CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Conflict Of Interest?" - Ahmad Idham Direhatkan Sebagai CEO FINAS?

7-12-2019 09:15 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5380| Komen: 15|Original author: natrahn

Description: Spekulasi mengenai pengunduran Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) rancak diperkatakan sejak beberapa hari lepas dikalang ...


Spekulasi mengenai pengunduran Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) rancak diperkatakan sejak beberapa hari lepas dikalangan pemain industri filem tanahair.

Kedudukan Ahmad Idham  sebagai CEO FINAS ' tidak lagi selamat' dan berkemungkinan jawatan itu akan digantikan dengan individu lain seperti yang dilaporkan Astro Awani.



Ahmad Idham ditawarkan jawatan ini di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia selama dua tahun yang akan berakhir pada Mac 2021 seperti yang tertera dalam kontrak lantikan.


Namun begitu, menerusi laporan Harian Metro, Ahmad Idham enggan mengulas mengenai spekulasi tersebut. Beliau berkata, buat masa ini dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Kredit Foto - Astro Awani

“Selagi tidak ada pengumuman daripada mereka, saya tidak boleh berkata apa-apa.

“Biarlah kenyataan dikeluarkan oleh FINAS sendiri atau Menteri Komunikasi dan Multimedia,”

“Saya ditawarkan untuk menerima jawatan ini dan bukan saya yang memohon. Oleh itu, saya menerima apa saja keputusan yang akan diberitahu oleh FINAS.

“Buat masa ini saya masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai CEO dan segala perkara berkaitan FINAS masih merujuk kepada saya,” katanya.

Tinjauan di media sosial mendapati, warga maya bersetuju jika CEO FINAS yang baru dilantik menggantikan Ahmad Idham.

Lantik Datuk Yusof Haslam 






Sekiranya perkara ini sahih, agak-agak siapa pula CEO baru FINAS nanti ye? - CARI



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 7-12-2019 10:46 AM
Dia ni apa yg dia buat semua x menjadi atau dikecam ya...
Quote pencintaABC 7-12-2019 10:48 AM
Ganti dgn sharifah amani
Quote xAthenax 7-12-2019 10:52 AM
Siapa lah propose Yusup Selam tuh
dia anak beranak pembikin pilem
conflict of interest
Quote armin 7-12-2019 11:26 AM
Aflix apa cerita? Hahah
Quote pukulrata 7-12-2019 12:46 PM
Bg namron kahkahkah
Quote sharlenetexas 7-12-2019 12:48 PM
Selamat bercuti
Quote Muahahaha 7-12-2019 08:18 PM
Selamat berehat banggggg
Quote katibism 7-12-2019 11:05 PM
Lantik org lama yg dah slow down.. contohnya... erk sapo ek? PM Dr hatta azad khan ke, othman hafsham ke, pansha ke
Quote mixed 7-12-2019 11:09 PM
Klu meeting finas ke program x da plk npk heols folow tok hans
Heols mcm xdok function je

Asyik tok han sorang je attend semua event finas
Quote L211 8-12-2019 01:10 AM
redza minhat je laa.. ehh tiber
Quote lee_sakura 8-12-2019 04:33 AM
Finas ni apa fungsinya  ya
Quote airmineral 8-12-2019 11:36 AM
byeeeeee{:run{:run{:run
Quote RatuDunia94 8-12-2019 04:53 PM
lee_sakura replied at 8-12-2019 04:33 AM
Finas ni apa fungsinya  ya

Bg dana pd penerbit2 filem utk buat filem.
Quote mrseller 8-12-2019 05:52 PM
Pilem cam cibais camno nak jaga PINAS
Quote diss69 9-12-2019 06:51 AM
Jalil hamid... Mana producer yg byr ciput kt pelakon extra boleh dia caras dulu...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.065478 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top