CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Suka Tunjuk Isyarat Peace? Maklumat Peribadi Anda Mungkin Digodam

6-12-2019 11:04 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3542| Komen: 18|Original author: Tukang Tulis

Description: Penjenayah boleh cipta semula cap jari dari gambar yang disiarkan.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menunjukkan isyarat 'peace' (gambar hiasan). Kredit foto: Carian Google

Ramai orang suka membuat isyarat 'peace' menggunakan jari-jari mereka ketika mengambil gambar yang kemudiannya dimuat naik ke media sosial.

Namun, mereka mungkin tidak menyedari perbuatan itu boleh menyebabkan maklumat peribadi digodam.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memetik kajian Institut Informatik Kebangsaan Jepun menjelaskan, cap jari seseorang individu boleh dicipta semula dengan menggunakan gambar yang diambil dari jarak tiga meter.

"Tambah mereka, penggodam tidak memerlukan teknologi yang hebat untuk mendapatkan cap jari selagi gambar yang diambil itu terang dan jelas.

"Apabila ia berjaya diperoleh, penggodam boleh mengakses maklumat sulit dan peribadi seseorang (seperti maklumat perbankan) melalui telefon pintar ataupun tablet dengan mudah," kata PDRM.


Telefon yang digodam boleh menyebabkan kerugian kepada pemiliknya. Kredit foto: techviral.net
Justeru, PDRM menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati walaupun sistem biometrik yang berasaskan pengesanan cap jari, mata dan wajah dianggap sebagai teknologi yang canggih.

Kata PDRM, penggodam juga berupaya memanipulasi teknologi terkini untuk mencari peluang yang disediakan oleh orang ramai tanpa mereka sedari bagi mencuri maklumat peribadi.

Bruce Lee menunjukkan isyarat peace (gambar hiasan). Kredit foto: Carian Google
Memang kita patut berhati-hati ketika memuat naik sebarang bahan dalam media sosial agar tidak mendatangkan mudarat kepada diri kita sendiri.  - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 6-12-2019 11:28 AM
nasib baik dalam. gambar,kurex selalu bagi middle finger
Quote ais_kosong 6-12-2019 11:32 AM
Kurex replied at 6-12-2019 11:28 AM
nasib baik dalam. gambar,kurex selalu bagi middle finger

lepas ni kena tunjuk middle finger la kan
Quote Kurex 6-12-2019 11:34 AM
ais_kosong replied at 6-12-2019 11:32 AM
lepas ni kena tunjuk middle finger la kan

middle finger kuku dekat bahagian depan
Quote ais_kosong 6-12-2019 11:38 AM
Kurex replied at 6-12-2019 11:34 AM
middle finger kuku dekat bahagian depan

hahaa.. ok lepas ni saya buat macam tu
Quote Ina8895 6-12-2019 11:59 AM
Alamak, kena delete la gambor yang ada tunjuk peace
Quote Artemesiaa 6-12-2019 12:03 PM
Apa susah buat ler peace kuku depan macam si Ani dalam Bujang Lapuk
Quote Muahahaha 6-12-2019 05:23 PM
Alaaa xkn nk kena tnjk middle finger pulak hmmm
Quote Perawankota 7-12-2019 03:27 AM
Adoii..... dh pah suka buat mcmtulah
Quote najib888 7-12-2019 11:04 AM
Ya ka boleh? Slalu biometrik guna ibu jari je.. lain la kalau dah pernah ke lokap, ambik cop 10 jari.. nak recreate cap jari dari jarak 10 kaki? Hangpa upload gambaq berapa ribu pixels kat media sosial?
Quote najib888 7-12-2019 11:07 AM
Lepas ni warning juga kaki upload gambar.. ada sistem pengecaman wajah, face scanning.. kalau nak upload juga, sila cover muka
Quote sub5zero 7-12-2019 11:15 AM
tunjuk peace blh copy finger print?  ngarut la setakat gmbr 600 kb blh detect pattern halus camtu..... sdgkan tenyeh thumprint masuk ofis pun 2@3 baru lps
Quote slyfynx 7-12-2019 11:22 AM
Mcm la gmbr kt social medai tu high resolution kan/
Lain la kalau jari tu amik gmbr macro.
Igt mcm CSI dalam TV ke leh regain resolution mcm tu je
Muahahaha
Quote TravellingBear 7-12-2019 04:00 PM
Laaaa gambo bukan real pon.... semua filter edit sampai dinding pon senget benget . Confirm face scanning fail
Quote telracs 7-12-2019 04:11 PM
TravellingBear replied at 7-12-2019 08:00 AM
Laaaa gambo bukan real pon.... semua filter edit sampai dinding pon senget benget . Confirm face sca ...

Hahaha....win!!! Filter segala....
Quote najib888 7-12-2019 05:21 PM
Teringat kisah stalker jepun yg follow artist sampai ke rumah hanya berpandukan study & analisis reflection anak mata. Boleh anggar lokasi, siap trace surrounding yg sama.. tempat demi tempat..

But, garis2 halus dijari?
Quote Forfoxache 7-12-2019 05:30 PM
Nah amik ko peace terbalik
Quote Kuasaberganda 8-12-2019 02:02 PM
Peace dua plohsen ja la pasni
Quote Tinot7 8-12-2019 02:48 PM
Pakai purdah niqab atopon tak payah amek gambar.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.053986 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top