CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilik RM10 Yang Tular, Sudah Munculkan Diri

2-12-2019 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8408| Komen: 49

Description: Tular mengenai sekeping wang kertas RM10 yang ditulis nota yang dijumpai di sebuah bank di Batu Berendam, Melaka baru-baru ini.Namun, siapa sangka pemilik sebenar wang kertas RM10 itu tampil dengan me ...
Tular mengenai sekeping wang kertas RM10 yang ditulis nota yang dijumpai di sebuah bank di Batu Berendam, Melaka baru-baru ini. 

Namun, siapa sangka pemilik sebenar wang kertas RM10 itu tampil dengan mendedahkan dialah pemilik sebenarnya.


Anne Malar Yesudass berkata sudah lama dia mencari wang tersebut selepas dompetnya dicuri pada 1 September 2018 di sebuah kem di Melaka, Sinar Harian melaporkan.

Kredit foto: FB

"Saya sudah jumpa individu yang jumpa duit saya, terima kasih sangat-sangat kepada semua yang sudi kongsi penemuan duit ini.

"Ia cukup bermakna dalam hidup saya. Bapa memberi duit ini kepada saya pada 21 Mei 2010, ketika itu saya berusia 17 tahun.

"Bapa beri duit ketika hendak pergi ke sekolah jam 7.10 pagi, namun sayangnya tarikh itu adalah kali terakhir dia beri duit dan hantar saya ke sekolah. Bapa terlibat dalam kemalangan jalan raya," katanya. 



Dek kerana terlalu rindukan mendiang bapanya, dia menyimpan wang itu sebagai kenangan. 

"Saya berasa sedih kerana itu satu-satu duit dan barang peninggalan dari bapa untuk saya. Tidak kisah jika dompet hilang tetapi jangan ambil duit itu,"katanya. 

"Saya sangat berterima kasih kepada Hyza Ezany di atas perkongsian itu. Terima kasih tidak cukup untuk balas jasanya tetapi apa-apa pun terima kasih banyak-banyak.

Kredit foto: FB
Kredit foto: FB

"Terima kasih kepada semua yang sudi membantu kongsi status Hyza Ezany. Terima kasih sekali lagi. Saya sayang 'appa', saya rindu dia sangat-sangat," katanya. - CARI 
1

Bagus
4

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 2-12-2019 05:54 PM
Hasanah dah munculkan diri

Acik bawang 0 - hasanah 1 hasil rembatan lutut kiri pawi
Quote barfi 2-12-2019 05:56 PM
Sedihbyaaa tapi betul ke hasanah version?
Quote Fly_over 2-12-2019 05:57 PM
adoiii sedihnyaa
Quote dino 2-12-2019 06:02 PM
barfi replied at 2-12-2019 05:56 PM
Sedihbyaaa tapi betul ke hasanah version?

kisah btul la tuh
Quote thetimes 2-12-2019 06:37 PM
{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun
Quote Perawankota 2-12-2019 06:39 PM
Sedihnya............
Quote sarah82 2-12-2019 06:49 PM
Bukan hasanah la.. Sedih aku baca...
Quote aHoi83 2-12-2019 06:52 PM
Kuasa viral
Quote munchkin 2-12-2019 06:54 PM
Sedih baca. Happy for her
Quote MissMamamia75 2-12-2019 07:34 PM
Sedihnya baca{:cryrun{:cryrun
#kuasaviral
Quote Kurex 2-12-2019 07:35 PM
sedihnya......
Quote LuvAurora 2-12-2019 07:52 PM
Aduhh sedihnya..
Quote MissVixen 2-12-2019 08:33 PM
Lamanya dia simpan. Dari 2010. Harap2 terus kekal dengan pemiliknya
Quote HYSB 2-12-2019 08:45 PM
Tersentuhnye bace,
Quote cmf_almondpecan 2-12-2019 08:47 PM
Syukurlah kalau dah jumpa. Seeloknya simpan dlm peti besi atau tempat yg lebih selamat dari dompet.
Quote orgsepang 2-12-2019 08:47 PM
Gembira dan terharu dia.
Quote InVendeTTa 2-12-2019 08:50 PM
Agak dengan kuasa viral dan bawang boleh carik pencurik wallet sis tu tak?

Quote heedgags 2-12-2019 08:51 PM
Masih ade org berhati mulia kan...be kind to others and good things will come to you...agitchu
Quote mata.kail 2-12-2019 09:50 PM
setahun lebih juga akhirnya pemiliknya dapat kembali...

terharu juga la...

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.307341 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top