyo 22-11-2019 12:42 PM
Hahaha. Melantuk macam bola muka sotong tu kena hempuk dgn kaki. Mesti bengkek seminggu

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.051256 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top