Sering difitnah merupakan milik 'bangsa asing', syarikat sos AminahHassan tampil menafikan hal tersebut. Memetik laporan ProjekMM, syarikat itu menegaskan mereka tidak pernah dibeli pihak lain sebaliknya hanya menghentikan operasinya seketika.
“[...] kerana mengalami kemerosoton jualan. “Ia berpunca dari khabar angin dakwaan yang mengatakan ia adalah hak milik bangsa asing dan juga ia sudah dijual kepada syarikat lain. “Akibat itu produk jualan kami tidak mendapat sambutan. Kami sangat terkesan dengan berita-berita palsu tersebut," kata Syarikat Amisan Products (M) Sdn Bhd menerusi Facebook.
Dipasarkan sejak tahun 1979, syarikat itu diusahakan oleh anak kepada pasangan Aminah dan Hassan dan kini tampil dengan nafas baru. “Pihak pengurusan...mengambil inisiatif untuk membangunkan semula perusahaan ini kembali untuk memenuhi semula permintaan peminat AminahHassan. “Insya-Allah doa-doa saudara saudari semua akan membantu dan memberi semangat buat kami untuk terus maju,” kata syarikat itu. Semoga penjelasan tersebut dapat menangkis dakwaan negatif selama ini. - CARI
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-3-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.059529 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.