CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Janji Akan Jaga Dengan Penuh Kasih Sayang," Risteena Sah Bertunang Dengan Isa Khan Di Bali

7-12-2019 10:30 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 18679| Komen: 71|Original author: intan

Description: Teka-teki mengenai status hubungan antara pelakon Isa Khan dan Nur Risteena Munim akhirnya terjawab apabila mereka berdua mengakui sudah bertunang pada 23 November yang lalu.Berita itu telah diumumkan ...
Teka-teki mengenai status hubungan antara pelakon Isa Khan dan Nur Risteena Munim akhirnya terjawab apabila mereka berdua mengakui sudah bertunang pada 23 November yang lalu.


Berita itu telah diumumkan oleh Isa sendiri ketika majlis Malam Romantik Ris X Isa yang telah diadakan di Bora Ombak, Putrajaya, baru-baru ini.
Kredit foto: Astro Gempak

Jelasnya lagi, mereka berdua telah bertunang di Bali, Indonesia setelah 5 bulan mengenal hati budi masing-masing.


Majlis tersebut juga turut dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak termasuklah artis gosip terkini, adik kepada Risteena, Ruhainies.
Majlis pengumuman itu turut menyambut sambutan hari kelahiran yang ke-30 Risteena pada 19 November yang lalu.

"Walaupun ramai yang cuba racun fikiran awak dengan mengatakan saya bukan orang yang baik namun awak tetap terima diri saya."

"Malam ini di hadapan semua tetamu, saya janji akan menjaga awak dengan peuh kasih sayang. Terima kasih Nur Risteena Munim Zainul Ilyas kerana menerima saya dalam hidup awak," Katanya kepada Media Hiburan yang hadir dalam majlis tersebut.

Pasangan itu dikatakan mula menjalin cinta ketika sama-sama terlibat dalam menjayakan drama 'Bulan Jatuh ke Langit' yang disiarkan stesen tv RTM pada Mei lalu.

Risteena yang sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon Ikhwan Khairuddin dan dijadualkan untuk berkahwin pada November lalu. Namun, tiada jodoh, hubungan Ikhwan dan Risteena putus di tengah jalan setelah 7 tahun mengenal hati budi masing-masing.

Buat Risteena dan Isa, semoga tabah menghadapi cabaran bertunang dan cepat kahwin ya! - CARI



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 7-12-2019 10:34 AM
syukur la.risteena kawin ruhainies pun akan kawin. so lepas tu dua2 bole duduk diam2
Quote LuvAurora 7-12-2019 10:36 AM
banyaknya duit sampai indonesia tuhhhh
Quote slyfynx 7-12-2019 10:41 AM
cepat2 la kawin n stop talking about men.
Sakit jiwa dah aku ngn family ni
Quote firdAwAni 7-12-2019 10:43 AM
helicornia replied at 7-12-2019 10:34 AM
syukur la.risteena kawin ruhainies pun akan kawin. so lepas tu dua2 bole duduk diam2

Hihi.. Iye ke leh dok diam2.. Tgk2 post psl hanimun, pregnant.. Bla.. Bla..hik3..
Quote rosmahisham 7-12-2019 10:48 AM
Kaya naw2 ke couplr ni kemain ko..ngalah dpt ank vvip
Quote beatgirlX 7-12-2019 10:53 AM
At least Risteena ni baru nak up gmbar ngan boypriend dan dah tunang pun...
Adiknya kan kata x nak langkah bendui..so pas ni turn dia la pulak kot
Quote Rogue98 7-12-2019 11:02 AM
Gigih gi bali semata2 nak buat movie.
Quote ariellin 7-12-2019 11:11 AM
Rengsa aku tgk majlis dgn segala bideo kapel ni samada aku yg tak open minded atau dorg yg terlalu urban

Pepun smg bahagia
Quote boojaat 7-12-2019 11:14 AM
Ex tunang risteena ni anak orka kan? Isa ni orka ke?
Quote Catpaw 7-12-2019 11:17 AM
"Artis gosip terkini" menganjing ka ni {:smile
Quote Kurex 7-12-2019 11:25 AM
bosannya.. macam kakak dgn adik la pasangan ni.. bosan la family ni.. bosan
Quote buapakperut 7-12-2019 11:49 AM
wow tunang di bali..boleh honeymoon terus
Quote qistiena 7-12-2019 11:53 AM
apsal couple ni nampak tua
Quote pukulrata 7-12-2019 11:58 AM
Aku bagi setahun je
Quote kakiporet 7-12-2019 11:58 AM
Lain bebenor muka si ristena ni dlm ig dgn gmba kat ats tu... Dlm ig bkn main flawless...pp tirus...skali tgok.....
Quote CurangLagi 7-12-2019 12:05 PM
Ok..next turn adik. Kemudian boleh senyap.
Quote LadyCarefree 7-12-2019 12:17 PM
kakiporet replied at 7-12-2019 10:58 AM
Lain bebenor muka si ristena ni dlm ig dgn gmba kat ats tu... Dlm ig bkn main flawless...pp tirus... ...

Khenzssssss
Quote nordin84 7-12-2019 12:19 PM
lor bertunang ke..iols ingat da bernikah..haramjad betolni kalau x kawen ni sila pindah indon..majlis mcm nikah
Quote imanda 7-12-2019 12:22 PM
wei serius laa beriya buat pc bagai macam popular seantero dunia

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.071988 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top