CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ahli Kumpulan Saujana Dikritik Lelaki Lembut, "Saya Bukan Lembut Tapi Manja.." - Dr Idzu

10-12-2019 01:30 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 34142| Komen: 182|Original author: SakuraJo

Description: Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan nasyid Saujana yang popular sekitar akhir 90-an dan 2000. Namun, ramai yang terkejut dengan penampilan salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Dr Idzu Baharin, ...
Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan nasyid Saujana yang popular sekitar akhir 90-an dan 2000. 

Namun, ramai yang terkejut dengan penampilan salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Dr Idzu Baharin, 38 yang turut dilabel sebagai lelaki lembut.



Bercakap hal itu kepada Berita Harian, Idzu menganggap ramai yang tidak mengenalinya secara dekat kerana karakternya memang begitu sejak sekian lama. 

“Saya bukan lembut, sebaliknya lebih kepada manja. Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan kasih sayang, malah saya rapat dengan ibu.

"Saya tahu ramai yang melabel saya sebagai lelaki lembut.


“Namun, semua itu tidak saya endahkan kerana saya hanya ingin menjadi diri sendiri,” katanya kepada portal berkenaan. 

Penampilan di media sosial pula dikritik, namun Idzu nampaknya tidak mahu mengambil pusing dan menerima sahaja. 

“Mungkin mereka tidak mengenali saya secara mendalam kerana dahulu, tiada media sosial. Mereka hanya melihat saya menerusi skrin televisyen, video atau akhbar.

“Justeru, ramai yang terkejut dan menganggap saya menukar penampilan apabila aktif di laman sosial. Tidak mengapalah jika mereka berfikiran begitu. Saya terima apa sahaja panggilan yang mereka berikan,” ujarnya.

“Saya tidak pernah berkecil hati apabila warganet menghina dan mencemuh. Saya tahu diri saya... Atas alasan itu, saya tidak rasa terhutang untuk menjawab segala bentuk persoalan yang ditimbulkan warganet.


“Syukur, saya tidak pernah tertekan untuk menukar penampilan, malah tanggapan umum tidak pernah membunuh keinginan saya untuk menjadi penyanyi.

“Mungkin kebetulan saya menyanyikan lagu nasyid. Tetapi, saya ada juga menghasilkan dua single pop iaitu Stay dan Percaya, beberapa tahun lalu,” katanya lagi yang kini mengusahakan klinik dan pusat kecantikan sendiri. - CARI 


Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote de_ikea 10-12-2019 01:36 PM
Lain betul dgn zaman nasyid dan zaman oiam.

Apa pun all the best doc!
Quote kiah_mai_pulak 10-12-2019 01:42 PM
aikkk yg imej ko pegi audition OIAM dulu2 tu mcm mana pulak???
Quote RumiMenari 10-12-2019 01:49 PM
Sekeping hati dibawa berlari...


Berkeping keping pecah tgk mu skrg.. oh my crush...
Quote jijilaaa 10-12-2019 01:50 PM
perang rambut
Quote Ara_roro93 10-12-2019 02:03 PM
@Kurex tolong komen jap
Quote bondeh 10-12-2019 02:04 PM
terus terngiang "oh ayah oh ibu dengarlah rintihannn dan luahannn hatikuuuuu yang dahaga kasihhhhh"

sedihnya lagu nih meolls selalu nyanyi masa sekolah rendah... kenangan dengan arwah abah....
Quote chicozinn 10-12-2019 02:05 PM
Nmpk kelempuk di situ..why????{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun
Quote cmf_Strawberry 10-12-2019 02:08 PM
Suka je dgn Saujana ni... dari dulu sampai sekarang. Lagu pun best2.. i percaya kadang2 dlm hidup kita tergelincir dari landasan, tp kalau ada asas yg baik (iman) insyaAllah kita akan betulkan kembali.
i ada kawan yg dulu dia fight  real hard untuk overcome perasaan lesbo dalam diri dia. I know it... ada masa dia terbabas tp dia still tak buat perkara yang terlarang. dia pegi haji semua... tp i dah lost contact dgn dia sekarang...
Quote cupu 10-12-2019 02:14 PM
Orgnya bijak pandai...insyaallah terkawal...dr sel tisu..mmg hebat dia.
Quote kikuri 10-12-2019 02:15 PM
tapi heols takdelah nampak kepit pun... ok je pada pandangan iols
Quote nia_salina 10-12-2019 02:19 PM
See jawapan doktor educated dgn dr fake..ha bagai langit n bumi ye. Bagus jawapan dr.idzu
Quote MissLana 10-12-2019 02:20 PM
Takpe la Dr. Idzu, semoga yg baik2 saje utk you. Btw founder klinik kecantikan ye, mesti suka jd cantik2 kan, tp jgn la jd mcm sajat pulak operate experiment diri sendiri pulak. Tak kisah pun you lembut and masih bujang, tp jgn buat perkara yg dilarang
Quote TerataiMelur02 10-12-2019 02:29 PM
Dr? Legit kah?
Quote AduduDu 10-12-2019 02:31 PM
RumiMenari replied at 10-12-2019 01:49 PM
Sekeping hati dibawa berlari...



Crush aku jugak dia dulu ni.
Takpe doc idzu ..dah dia ckp dia mmg mcm tu kan. All the best. Peminat Saujana, Raihan & Hijjaz
Quote Ladybird910 10-12-2019 02:35 PM
RumiMenari: Sekeping hati dibawa berlari...Berkeping keping pecah tgk mu skrg.. oh my crush...


Tulaaaa...dulu dia berlari rumi xmo kejar...kan dah pecah berkeping2
Quote princessmiang 10-12-2019 02:38 PM
TerataiMelur02 replied at 10-12-2019 02:29 PM
Dr? Legit kah?

Kalau dah team cell tissue ukm tu tak legit apanya.... umaah porom ni kebodohan simpan sket.. kalau vibadak boybelon wanitakabbah tu mengaku doktor laju je percaya
Quote dramaking007 10-12-2019 02:39 PM
awk suka manja ngan sapa.kalau dgn kucing je xpela......
Quote kucingitam 10-12-2019 02:46 PM
dr kosmetik?
Quote doubleA 10-12-2019 02:49 PM
Iols folo dia sebab dia sangat hebat dgn kerjaya dan business, cell tissue tu. dia pun tak kehulu ke hilir "duktur2" walaupun dia doktor sebenar bukan pelesu

Lihat semua komen(182)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.054147 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top