CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bukti Cinta Tanpa Syarat, 'Spiderman' Tolak Kerusi Roda Cari Dana Rawat Isteri

29-11-2019 03:41 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7892| Komen: 34|Original author: natrahn

Description: Bagi peminat filem dan dunia komik pasti amat mengenali watak Spider-Man. Populariti watak tersebut membolehkan sehingga kini banyak filem diterbitkan selain diangkat menjadi salah satu watak penting ...
Bagi peminat filem dan dunia komik pasti amat mengenali watak Spider-Man. Populariti watak tersebut membolehkan sehingga kini banyak filem diterbitkan selain diangkat menjadi salah satu watak penting dunia sinematik Marvel. 

Kostum adiwira kartun termasuk Spiderman antara yang digemari kanak-kanak. Lantaran itu ramai menggunakan kostum ini untuk menjana pendapatan samada secara sampingan atau demi meneruskan kelangsungan hidup.


Baru-baru ini  viral foto di media sosial 'Spiderman' menolak kerusi roda wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) di sekitar Georgetown. Aksi ‘Spiderman’ tersebut menarik perhatian ramai orang terutama kanak-kanak.



Namun siapa sangka di sebalik kostum ‘Spiderman’ itu, lelaki berusia 50 tahun itu sebenarnya suami kepada wanita OKU yang sedang mencari rezeki serta mencari dana bagi merawat isterinya.

Spiderman terbabit, Ahmad Shakirin Mohd Zain, 50, yang juga pelukis jalanan, berkata dia sudah lebih setahun menjadikan kerjaya itu sebagai pekerjaan sambilan meraih pendapatan dan mencari dana bagi merawat isteri, Nur Aznita Mohd Ismail, 37.

Kredit Foto - The Star

“Isteri saya pernah terjatuh di bilik air menyebabkan dia mengalami serangan angin ahmar dan kerana menghidap kencing manis, kaki kanannya terpaksa dipotong daripada lutut ke bawah.

“Selepas itu, kami berpindah ke Pulau Pinang dan mencuba nasib mencari rezeki di sini dengan cara ini,” katanya memetik perkongsian Penang Kini.

Menurut Ahmad Shakirin sebelum ini pendapatannya bergantung kepada hasil upah melukis dan menjual lukisan di beberapa lokasi tumpuan pengunjung sekitar ibu kota.


Cari rezeki cara lain guna kostum adiwira



Namun selepas melihat ramai kenalannya mampu meraih wang dengan berpakaian adiwira, beliau membeli sut pakaian itu menerusi dalam talian dengan harga RM180.

Ahmad Shakirin berkata, bukanlah maksudnya untuk meminta-minta, tetapi mereka pernah menerima sumbangan sebanyak 20 sen selepas diminta beraksi Spiderman dan bergambar dan dia tetap menerima sumbangan itu kerana paling penting ialah keikhlasan si pemberi.

“Selepas isteri sembuh nanti, dia bercadang mahu menjana pendapatan dengan menjual makanan berikutan kepakarannya dalam menyediakan pelbagai jenis masakan,” katanya.


Suka kanak-kanak tapi belum ada rezeki timang cahaya mata



“Sebenarnya kami suka kanak-kanak namun belum mempunyai rezeki cahaya mata dan dengan cara ini dapatlah kami menghiburkan kanak-kanak itu.

“Selain sebagai terapi diri, kami berasa gembira apabila dapat berdamping dengan kanak-kanak dan berharap orang ramai mendoakan kesejahteraan saya serta isteri,” katanya.


Berteduh di bilik sewa yang dibayar secara harian

Pasangan suami isteri ini menjadikan bilik tumpangan dengan kadar sewa RM55 sehari di tengah bandar raya sebagai tempat berteduh. Katanya, mujurlah pemilik bilik tumpangan disewa mereka memahami keadaan suami isteri berkenaan.

Ini betul-betul 'The Amazing Spiderman' ye dak? Semoga dipermudahkan segala urusan Ahmad Shakirin dan isteri. - CARI 

4

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
8

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • MOHAN8411

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote c===8 29-11-2019 03:48 PM
kalau sewa rumah flat mungkin tak semahal tu
Quote Artemesiaa 29-11-2019 04:07 PM
Ada juga usahanya cari pendapatan dari sekadar meminta2
Quote thetimes 29-11-2019 04:14 PM
Susah senang sama2 {:cryrun
Quote fliphair8 29-11-2019 04:16 PM
janji halal ye dek...dari membewak mendadih tu...
Quote fushimi 29-11-2019 04:20 PM
kat kl tu banyak je sewa bilik

kenapa cari yang vayar harian

kalau sebulan dah 1+k dah
Quote joyahglam 29-11-2019 04:20 PM
moga sentiasa dimurahkan rezki buat acik spiderman tu
Quote cap_ayam 29-11-2019 04:23 PM
Semoga abang ni sihat selalu jadi boleh bekerja .. dan wifenya sembuh semula agar boleh mulakan bisnes masakan.
Quote sfrnna 29-11-2019 04:35 PM
fushimi: kat kl tu banyak je sewa bilikkenapa cari yang vayar hariankalau sebulan dah 1+k dah


Rasanya ni dekat penang island. Harga sewa kat situ mmg mahal. Kesian wife dia. Muda2 lagi dah macam2 penyakit. Husband sanggup susah payah. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Quote LuvAurora 29-11-2019 04:57 PM
Mahalnya rm55 sehari ke salah tulis? Lebih baik sewa flat atau rumah kg.. Mcm tido hotel murah ja harga
Quote hollahop 29-11-2019 05:05 PM
tido hotel murah ka sewa sehari 55 tu?  better cari rumah sewa.
55x30=1650 dah mcm bayar sewa kondo  pun ada tu.

selain pandai cari duit pakcik kena berjimat jugak. duit tu boleh buat modal lain jugak.


Quote gigahertz 29-11-2019 05:31 PM
fushimi replied at 29-11-2019 08:20 AM
kat kl tu banyak je sewa bilik

kenapa cari yang vayar harian

rm55  sehari xde deposit. bayar rm55 duduk harintu juga...kalau sewa biasa depo bagai. duit depo tu sendiri boleh bayar sewa 2-3 bulan..bayangkan duit depo tu bayar utk sewa.harian.
Quote diss69 29-11-2019 05:36 PM
Bukan senang nk cari suami  isteri susah senang bersama.. Moga dimurahkan rezki kamu berdua dan dipermudahkan segalanya..
Quote gigahertz 29-11-2019 05:39 PM
hollahop replied at 29-11-2019 09:05 AM
tido hotel murah ka sewa sehari 55 tu?  better cari rumah sewa.
55x30=1650 dah mcm bayar sewa kondo ...

RM 55 sehari kalau tak campur makan sejam kena ada RM 2.30 kalau minima org beri rm5 per hour . within 10 hours berjalan ke sana ke mari dah lepas sewa . modal rm150 baju spiderman tu one off selagi tak koyak selagi tu menjana pendapatan.

Ramai tak tau kat malaysia ni only 5 negeri yang high nation income : penang. johor. kl. sel .sabah.
kita rasa rm55 sewa bilik tu mahal. tapi di sana walupun mahal. dia masih boleh membayar. maksudnya apa?
Quote inspiro92 29-11-2019 05:55 PM
Iwow inspiring!& so touching.dunia memwrlukan lebih banyak lelaki camni.
Quote hollahop 29-11-2019 06:01 PM
gigahertz replied at 29-11-2019 05:39 PM
RM 55 sehari kalau tak campur makan sejam kena ada RM 2.30 kalau minima org beri rm5 per hour . wi ...

lebih mampu la. income sehari mst lebih dr rm55

yg makan gaji pun terkulat2. cari rumah sewa murah.
tambah time cuti sekolah ni. lagi bnyak la kan income diorang masuk.
Quote mejaputih 29-11-2019 06:05 PM
Utk umur 50 nmpk x boroi sgt mcm org lain..semoga dipermudahkan urusan...
Quote natrahn 29-11-2019 06:14 PM
fushimi replied at 29-11-2019 04:20 PM
kat kl tu banyak je sewa bilik

kenapa cari yang vayar harian

dia duk penang dah nih
Quote KIM.K 29-11-2019 07:31 PM
gigahertz replied at 29-11-2019 05:39 PM
RM 55 sehari kalau tak campur makan sejam kena ada RM 2.30 kalau minima org beri rm5 per hour . wi ...

Sebenarnya 55 ni hotel bajet kan
Kl pun ada hotel bajet 30. 45 pun ada dekat kl sentral tu deposit 20 je
Meaning kalau takde duit malam tu dok bawah jambatan kan
Quote natrahn 29-11-2019 09:09 PM
KIM.K replied at 29-11-2019 07:31 PM
Sebenarnya 55 ni hotel bajet kan
Kl pun ada hotel bajet 30. 45 pun ada dekat kl sentral tu deposi ...

aah..patut kerajaan negeri bantu la bagi rumah sewa pprt..rm100++ je per month...n harap dah viral ni, baitulmal/zakat/jkm boleh bagi bantuan.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.052955 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top