CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Nak Saya Layan Ameena Lebih Dari Anak Sendiri Ke Baru Puas Hati?" - Datin Shahida Luah Geram

26-11-2019 05:13 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 58582| Komen: 316|Original author: SakuraJo

Description: Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida meluahkan rasa geram di InstaStory miliknya apabila ada yang mempersoalkan tentang layanan mereka sekeluarga terhadap Am ...
Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida meluahkan rasa geram di InstaStory miliknya apabila ada yang mempersoalkan tentang layanan mereka sekeluarga terhadap Ameena. 



Ameena yang merupakan anak angkat pasangan jutawan itu seringkali mendapat perhatian ramai dan merupakan 'target' netizen bagi 'menghentam' keluarga terlajak laris itu. 

Baru-baru ini, mereka telah mengadakan sambutan hari lahir bagi ketiga-tiga anak mereka iaitu Cess, Baem dan Ameena. 


Apa yang menarik perhatian netizen ialah apabila dalam salah satu video yang dikongsi oleh Shahida di InstaStorynya menunjukkan suaminya, Aliff hanya memberikan hadiah kepada Ammar, Baem dan Cess tetapi tidak kepada Ameena.

Geram dipersoal oleh netizen, Shahida dengan pantas menjelaskan yang Ameena masih lagi kecil jika dibandingkan dengan ketiga-tiga anaknya yang baru merasa menerima hadiah bersempena hari lahir apabila umur mencecah 8 tahun

Kredit foto : Ig Datin Shahida

"Ada pula komen-komen jahat kenapa Ameena tak dapat?"

"Dia tu umur 2 tahun.. anak-anak saya yang lain dah umur 8-9 tahun baru merasa parents bagi hadiah."

Tambah Shahida lagi, sedangkan anak mereka Yusoff juga tidak pernah menerima apa-apa hadiah sempena majlis hari jadinya yang lepas.


Tak tau nak layan macam mana lagi nak bagi netizen puas hati..

Kecewa dengan tuduhan melulu netizen, Shahida mengatakan yang dia tidak tau apa yang dia perlu lakukan bagi membuktikan yang Ameena mendapat layanan sama macam anak-anak kandungnya yang lain. 

"Saya tak faham netizen nak saya layan dia macam mana. Layan lebih dari anak sendiri ke nak puaskan hati korang."

Dia juga sempat memerli netizen untuk memberi perhatian dan lebih kasihankan kanak-kanak Syria berbanding mengambil berat tentang Ameena yang sudah pastinya segala keperluannya mencukupi.

Kredit foto : IgStory Datin Shahida

Ada sahaja netizen ini. Semua benda korang tak puas hati kan? Pandai la Dato dengan Datin nak besarkan anak-anak dorang macam mana. Sudah-sudahlah tu! -CARI
6

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 26-11-2019 05:17 PM
bosannya datin ni
Quote umbut 26-11-2019 05:21 PM
Sapa soh amik anak angkat.. memang leceh. Mesti org akan mengata... susah. Nak marah kata dera, sedang anak sendiri pun kita disiplinkan..
Quote CatMiow 26-11-2019 05:22 PM
Patut la ai rasa lain sikit masa video tok lip kat yt masa dia prepare nak g terima anugerah yg makan guna pinggan plastik.

Dia ambil anak ni masa umur brapa?

Lagi satu,  kalau anak2 ni kena jaga pengasuh ada risiko penderaan perasaan. Esp bila nampak mak ayah mcm tak syng sngt anak berkenaan.

Quote incess.my 26-11-2019 05:31 PM
Bosan la tinshid saiko ni... merentan tak sudah2...
Quote newyork 26-11-2019 05:34 PM
Logikla netizen pun mmg susah kot nak bg layanan sama dgn anak sendri.. dia amik bela tu pun dah bertuah dah si meena tu... netizen punn...
Quote Madel 26-11-2019 05:42 PM
Makcik aku jaga anak sedara sendiri pun layanan n didikan tetap tak sama mcm dia layan n didik anak kandung diri.
Anak2 kandung dia semua elok2 kelaku n akhlak
Anak sedara yg dia jaga peel mcm lahanat, mencuri, malas belajar , kurang ajar.
Sejenis mak sedara yg hadap $$$ bukan betul2 ikhlas nak jaga pun.
Quote lofalondon 26-11-2019 05:44 PM
Madel replied at 26-11-2019 05:42 PM
Makcik aku jaga anak sedara sendiri pun layanan n didikan tetap tak sama mcm dia layan n didik anak  ...

kadang2 anak angkat ni mmg Allah uji sikit..nakal dia lebih,sakit dia lebih,manja dia lebih..kadang2 pandai dia pun lebih..nak tgk parwnt angkat layan macam mana,terima macam mana..selalu mmg macam tu
Quote mixed 26-11-2019 05:45 PM
ok je aku tgk datin ni layan amena
selalu dia boh kt igs story je la
dok mena semendang panggil mama mama

nitizen rengsa tok alip sotong bg hadiah besday qadijah gelang tangan sauh
meena xda hadiah cuma baju dress masa besday datin beli

npk meena pn dah pandai ckp sikitt2 panggil bibik suh amik kan barang
panggil datin kadang2 bkn mama p dia ikut pekerja panggil DATIN
Quote mata.kail 26-11-2019 05:46 PM
semua pun nak jadi mama2 c ameena ni...
Quote cikperiukkera 26-11-2019 05:46 PM
Tula semua nk menunjuk dkt socmed...mmg org membawang pn. Nasib ko la tinshid
Quote Adm89 26-11-2019 05:51 PM
Sorry la iolls mmg menyampah dgn datin ni. Tak paham why org dok puji dia. Org lain mcm rebecca islam, zizie kinabatangan, abby abadi ambik anak angkat juga org tak pertikai pun sbb mmg nampak layan mcm anak sendiri. Deolls ni mmg layan ameena mcm anak angkat. Bibik je yg jaga dari baby pon. Kalau anak sendiri yusuf boleh je sheolls urus sendiri dari baby. Datin propa acah suci
Quote munchkin 26-11-2019 06:06 PM
Budak tu dah dapat tumpang duduk dapat makan pakai kesihatan pun patut panjat syukurlah. Netizen ni pun.

Ko nak atur tunjuk suruh hidup orang.
Quote slyfynx 26-11-2019 06:15 PM
Pfftttttt
Attention seeker.
Sape lah yang dok puji Datin ni bgs, merendah diri.
Haish....
Quote esteryen 26-11-2019 06:18 PM
geramnyaa n bongoknyaa bila baca part "nak
layan lebih dari anak sendiri"?! bodoh bangang betul!! harlooo masa u buat keputusan utk ameena tu masuk dlm famili tingtong u tu, dia dh jadi anak u!!! takde bezanya dia ngan anak2 yg lain! semua pun anak kamu bengong! bila dia tulis cam ni nampak sgt xikhlas nakkan ameena and mmg x pernah anggap ameena tu sbg ahli keluarga.
Quote julielapadite 26-11-2019 06:25 PM
Kalau aku jadi ko datin... aku breakfast kat france, lunch kat london, singgah tea kat istanbul pastu balik dinner kat kpg baru. Takde masa aku nak layan netizen. Ko ni gigih sgt. P la enjoy, duit byk!!
Quote amyza82 26-11-2019 06:26 PM
Dah sama naik datin pprt ni ngan laki dia..
Quote msrosse 26-11-2019 06:34 PM
esteryen replied at 26-11-2019 06:18 PM
geramnyaa n bongoknyaa bila baca part "nak
layan lebih dari anak sendiri"?! bodoh bangang betul!! h ...

Tulah pelik! Cemana dia blh tergamak ckp mcm tu ek?? So betullah dakwaan netizen dia nih mmg membezakan layanan anak angkat .. Nama jer tudung labuh sampai ke tumit .. Tp busuk hati dgn kanak2
Quote sarukhan 26-11-2019 06:45 PM
Boring aah netizen ni.
Quote Adm89 26-11-2019 06:45 PM
munchkin replied at 26-11-2019 06:06 PM
Budak tu dah dapat tumpang duduk dapat makan pakai kesihatan pun patut panjat syukurlah. Netizen ni  ...

Allahu sedihnya kalau budak tu baca. Kalau iols better miskin dari hidup menumpang kat rumah org. Anak angkat ni amanah tuhan uolls. Wajib layan mcm anak sendiri. Menjawab la nanti kat akhirat kalau tak adil. Haaa nyampahla kan iolls dah jd setajah. Bukan ada org pksa deolls ambik anak angkat pun. Nak ambik jaga la biar betul

Lihat semua komen(316)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.168503 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top