CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Macam Saya" - Neelofa Teruja Melihat Budak 5 Tahun Seiras Dengannya

13-12-2019 11:18 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 14791| Komen: 32|Original author: natrahn

Description: Kredit foto: Twitter NeelofaPelanduk dua serupa. Kata orang tua-tua, setiap manusia di dunia mempunyai 7 orang dengan muka yang sama. Bukan adik-beradik mahu pun saudara mara, tapi memang dijadikan se ...
Kredit foto: Twitter Neelofa


Pelanduk dua serupa. Kata orang tua-tua, setiap manusia di dunia mempunyai 7 orang dengan muka yang sama. Bukan adik-beradik mahu pun saudara mara, tapi memang dijadikan seiras dengan muka kita.

Tapi tidak semuanya bertuah kerana dapat melihat atau terserempak dalam tujuh orang yang wajahnya sama ini. 

Baru-baru ini seorang pengguna media sosial telah berkongsi gambar anak sepupunya yang mirip dengan muka pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa siap dengan kedudukan tahi lalat yang sama.


Bukan sahaja comel, malah kanak-kanak perempuan ini pandai pula 'posing' di depan kamera.


Anak kecil ini, Che Naura Auni Che Fahdlullah, yang baru berusia 5 tahun kelihatan manis mengenakan selendang hitam sambil berposing dengan gayanya tersendiri.


"Ada nampak orang kata dia kelihatan seperti saya dan saya juga nampak persamaan itu," ujar Neelofa di Twitter. 


Memetik laporan dari mStar, Maisarah Zamri, 25, memuat naik foto itu sehingga ia menjadi tular mengakui terharu dengan respons yang diterimanya.


"Naura Auni tu anak sepupu saya. Dah lama kami perasan muka dia hampir sama dengan Neelofa.


"Dia pun memang suka pakai selendang. Bila bergambar, dia nak dress up macam Neelofa. Dia minat sangat.


"Bila keluarga kongsi gambar dia dalam grup WhatsApp, saya suka-suka sahaja kongsi di Twitter," ujarnya.


Menurut Maisarah lagi, dia juga gembira apabila pengacara MeleTop itu turut memberi reaksi kepada posting miliknya, begitu juga keluarga Naura Auni yang turut gembira mendengar perkhabaran itu.


Muka dah sama. Semoga suatu hari nanti anak kecil ini turut berjaya seperti Neelofa. - CARI 

4

Bagus

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Elanarose

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RumiMenari 13-12-2019 11:25 AM





Quote barfi 13-12-2019 11:28 AM
Tahi lalat dan mata sama
Quote i_is_kennot 13-12-2019 11:34 AM
Orang ygg sama ka ?! ,  pernah viral tahun lepas  





Quote Kurex 13-12-2019 11:35 AM
semoga @Boomibulat tak jadi pedo
Quote nanasno 13-12-2019 11:36 AM
lopa taknak bagi hadiah ke kat adik naura ni. lopa kan suka bagi hadiah huuhuu
Quote Boomibulat 13-12-2019 11:39 AM
Kurex replied at 13-12-2019 11:35 AM
semoga @Boomibulat tak jadi pedo

Kat mana yg sama..x de iras langsung pun..
Quote blue^panther 13-12-2019 11:40 AM
Parent zaman now, bangga anak2 idola kan retis......hadap sangat glam tu, acik mampu doakan semoga awak tak terikut perangai idola sudah la dik....zouk tu lagi 20 tahun masih wujud agaknya, ko jangan pulak jual tudung kat situ....apapon ko mmg comel dik, sama comel dengan mana2 budak kecik baya adik......
Quote LadyCarefree 13-12-2019 11:42 AM
Kiranya dah 3 manusia yng sama mcam lopak dh jumpa
Quote whadda 13-12-2019 11:43 AM
hah yang ni baru btol2 sama.. tak macam hijabis2 yang viral sebelum ni
Quote intanazlynna 13-12-2019 11:47 AM
similar
Quote Zack8hunter 13-12-2019 11:48 AM
Tahi lalat betul ke pelesu budak tu? takut mak ayah dia saje jer letak so that anak went viral.. tapi mmg comel budak tu pun
Quote awanysss 13-12-2019 11:51 AM
semoga puberty dont hit you hard sbb takut tak jd mcm lofa kang nnti.. biar muka ni je smpai besar dik.. nnti jd instafemes..
Quote Perawankota 13-12-2019 11:53 AM
OK samalah tu
Quote beta_carotene 13-12-2019 11:55 AM
Gituu bila Mak sedara batak artis
Quote 9th 13-12-2019 11:57 AM

Quote imanda 13-12-2019 12:20 PM
beta_carotene replied at 13-12-2019 11:55 AM
Gituu bila Mak sedara batak artis

entahnya..mak sedara lak yg lelebih
Quote SR4tahun 13-12-2019 12:25 PM
berapa byk la thread pompuan ni korang nak bukak haaaaaaa!
Quote bottombikini 13-12-2019 01:11 PM
location tahi lalat je yg sama pun

tak rasa malu ke sara?
Quote bulalof 13-12-2019 01:15 PM
idola zaman sekarang hanyalah artis...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.059415 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top