CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Adil Tuduh Keluarga Saya Masuk Campur! " - Neelofa Akui Sokong Kakaknya Nabila

29-11-2019 04:57 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 37940| Komen: 208|Original author: SakuraJo

Description: Kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh pelakon Sharnaz Ahmad dan isterinya yang juga kakak kepada Neelofa, iaitu Nabila masih lagi belum menemui jalan penyelesaiannya. Malah, Neelofa dan keluarganya ...
Kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh pelakon Sharnaz Ahmad dan isterinya yang juga kakak kepada Neelofa, iaitu Nabila masih lagi belum menemui jalan penyelesaiannya. 


Malah, Neelofa dan keluarganya turut terkait sekali dan dituduh masuk campur dalam urusan rumah tangga pasangan itu sehingga menjadi punca hubungan mereka berantakan.


Mengakui dia dan keluarganya memberi sokongan sepenuhnya kepada Nabila, Neelofa bagaimanapun menafikan yang mereka sekeluarga masuk campur dalam urusan rumah tangga kakaknya dan Sharnaz. 

"Sebagai adik, sudah tentu saya akan menyokong kakak saya. Sama juga seperti ahli keluarga dan rakan rapat lain, mereka memberikan dorongan tidak berbelah bahagi kepada Nabila."

"Tak adil apabila ada tuduhan yang mendakwa keluarga saya masuk campur. Sudah semestinya kami memberikan sokongan kerana Nabila darah daging kami," ujar Neelofa, memetik laporan daripada Harian Metro

Kredit foto : Ig Nabila

Ulas pengacara, pelakon dan usahawan jelita itu lagi, dia agak kesal dengan sikap Sharnaz yang tiba-tiba bertukar fikiran dan enggan menceraikan kakaknya seolah-olah sengaja mahu memanjangkan kes penceraian tersebut.

"Apa yang saya kesalkan ialah perkara ini dipanjangkan, walhal ia boleh diselesaikan dengan mudah."

"Cabaran yang dilalui Nabila agak sukar, tetapi saya tahu perjalanan ini akan mematangkan dia. Banyak lagi perkara yang dia akan tempuh sepanjang proses penceraian berlangsung."

Tambahnya lagi, keluarga di kedua-dua belah pihak pastinya memberi sokongan kepada ahli keluarga masing-masing. Justeru, tidak adil untuk orang ramai menuding jari kepada ahli keluarganya sahaja walhal keluarga Sharnaz juga pasti memberi sokongan penuh kepada pelakon tersebut. 


Apa pun diharap kedua-dua belah pihak dapat menemui jalan penyelesaian. Sebaiknya berbincang dengan berhemah dan tidak perlu untuk perli- memerli sesama sendiri. Kasihan Jebat! - CARI

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Elanarose

  • cikkittydiva

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ciknam 29-11-2019 04:59 PM
Dia bunyik lagi...
Quote doubleA 29-11-2019 05:03 PM
Iyelah, sskjp
Quote epuepy 29-11-2019 05:06 PM
Mls nk komen pape dh. Cma 1 je nk ckp, video jebat tu mmg bole buat melting. Rasa nk gigit peha gebu beliyau. {:love
Quote MeghanK 29-11-2019 05:06 PM
jah, percaya la cakap iols..tade lelaki dah yang berani masuk famili mung kalau gini gaya nya
Quote kaklimahcomot 29-11-2019 05:06 PM
Ai is konpius. Sp bini nanaih ni!? If kak nab nk ngutuk fmly naih ke.. Naih nk kutuk fmly nab ke.. Lantak la.. Yg jah ronsen np sebuk nau? Alasan dia.. Sy sbg hsemate bla bla bla.. Agknya Sbb ko hsemate la kot naih angkat kaki blah dari rmh tu. Bz bdy Sgt. Pastu yakin nau nab mnjnda lg. Ko xyh campo la jahhhh.. Mohon ko kawin la jah.. Kot2 cool skit. Duda arwah faziani tu mgkin ssuai. Sskjp jgk. Kaya.. Dlm bisnes yg sama. Ank tiri dia konpem restu. Dia xrestu mkcik sihir je
Quote rotijohanz 29-11-2019 05:10 PM
MeghanK replied at 29-11-2019 05:06 PM
jah, percaya la cakap iols..tade lelaki dah yang berani masuk famili mung kalau gini gaya nya

ta baik uols ckp cenggini.......
mrh fans neelopah.......
aper uols igt xder ke jantan nk kn lopah?......
lopah purfecttt 10 k.......rmai yg nk jd nantu mamatinih...........
jutawan hartawan.......ahgitu
Quote MeghanK 29-11-2019 05:23 PM
rotijohanz replied at 29-11-2019 05:10 PM
ta baik uols ckp cenggini.......
mrh fans neelopah.......
aper uols igt xder ke jantan nk kn lop ...

kesah pulak fans jahlop tu
tapi ye la kan..mamatini berdoa siang malam..tak dapat abegong, mungkin dapat putera arob ke nanti kan..takkan nak bagi level retis mesia je..jahlop dah tahap internasional k
Quote MatDeghem 29-11-2019 05:26 PM
MeghanK replied at 29-11-2019 05:06 PM
jah, percaya la cakap iols..tade lelaki dah yang berani masuk famili mung kalau gini gaya nya

Habeyyy lah....Andartuuu foreber






Ini bukan zaman dulu nak sorok-sorok," itu kata-kata Neelofa menjawab desas-desus bakal mendirikan rumah tangga tahun hadapan.


Jelas usahawan dan hos popular itu dia tidak akan menyembunyikan khabar baik daripada pengetahuan umum seandainya bakal berkahwin kelak.

"Andai saya akan melangkah ke fasa baru saya akan kongsikan kepada umum.

"Mungkin sebab umur saya sudah 30 tahun menyebabkan ramai yang membuat spekulasi.


"Tiada sebab untuk saya berahsia mengenai kehidupan peribadi. Kalau ada seseorang, saya akan kongsikan," ujarnya.

Tambah Neelofa, masih belum ada sebarang perbincangan bersama keluarganya mengenai perkara terbabit.

"Sejujurnya tiada apa-apa perbincangan membabitkan ahli keluarga mengenai ke arah itu.



"Cuma apa yang boleh saya kongsikan, adik dan sepupu saya ada yang bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.

"Buat masa sekarang saya dalam perancangan untuk mengembangkan kerjaya seni di Indonesia sekali gus ia menyangkal gosip yang timbul," kata Neelofa.



Lepas tawan America dan Eropah Hajjah akhir nya ..... nak tawan Indonesia


Quote MeghanK 29-11-2019 05:28 PM
MatDeghem replied at 29-11-2019 05:26 PM
Habeyyy lah....Andartuuu foreber



alhamdulillah jahlop dah terkenal di mata dunia..kalah dato siti
Quote msdummy.2018 29-11-2019 05:47 PM
MeghanK replied at 29-11-2019 05:06 PM
jah, percaya la cakap iols..tade lelaki dah yang berani masuk famili mung kalau gini gaya nya

kalo hader chuolss?
Quote apedehal 29-11-2019 05:51 PM
Apeciter tokhang..eh tokhans..da angkat kaki ker?
Quote Kurex 29-11-2019 05:56 PM
yelah yelah.. famili kau baik suci murni tak amalkan sskjp
Quote MeghanK 29-11-2019 06:20 PM
msdummy.2018 replied at 29-11-2019 05:47 PM
kalo hader chuolss?

kalau ada alhamdulillah
Quote LuvAurora 29-11-2019 06:27 PM
Lelaki klo nak masuk family sskjp ni make sure duit penuh poket kalau x hmmm
Quote patchipink 29-11-2019 06:28 PM
MatDeghem replied at 29-11-2019 09:26 AM
Habeyyy lah....Andartuuu foreber



Ni iols ade nampak bideo sheols di ig komen mende nih, nape airmuka makin keroh teruk sgt ek skrg?

Dgn eyebag mata dia obviously nampak kertu sgt2, langsung hilang terus seri wajah sheols, walu iols ni haters jahlop, iols akui dulu nampak gakla skit kemanisan rupa sheols,

now nampak seremmm keruh sgt dgn pakai serba itam turban nak tercabut ke blkg sheols tu
Quote BicaraHatiku 29-11-2019 06:34 PM
patchipink replied at 29-11-2019 06:28 PM
Ni iols ade nampak bideo sheols di ig komen mende nih, nape airmuka makin keroh teruk sgt ek skrg? ...

Ingat kan iols je.. pun perasan lately mcm puffy dan aging sikit. Kecomelan dan manis terhakis..
Quote tint2519 29-11-2019 07:36 PM
MatDeghem replied at 29-11-2019 05:26 PM
Habeyyy lah....Andartuuu foreber



Adik dia yang mana? Athisha ke?
Quote boylondonn 29-11-2019 07:40 PM
sesuai la statement bodo dri org bodoh
Quote silampumeja 29-11-2019 07:44 PM
Kurex replied at 29-11-2019 09:56 AM
yelah yelah.. famili kau baik suci murni tak amalkan sskjp

Sskjp tu ape ni kurex .. tetinggal ketapi jap

Lihat semua komen(208)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.385829 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top