CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Kami Paksa Atau Tekan Dia" - Hans Isaac Nafi Tuduhan Liar Mahu Kawal Finas

10-12-2019 10:18 AM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 5387| Komen: 13|Original author: Oleh: ameenarara

Description: Semua yang berlaku tiada dalam perancangan. Itulah yang dikatakan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac yang menjawab isu pengunduran Ketua Pegawai Eksekutif, ...
Semua yang berlaku tiada dalam perancangan. Itulah yang dikatakan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac yang menjawab isu pengunduran Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Idham.


Ketika ditemu bual Mymetro, dia menafikan segala tuduhan daripada pelbagai pihak kerana mereka tidak menerima maklumat tepat berhubung masalah yang dihadapi Finas.


Foto: Instagram Hans Isaac

Hubungan dia dengan Ahmad Idham juga baik sahaja dan penamatakan kontrak yang dipendekkan sehingga 10 Mac 2020 adalah permintaannya sendiri.

Tiada siapa yang menekan atau memaksa Ahmad Idham untuk membuat keputusan itu dan mereka menghargai sumbangan yang diberikannya sepanjang lapan bulan memegang jawatan CEO Finas.




Kerja tetap diteruskan seperti biasa dan apa yang berlaku berkemungkinan disebabkan kontroversi yang melanda Ahmad Idham atas kenyataannya sebelum ini yang mencetuskan kemarahan dan sindiran daripada rakan artis.

Pada masa sama, Hans meminta jangan sewenang-wenangnya menuding jari seakan-akan mereka tidak memperjuangkan industri seni kreatif.



Pelbagai rancangan sedang diusahakan Finas dan tolong jangan anggap mereka seperti Superman.

Siapa yang memegang jawatan dalam Finas pasti akan berasa tekanan. Harap Hans tabah dan elakkan isu yang merendahkan martabatkan Finas. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 10-12-2019 10:40 AM
Pape la bam stokes
Quote fliphair8 10-12-2019 11:29 AM
finas this finas that...movie kita masih di takuk lama...

fine ass....
Quote hyie 10-12-2019 11:44 AM
panjang betul ye tali kasut hans isaac...sampai cecah lantai
Quote boylondonn 10-12-2019 12:21 PM
I may be beat end?? apa tu nokssss
Quote Nztech 10-12-2019 01:10 PM
BOOOSANNN. Finas Finas Finas. Hans Isaac kau letak jawatan jer lah.. kau pun 2x5 . Xda fungsi
Quote Tudungpink 11-12-2019 12:55 AM
Zed zaidi pun bersuara jgk pasai hans ni..so acaner ni ramai xsuke dia ker..silalah berundur bermaruah mr chairman ..gitewww
Quote helicornia 11-12-2019 10:37 AM
hyie: panjang betul ye tali kasut hans isaac...sampai cecah lantai

nampak aje mata ko
Quote helicornia 11-12-2019 10:38 AM
bukan ke katanya pasal conflict of interest?ahmad idham ni dok promot channel.internet dia ala netflix tu
Quote blekkep 11-12-2019 02:04 PM
Actually dh ade gerakan nk jatohkan hans & goblin yach!! Ade prsatuan2 buat meeting nk singkirkan 2 malaun nie jugak...aiols sukung!!!
Quote Rogue98 12-12-2019 12:31 AM
blekkep replied at 11-12-2019 02:04 PM
Actually dh ade gerakan nk jatohkan hans & goblin yach!! Ade prsatuan2 buat meeting nk singkirkan 2  ...

Kenapa yer nak singkir kan hans sbb nmpak gak lah dia ke hulu ke hilir dgn team Finas.
Quote MatDeghem 16-12-2019 01:25 PM
Tudungpink replied at 11-12-2019 12:55 AM
Zed zaidi pun bersuara jgk pasai hans ni..so acaner ni ramai xsuke dia ker..silalah berundur bermaru ...

Edisi melayu jatuhkan serani....

ada kah CEO Tak happy chairman dapat tugas ketui FFM tahun depan??

Quote haruslah 23-5-2020 08:46 PM


Bekas ketua cabang PKR Bera, Zakaria Abdul Hamid dilantik sebagai pengerusi baru Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), menggantikan pelakon dan penerbit filem Hans Isaac.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan juga mengumumkan Norman Abdul Halim dari KRU Studios sebagai timbalan pengerusi baru, menggantikan Affendy Ali Dally, seorang eksekutif Media Prima.

Norman who?
Quote Aunty_Acid 23-5-2020 08:52 PM
Edited by Aunty_Acid at 23-5-2020 01:04 PM
haruslah replied at 23-5-2020 12:46 PM
Bekas ketua cabang PKR Bera, Zakaria Abdul Hamid dilantik sebagai pengerusi baru Perbadanan Kema ...


Kena kickout ke atau dh habis kontrak? Rsnya lom cukup 2 thn

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.361341 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top