CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Jumpa Kucing Kena Humban Ke Laut, "Siapa Yang Kejam Sangat Ni?"

3-12-2019 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5337| Komen: 32

Description: Zalim dan langsung tiada perikemanusiaan! Tular di Facebook sejak Sabtu lalu, ada rakaman menunjukkan seekor kucing yang masih kecil dihumban ke dalam laut berhampiran jambatan Pulau Pinang.Menerusi r ...
Zalim dan langsung tiada perikemanusiaan! Tular di Facebook sejak Sabtu lalu, ada rakaman menunjukkan seekor kucing yang masih kecil dihumban ke dalam laut berhampiran jambatan Pulau Pinang.


Menerusi rakaman itu, dapat dilihat kucing berkenaan hampir lemas selepas ada individu yang mencampakkannya ke situ. 

Kredit foto: FB

Bagaimanapun, kucing itu diselamatkan oleh seorang kanak-kanak yang sedang memancing di sana. 

Rakaman video 52 saat itu turut menunjukkan bagaimana kucing itu terkapai-kapai berenang ke arah budak tersebut sebelum akhirnya ia masuk ke penjaring ikan.

Akhirnya, kucing malang itu dapat diselamatkan! Sungguh mengharukan!



“Alhamdullilah dapat diselamat sahabat jiran saya yang pergi memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang bersama anaknya pagi tadi, bodoh betul manusia, tahniah adik, abang tabik awak,” tulis lelaki dikenali Baharudin di Facebook. 

Ramai di kalangan warganet menyatakan kemarahan mereka kerana perbuatan mencampak kucing ke tempat yang tidak sepatutnya. 

Apa pula pendapat anda? - CARI 

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 3-12-2019 05:30 PM
Kucing nk try ikan fresh kut..
Quote Kurex 3-12-2019 05:31 PM
bodohnyaaaaaaaaa!!!!!!!
memang aku pantang sejenis manusia macam ni!!!!
wehhhhhh!!!! dunia ni bukan kita punya, bukan kita je yg nak hidup! binatang, tumbuhan pun ada hak nak hidup dalam dunia ni!
celaka manusia macam ni! buang mak ayah, buang haiwan, tebang pokok sesuka hati!
Quote cikatilia 3-12-2019 05:33 PM
tq adik selamatkan kitty
Quote Forfoxache 3-12-2019 05:36 PM
Ntah2 dia yg baling pastu suh member viralkan bideo nak dapat likes kt faecesbuk
Quote gummiebear 3-12-2019 05:49 PM
Ke kucing tu tergelincir? Gitu iols berhusnuzon
Quote sarah82 3-12-2019 05:58 PM
Siap sedia saja la polis malaysia mencari pembunuh bersiri
Quote belilies 3-12-2019 06:48 PM
Kesiannnyaaaa!! Aku harap yg buang ke sungai tu laknatlh hidup dia aniaya kucen. Anak kucen lagi tu. Kau buang ke laut!!
Quote bakingsoda 3-12-2019 07:22 PM
yg campak kucing dlm laut tu masa kecik makan ape eh sampai jd syaitan?
Quote aHoi83 3-12-2019 07:59 PM
Takde bukti or saksi kucing tu dibuang ke laut. So i berfikir baik kucing tu terjatuh
Quote lasagnaklcc 3-12-2019 08:14 PM
Maybe jgk kucing terjatuh. Kuatnya semangat kucing tu berenang kat diorg.
Quote missExu 3-12-2019 08:28 PM
Mgkn jugak sebab takkan la tiba2 ada anak kucing dekat jambatan yg sememangnya jauh dr kwsn perumahan. Sbb tu dispeku kena buang. Apa pun alhamdulilah selamat akhirnya
Quote prettyuglybabe 3-12-2019 08:48 PM
kasihannya moew..

Quote Pearlapple 3-12-2019 08:52 PM
Kesiannye awak cik nyau.. Dah la kecik lagi.
Harap2 ada orang baik hati bawak awak balik ye sayang..
Quote borrow 3-12-2019 09:45 PM
[youtube]-nwyrSpX_A0[/youtube]

meow dicampak dari atas jambatan kew? siannya

Quote KIM.K 3-12-2019 09:46 PM
Tak larat bela buang kat sungai. Masalah buang jauh2 takyah bela gitu
Gaya buang anak haromm
Quote Atata 3-12-2019 10:02 PM
Pandainya kucing tu. Syukurlah selamat. Harap ada yg adopt
Quote Atata 3-12-2019 10:04 PM
Pandainya kucing tu. Syukurlah selamat. Harap ada yg adopt
Quote Catpaw 3-12-2019 10:36 PM
Alah siannye meow... terkapai2 berenang nak imbangkan diri dalam air yang bergelora tu... dah la ringan ditolak arus
Quote Asdan 3-12-2019 10:43 PM

manusia bunuh ikan, kucing bunuh ikan

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.051384 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top