CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Takut Orang Langsung Tak Nak Taubat" Hazeman Huzir Minta Tegurlah Secara Berhemah

6-12-2019 05:38 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 14647| Komen: 70|Original author: SakuraJo

Description: Pengacara Hazeman Huzir baru-baru ini menegur sikap individu yang mencela wanita yang memakai tudung tetapi tidak menepati syarak atau dalam erti kata lain tidak bertudung litup seperti yg sepatutnya.
Pengacara Hazeman Huzir baru-baru ini menegur sikap individu yang mencela wanita yang memakai tudung tetapi tidak menepati syarak atau dalam erti kata lain tidak bertudung litup seperti yg sepatutnya. 



Menerusi akaun Twitter miliknya, Hazeman atau lebih dikenali sebagai Haze menyatakan niat individu itu mungkin mahu menegur, tetapi cara tersebut agak kasar dan boleh menjatuhkan semangat orang yang berniat untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Kredit foto : Twitter Hazeman

Pernah mengalami situasi yang sama, Haze berkata teguran yang kasar atau secara sindiran bukanlah cara yang terbaik kerana dia pernah merasa takut untuk ke masjid gara-gara pandangan sinis orang terhadap dia. 


"Nov 2018, aku masih berambut putih. Tapi waktu itu teringin nak belajar solat dan agama setelah bertahun tak solat."

Cerita Haze, pada ketika itu dia masih lagi berambut putih seperti penampilannya dalam program Motif Viral. Tidak mahu menjadi bahan umpatan qariah masjid, dia menutup kepalanya bagi melindungi rambutnya. 

Tetap mendapat jelingan. 

Walaupun sudah berusaha, Haze tetap dipandang serong sehinggakan dia merasa tidak selesa untuk berada lama di dalam masjid.

Disebabkan peristiwa tersebut juga, Haze enggan masuk masjid selama beberapa minggu kerana risau akan pandangan orang lain. 

"Tegurlah secara berhemah, takut orang langsung tak nak bertaubat."

"Jika anda bersikap sedemikian, anda merupakan seseorang yang tidak seimbang dalam hubungan antara Yang Maha Esa dan makhluk ciptaannya (iaitu manusia)."

Kredit foto : Twitter Hazeman

Tweet Haze tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya. 

Kredit foto : Twitter Hazeman

Bagaimanapun, menerusi tinjauan kami individu tersebut telah pun memadam Tweet asalnya.

Ada betul juga teguran Haze tersebut kerana tahap penerimaan seseorang itu berbeza. Ada yang boleh menerima teguran secara kasar namun ada yang tidak dapat menerimanya. Silap haribulan mungkin ianya akan menyebabkan seseorang itu menjadi lebih teruk daripada sebelumnya. -CARI
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • karizuku


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kivio 6-12-2019 06:17 PM
Lahir Melayu Islam, rasa aku xperlu ada fahaman baru nak belajar solat segala.
Dah kerepot baru 'nak belajar'?

Kalau matsaleh aku paham.
Kahkah
Quote ffbeauties 6-12-2019 06:41 PM
kivio: Lahir Melayu Islam, rasa aku xperlu ada fahaman baru nak belajar solat segala.Dah kerepot baru 'nak belajar'?Kalau matsaleh aku paham.Kahkah


Tak semua orang bertuah macam ko yang dari kecik dah diberi dan ada didikan agama. Ko untung la sampai boleh judge orang lain..

Jalan hidup orang berbeza beza, kalau tengok mak nyah yg ustaz ebit liew jumpa. Ada dari kecik mak ayah tinggal terpaksa survive dgn jalan hidup jd pekerja seks. Bukan pilihan dia nak hidup mcm tu. Tu cuma salah satu contoh
Quote kukukatablog 6-12-2019 06:45 PM
kivio replied at 6-12-2019 06:17 PM
Lahir Melayu Islam, rasa aku xperlu ada fahaman baru nak belajar solat segala.
Dah kerepot baru 'na ...

kannn theols feeling Mizz Nina agaknya,
padahal dulu habis skolah rendah siap g kelas fardu ain tetiap petang lagi.....
Quote blekkep 6-12-2019 06:47 PM
gosip apekah?? retis kah heshe nie??

walopun aiols kenal jah heshe & heshe kenal jah aiols

btw heshe nie adik2 yg x gedik...
Quote mai-shi 6-12-2019 07:05 PM
Suka tgk youtube haze. Youtube dia je aku tak skip ads
Quote aijinmisaki 6-12-2019 07:20 PM
blekkep: gosip apekah?? retis kah heshe nie?? walopun aiols kenal jah heshe & heshe kenal jah aiols btw heshe nie adik2 yg x gedik...


Tengok pun dah tau dia ni adik2
Quote sukacactus 6-12-2019 07:28 PM
mai-shi replied at 6-12-2019 07:05 PM
Suka tgk youtube haze. Youtube dia je aku tak skip ads

Sama! Sebab niat nak sedekah kan
Quote Sham143 6-12-2019 07:59 PM
Edited by Sham143 at 6-12-2019 08:52 PM

Tegur konon2 ikut islam..tapi cara tegur macam yahudi..Ini la dunia akhir zaman..Munafik ramai..Oh ya, lupa..Mungkin yg menegur mcm tu sbb dia dh tahu dia gerenti masuk syurga kot..
Quote KIM.K 6-12-2019 08:00 PM
Taubat ni diam diam sudahlah huzir
Jangan berkopiah selalu, jangan berniqab selalu
Bersederhana
Sebab kita akan fall back sekali sekala dalam habit buruk kita tu
Iman senipis bawang
Quote kembangbunga 6-12-2019 08:44 PM
KIM.K replied at 6-12-2019 08:00 PM
Taubat ni diam diam sudahlah huzir
Jangan berkopiah selalu, jangan berniqab selalu
Bersederhana

Huzir tu bpk heshe la uols. Hahaha
Dato Huzir, pengarah jsj bukit aman.
Tp mmg ramai yg dok panggil heshe huzir..
heshe ade mention dlm utube.
Quote KIM.K 6-12-2019 08:48 PM
kembangbunga replied at 6-12-2019 08:44 PM
Huzir tu bpk heshe la uols. Hahaha
Dato Huzir, pengarah jsj bukit aman.
Tp mmg ramai yg dok pa ...

Ayo hahaha
Maafkan makcik kg.com sangat
Lupa nama beliau Hazeman
Quote nuhanis 6-12-2019 08:49 PM
Oh anak dato dia ni rupanya.

Tapi rilek2 je dia.

Aku suka dia ni. Awal kemuculan dulu je rasa nyampah. Tapi once dengar dia bercakap, rasa best and setuju.

Quote Sham143 6-12-2019 08:56 PM
nuhanis replied at 6-12-2019 08:49 PM
Oh anak dato dia ni rupanya.

Tapi rilek2 je dia.

Patut la mentaliti dia bagus..Anak datuk rupanya..bukan dari golongan pprt mcm org yg menegur tu..
Quote Peaches113 6-12-2019 09:03 PM
Takut pergi masjid selama seminggu? Memang tak pi solat jumaat ke ape?

Nak berubah jadi baik, tak payah kecoh duk betulkan tanggapan orang. Tu maknanya belum totally ikhlas berubah.

Meols kurang berkenan utube haze. Suka carut bodoh bodoh.
Quote Ladybird910 6-12-2019 09:17 PM
blekkep: gosip apekah?? retis kah heshe nie?? walopun aiols kenal jah heshe & heshe kenal jah aiols btw heshe nie adik2 yg x gedik...



Adik xgedik meaning ape ya? Mohon pencerahan..hehe
Quote MeghanK 6-12-2019 10:13 PM
kivio replied at 6-12-2019 06:17 PM
Lahir Melayu Islam, rasa aku xperlu ada fahaman baru nak belajar solat segala.
Dah kerepot baru 'na ...

alahai acik..tak semua orang ada jalan hidup sempurna macam uols..uols penah baca tak cerita2 yang syed azmi share kat fb? memang lahir melayu islam tapi tak pernah belajar dan mengenal..so kalau jumpa orang camni acik nak herdik dengan alasan kau lahir melayu islam ke camne
Quote mata.kail 6-12-2019 10:16 PM
Mulut orang juga yang menyebabkan orang yang nak dekat dengan Tuhan pergi jauh meninggalkan Tuhan...tapi pergilah ke Masjid/Gereja/kuil kerana Tuhan dan untuk diri sendiri.
Quote minahgempal 6-12-2019 10:26 PM
Edited by minahgempal at 6-12-2019 10:32 PM

Haze nie lembut jek bukan pondan or gay.. Tp lelama aku tgk haze nie ok jek.. Tk nmpk pn lembut..rsa mcm dia "in" character pun yer jgk..
Quote minahgempal 6-12-2019 10:31 PM
Tak sume pendosa terus membuat dosa.. Semoga haze terus istiqomah..berubah mmg senang.. Nak sustain tu susah bnyk cabaran.. Bagi aku sederhana tu lebih baik dan tak terlalu nak bercerita ttg balik pada "fitrah" sgt.. Chill jek..

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.071880 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top