CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Takutnya, Tuhan Sahaja Yang Tahu!"- Ada Masalah Pada Ulu Hati, Zulin Aziz Jalani Pembedahan

27-11-2019 12:22 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 12528| Komen: 42|Original author: SakuraJo

Description: Baru-baru ini pengacara, pelakon dan pelawak Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Binti Abdul Aziz memuat naik status tentang keadaan kesihatannya yang memerlukannya untuk menjalani pembedah ...
Baru-baru ini pengacara, pelakon dan pelawak Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Binti Abdul Aziz memuat naik status tentang keadaan kesihatannya yang memerlukannya untuk menjalani pembedahan pada 27 November iaitu hari ini.



Dia yang baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-30 semalam mengakui agak takut dan risau serta berharap pembedahan itu akan berjalan dengan lancar. 


"Dah bangun mandi. Subuh. Ambik gas. Kejap lagi jam 9 pagi nak masuk bilik bedah."

"Takutnya Allah saja tahu. Doa tak berhenti. Minta semua doakan."

Zulin juga sempat meluahkan rasa kesalnya kerana ada yang dianggap sahabat tetapi langsung tak mengambil berat dan hanya muncul apabila memerlukan pertolongan darinya. 

"Ada juga yang ku anggap sahabat tapi batang hidung pun tak nampak. Ambil tahu pun tidak. Bila mintak tolong kita baru nak muncul."


Menerusi satu lagi postingnya, Zulin menjelaskan yang pada awalnya doktor mengesyaki dia mengalami masalah penyakit batu hempedu atau batu karang. Namun, setelah pemeriksaan lanjut dijalankan doktor telah mengesahkan yang dia mengalami ulser di bahagian perut (ulser peptik) yang disebabkan oleh bakteria, Helicobacter pylori


Dalam pada itu, ramai yang mengambil kesempatan untuk mendoakan Zulin dan berharap dia kuat. 

Kredit foto : Ig Zulin 
Rakan-rakan artis turut sama mendoakannya. 

Kredit foto : Ig Zulin
Sama-sama kita doakan agar pembedahan Zulin berjalan dengan lancar dan kembali sihat seperti sediakala. Stay strong! -CARI  

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 27-11-2019 12:25 PM
OK, syafakillah,
Tp... perlu ke selfie, and perlu ke pakai make up and bulu mata palsu
Haish.
Quote cikatilia 27-11-2019 12:41 PM
kawan dia fara mendoza kan
Quote doubleA 27-11-2019 01:06 PM
Semoga semuanya dipermudahkan dan cepat sembuh. Memang neves pun nak operate
Quote mieymiey 27-11-2019 01:16 PM
Semoga dipermudahkan dan diberikan kesembuhan.
Sahabat yang tak datang sampai sheols kecewa tu boleh tak iols speku lelaki yang sheols menaruh hati tapi hanya bertepuk sebelah tangan?
Quote LuvAurora 27-11-2019 01:27 PM
Semoga cepat sembuh.. Sedap ja nama dia
Quote Tukul.Besi 27-11-2019 01:31 PM
Sherry dah lama x komen ig dia. X kawan dah ke?
Quote RatuDunia94 27-11-2019 01:36 PM
Kuat sgt makan sambal gesek..
Quote buapakperut 27-11-2019 01:46 PM
sempat berselfie dannupload, fokus jela pada kesihatan
Quote KelisaOren 27-11-2019 01:50 PM
Kalau penyakit melibatkan bahagian dalaman ni memang merisaukan
Quote Kerkin 27-11-2019 02:03 PM
Dia make up eh nak.masuk operation tu.. ke mmg bulu mata asli.. hmmm
Quote Rainrein 27-11-2019 02:31 PM
Mengata sapa tuuuuu.
Baru 30 ke umurnye. Nampak tua ko kak.
Quote munchkin 27-11-2019 05:38 PM
Moga segera sembuh aminnnnnnnn
Quote SR4tahun 27-11-2019 06:27 PM
ulcer helicobacter tu kena complete antibiotic jahhh 2 mingguuu. propaaa. procedure dia buat tu OGDS je kottt koserrr masuk dewan bedah bagaiii. tp pape pun get well soon!
p/s : dr yg awalan suspek dia batu hempedu tu pun cilakak yee mementang beliau gumuk hehe
Quote anony-mous 27-11-2019 09:26 PM
SR4tahun replied at 27-11-2019 06:27 PM
ulcer helicobacter tu kena complete antibiotic jahhh 2 mingguuu. propaaa. procedure dia buat tu OGDS ...

Kelakar pulak i baca komen uols zulin ni kalau x over propa mmg x sah. Btw sheols dah kurus ke belum?
Quote jcja82 27-11-2019 10:44 PM
minah ni dan propa berpisah tiada..
Quote SR4tahun 27-11-2019 10:45 PM
anony-mous replied at 27-11-2019 09:26 PM
Kelakar pulak i baca komen uols  zulin ni kalau x over propa mmg x sah. Btw sheols dah kurus ke  ...

kalau batu hempedu tu either open or laparoscopic la. melihat pada cara dia boleh mekap before masuk ot, maybe laparascopic sajo laaa. hehe. tp dasyat juga yachh hospital tu terus remove batu hempedu dia, dia baru 30 hmmm
Quote anony-mous 28-11-2019 09:07 AM
SR4tahun replied at 27-11-2019 10:45 PM
kalau batu hempedu tu either open or laparoscopic la. melihat pada cara dia boleh mekap before mas ...

Kenapa uols? Kira kalau 30 dah kene batu hempedu ni tanda apa? Sheol kuat makan kah?

Dah la propa, mekap kemain tebal
Quote Idego 28-11-2019 10:40 AM
propa ngan zulin berpisah tedaaaa....
Quote rayray28 28-11-2019 11:09 AM
slyfynx replied at 27-11-2019 12:25 PM
OK, syafakillah,
Tp... perlu ke selfie, and perlu ke pakai make up and bulu mata palsu
Haish.

Rasa dia pakai yg extention tu kot

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.097655 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top