CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kos 1 Juta Untuk Perkahwinan, Datuk Seri Eizlan Yusoff Sanding 4 Hari Berturut-Turut

13-12-2019 03:28 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 13010| Komen: 58|Original author: intan

Description: Kos 1 juta untuk perkahwinan, Datuk Eizlan Yusoff sanding 4 hari berturut-turut
Datuk Seri Eizlan Yusof kini telah mendedahkan siapa suri pilihannya untuk dijadikan teman hidup setelah sekian lama menduda. Pada Khamis lalu, aktor tersebut telah bernikah dengan Natasha Rosa Boudville, 29, hanya dengan sekali lafaz.

foto: cst production
Pasangan itu disatukan di majlis penuh adat istiadat di The Glass Suite, Bora Ombak, Marina, Putrajaya kira-kira pukul 3.30 petang, memetik laporan mStar online.

Wanita cantik berketurunan Serani itu dilaporkan telah lama memeluk Islam iaitu ada Ogos tahun lalu dan mendapat restu daripada anak-anak Eizlan Yusof sendiri.

Pada majlis akad nikah itu, Eizlan telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin berlian, dan turut menyerahkan wang hantaran berjumlah RM12, 121.90.


Manakala untuk hantaran, Natasha memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

foto: cst production

Sebelum upacara akad nikah berlangsung,Eizlan telah dibawa menyeberangi Tasik Marina Putrajaya dengan menaiki bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diiringi dengan beberapa pegawai tertinggi agensi tersebut.

Terdapat juga sesi berbalas pantun sebagai penyeri acara dan mengimarahkan adat-adat melayu dalam majlis bersejarah tersebut.


Manakala untuk majlis resepsi, ianya akan dibuat di lokasi yang sama. Upacara 'Sword Bearer' dan 'bagpipe' juga akan diadakan oleh barisan pegawai istiadat penuh APM.

Majlis perkahwinan pasangan dua sejoli ini akan diadakan selama 4 hari berturut-turut dan menelan kos lebih kurang RM 1 juta.

Semoga berbahagia hendaknya! - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigi 13-12-2019 03:32 PM
nampak sepadan dan yang penting tidak ambil hak orang
Quote munchkin 13-12-2019 03:33 PM
Semoga berbahagia
Quote bawangkecik 13-12-2019 03:43 PM
ada satu gambar tu macam ayda jebat haha
Quote i_is_kennot 13-12-2019 03:51 PM
gigi replied at 13-12-2019 03:32 PM
nampak sepadan dan yang penting tidak ambil hak orang

Ouchhh....  

Tahniah Datuk Seri
Quote belilies 13-12-2019 03:57 PM
Sword bearer ni bukan utk army je ke? Kalu laki iols bukan army malu lh nak wedding under sword bearer jah
Quote sharlenetexas 13-12-2019 04:07 PM
belilies replied at 13-12-2019 03:57 PM
Sword bearer ni bukan utk army je ke? Kalu laki iols bukan army malu lh nak wedding under sword bear ...

Pegawai APM kawin pun lalu bawah pedang ke?
Heols ni senang2 je jadi Kolonel Bersekutu (PA). Tak mainlah setakat LtM, Kapten. David Teoh pun setakat Mejar. Ni pangkat Kolonel terus
Quote ms_furby 13-12-2019 04:12 PM
fuiyooo.. APM pun ade sword bearer. Kite dengan Prison ada sword bearer jugak. Hahahaha.
Quote Perawankota 13-12-2019 04:37 PM
Congratulations.. Moga kekal ke akhir hayat
Quote bungarose 13-12-2019 04:38 PM
Kos majlis 1m
Hantaran 12k ajer
Mas kawin 80
Quote gam_gajah 13-12-2019 04:42 PM
sharlenetexas replied at 13-12-2019 04:07 PM
Pegawai APM kawin pun lalu bawah pedang ke?
Heols ni senang2 je jadi Kolonel Bersekutu (PA). Tak  ...

Dia jad kolonel tu dpt gaji ke volunteer je
Quote Cassieopeia 13-12-2019 04:43 PM
sharlenetexas replied at 13-12-2019 04:07 PM
Pegawai APM kawin pun lalu bawah pedang ke?
Heols ni senang2 je jadi Kolonel Bersekutu (PA). Tak  ...

apa fungsinya diorang ni dibagi pangkat tu ye..senang2 je naik pangkat tu. nak join jd trainer dia susah gak. kalau artis muda tu okla boleh promot huhu
Quote cikbawang237 13-12-2019 04:49 PM
kos kawen 1 juta tu disponsor uols.. huntung jadi artis sedia duit hantaran sajo
Quote bungamelurindah 13-12-2019 05:03 PM
bungarose replied at 13-12-2019 04:38 PM
Kos majlis 1m
Hantaran 12k ajer
Mas kawin 80

mas khwin ikut negeri mcm KL 80 hinggit
hantaran tu die ikut tarikh RM 12,121.90 12/12/19

Quote toxicated 13-12-2019 05:09 PM
Dia ni bisnes ape eh kejap2 dpt dato, kejap2 dato seri.
Quote Risaurisaurisau 13-12-2019 05:55 PM
sharlenetexas replied at 13-12-2019 04:07 PM
Pegawai APM kawin pun lalu bawah pedang ke?
Heols ni senang2 je jadi Kolonel Bersekutu (PA). Tak  ...

Ntahnya, kolenel bersekutu ni biasanya utk gov officer pangkat pengarah dah kan?? EY fungsi apa
Quote sharlenetexas 13-12-2019 05:59 PM
Risaurisaurisau replied at 13-12-2019 05:55 PM
Ntahnya, kolenel bersekutu ni biasanya utk gov officer pangkat pengarah dah kan?? EY fungsi apa

Kalau dulu2 ambil ceo syarikat pegang jawatan pegawai bersekutu. Skrg trend ambil retis2 pulak konon nak tarik minat org awam. Pastu tak agak2 bagi pangkat. Lt Kolonel, Kolonel. Ingat senang ke nak dapat pangkat tinggi mcm tu. Memalukan. Disgusting.
Quote Msblackpepper 13-12-2019 06:55 PM
Nape tak bagi je rm121220.19
Quote Ladybird910 13-12-2019 07:03 PM
bungarose: Kos majlis 1mHantaran 12k ajer Mas kawin 80



Dpt sponsored chuolssss...hihi
Quote Ladybird910 13-12-2019 07:07 PM
Iols pelik dia ni sejak bila jd kolonel..siap dpt datuk seri bagai..

Iols kenal kolonel kepsi jah..nway smoga bbahagia..sama padan..and sweet..untung binik terus uppp jd datin seri chuolsss.. heheh

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.127986 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top