CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Peminat Marvel, Jangan Kata Anda Belum Tengok 'Teaser Trailer' Filem Black Widow!

5-12-2019 11:09 AM| Diterbitkan: ramossterritory| Dilihat: 1493| Komen: 9|Original author: Oleh: ramossterritory

Description: Peminat siri filem superhero Marvel Studios sudah tentu tidak asing lagi dengan watak Black Widow, lakonan mantap Scarlett Johannson.
Peminat siri filem superhero Marvel Studios sudah tentu tidak asing lagi dengan watak Black Widow, lakonan mantap Scarlett Johannson. 



Buat yang tidak tahu, Black Widow merupakan salah seorang adiwira dengan kebolehan sebagai perisik hebat dan lincah. Dia merupakan antara adiwira terawal yang membuat kemunculan dalam siri filem Marvel Cinematic Universe (MCU) bermula dari Iron Man 2 (2010) hinggalah filem Avengers: Endgame (2019). 

Kemunculannya melalui filem solo ini bermakna Black Widow telah berada di MCU selama 10 tahun!


Kredit: Twitter Rasmi Marvel Entertainment


Spoiler alert, meskipun watak ini dilihat terkorban dalam filem Avengers: Endgame, namun ia tidak menghalang pihak produksi Marvel untuk menghasilkan filem solo ahli Avengers ini. 

Garis masa bagi filem ini dikatakan sekitar selepas kejadian perang saudara antara ahli Avengers dalam filem Captain America: Civil Wars (2016), di mana kita akan menyaksikan lebih banyak berkenaan kisah silam watak ini.


Kredit Foto: Twitter Marvel Direct

Turut menarik perhatian dalam trailer ini adalah kemunculan pertama Yelena Belova lakonan Florence Pugh, Alexei Shostakov atau Red Guardian lakonan David Harbour, serta kemunculan watak penting dalam komik-komik Marvel, iaitu Taskmaster.


Kemunculan Pertama Yelena Belova. Kredit Foto: Twitter Marvel Direct

Kemunculan Pertama Red Guardian. Kredit Foto: Twitter Marvel Direct
Kemunculan Pertama Taskmaster. Kredit Foto: Twitter Marvel Direct

Black Widow (2020) arahan Cate Shortland akan mula ditayangkan di pawagam serata dunia bermula 1 Mei 2020. Tak sabar nak terjah panggung untuk menonton aksi mantap Scarlett! - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 5-12-2019 12:25 PM
Black widow=janda itam
Quote annehuda 5-12-2019 02:19 PM
thread dh ade

https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1
Quote MadameOnion 5-12-2019 02:36 PM
dah tengok..menarik..harap cap buat cameo sikit la..masa return stone ke vormir tu..end credit pun takpa
Quote September14 5-12-2019 10:07 PM
Bila tau marvel nk buat flem rasa mcm waste jer.. tp bila tgk trailer, wow unexpected
Quote denim456 6-12-2019 12:36 PM
Thanks For It
http://student-login.xyz/
Quote denim456 6-12-2019 12:37 PM
Thanks For It
Visit Here: Ziniyas


Quote eragon 6-12-2019 05:45 PM
harap harap ada cameo hawkeye
Quote eina2lovers 10-12-2019 12:38 PM
wuuuhuuuuu she back!! suka tgk body dia..
Quote greantea 11-12-2019 11:02 AM
bila agaknya diorg nak bgtaw ape y berlaku antara black widow ngan hawkeye kat budapest?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.043793 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top