CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Bekas Sos Terlampau Kecil, Dah Macam Main Sukaneka Pulak" - Pengguna Tegur McD

17-12-2019 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 16872| Komen: 103

Description: Restoran makanan segera McDonald's sememangnya sinonim dengan rakyat negara ini.Terkenal dengan servis yang efisien dan pekerja ramah, dalam pada itu para pengguna mahu mencadangkan beberapa perkara y ...
Restoran makanan segera McDonald's sememangnya sinonim dengan rakyat negara ini. 

Terkenal dengan servis yang efisien dan pekerja ramah, dalam pada itu para pengguna mahu mencadangkan beberapa perkara yang boleh ditambahbaik oleh pihak restoran.


Foto: TY Lim/ Shutterstock

Memetik laporan Projek MM, rata-rata pengguna Twitter mahu pihak restoran menyediakan bekas sos lebih besar bagi mengelak ia melimpah dan tumpah.

Terlampau kecil, sudah pasti menyukarkan pengguna kan?


“Sekurang-kurangnya dua saiz [lebih besar berbanding yang asal]. Tidaklah kami kelihatan macam tengah main sukaneka acara imbang piring sos atas lengan.

“[Ini tidak] dua [kali] pam sikit sangat. Tiga [kali] pam melimpah terus. Sedih tau dilema jadinya,” kata seorang pengguna. 

Meskipun nampak remeh, namun ramai pengguna berasakan isu bekas sos ini memainkan peranan penting. 


“Saya makan kedua-dua, sos tomato dengan [sos] cili. Penuh sampai lengan sos jika pergi McD ramai-ramai.

“Itulah kesian pula yang anak ramai kena masuk acara dewasa imbang sampai lima piring kecik-kecik gitu,” kata seorang lagi warganet. 

Apa pula pendapat anda? - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DollahRepek 17-12-2019 12:56 PM
Itu untuk elakkan pembaziran la
Quote Kurex 17-12-2019 01:02 PM
ada iols tengok orang ambik banyak tapi tak habis.. better guna kecik tu
Quote sarah82 17-12-2019 01:11 PM
Aku makan mcd tak pernah habis tu bekas tu.. Pelik
Quote fushimi 17-12-2019 01:11 PM
bekas sos pun jadi isu

ko nak sos banyak ko pum je atas makanan

rengsa tu habis benda nak komplen
Quote yukisakura 17-12-2019 01:12 PM
Letak la sikit-sikit dulu. Nanti tak cukup tambah la lagi. Tak habis membazir saja
Quote ais_kosong 17-12-2019 01:24 PM
aku suka sos cili mcd. pedas yang sedap xmanis
Quote belilies 17-12-2019 01:32 PM
Yesss.... Kata nak kurangkan plastik. Bagi jelah guna papercup instead of plastic, kalu takat kurangkan straw tu iols rasa xtcapai sgt pun save the earth
Quote fofuler 17-12-2019 01:34 PM
Ni isu semasa ke? Berita cedok twitter pun tolonglah cari content yang membina.
Quote q@2a 17-12-2019 01:39 PM
Sos mcd xsedap...tp fun fries dia I likeee
Quote Cyempaka 17-12-2019 01:40 PM
itu pun jadi masalah pada org sekarang ye...
Quote paz 17-12-2019 01:45 PM
Pelik betul orang makan sos terlampau banyak. Banyak gula tu.

Satu bekas belom tentu Paz habis.
Quote violetungu 17-12-2019 01:48 PM
Cukup suka sos macd pedas..
Quote MFR_IN 17-12-2019 01:51 PM
fushimi replied at 17-12-2019 01:11 PM
bekas sos pun jadi isu

ko nak sos banyak ko pum je atas makanan

biasa bdk zaman skng kan suka nk complaint.
lagi2 complaint kat socmed. batak viral.
tak da critical thinking langsung.

Quote Catpaw 17-12-2019 02:05 PM
Dah bekas kecil ulang la ambik byk kali... ambik byk2 tak habis pula dah bazir
Quote lwyl 17-12-2019 02:08 PM
Bersyukurlah sos tomato percuma di sini. Di Australia kena bayar.
Quote cikatilia 17-12-2019 02:09 PM
kalau bekas besar amik sepenuh2 end up buang ja
Quote fly_in_d_sky 17-12-2019 02:14 PM
tak pernah ambil bekas sos tu
selalu isi kat penutup kotak burger .. takpun isi kat paper plate ayam mcd
isi jer la ikut suka
no biggie .. NEXT!!
Quote bobo_beck 17-12-2019 02:21 PM
elok je saiz skang.. pakai la tray klau nk banyak... xyah poyo sgt nk imbang2 kat lengan bagai... cuma saiz makanan tu klau nk tambah ak sokong....
Quote orgsepang 17-12-2019 02:22 PM
Tak cerdiklah orang yang merungut ni. Kalau nak banyak pam sajalah sos tu dalam kotak makanan. Bukan ada orang marah pun. Lagi satu kalau dah rancang nak datang makan ramai2 bawa macam bekas cup cake dari rumah.

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.059288 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top