Program MeleTOP yang disiarkan di saluran Astro Ria cukup sinonim dengan pengacaranya iaitu Neelofa dan juga Nabil Ahmad sejak mula diterbitkan pada Oktober 2012 lagi.
Selama tempoh 7 tahun bersiaran sudah pastinya program tersebut meninggalkan impak yang tersendiri dalam hati penonton lebih-lebih lagi dengan gelagat kedua-dua pengacara itu. Bagaimanapun, peminat dikejutkan dengan pengumuman secara langsung oleh Neelofa yang dia akan mengundurkan diri daripada pentas MeleTOP. Pengacara, pelakon dan usahawan berusia 30 tahun itu berkata yang dia akan mengacarakan program MeleTOP buat kali terakhir pada 31 Disember ini. "Dengan hati yang sangat berat, ini adalah bulan terakhir saya akan bersama dengan MeleTOP."
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
25-4-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.065483 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.