CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Perang Dingin Noorshila Amin dan Abang Kandung Berakhir Setelah 20 tahun

19-12-2019 10:19 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 8803| Komen: 33

Description: Penyanyi lagenda Noorshila Amin pernah mendedahkan kepada media tentang hubungan dingin di antara dia dengan abang kandung yang berlarutan sejak 20 tahun lalu. Namun semuanya telah pulih dan dia telah ...
Penyanyi lagenda Noorshila Amin pernah mendedahkan kepada media tentang hubungan dingin di antara dia dengan abang kandung yang berlarutan sejak 20 tahun lalu. 

Namun, semuanya telah pulih dan dia telah berdamai dengan abangnya itu pada hari Aidilfitri yang berlangsung baru-baru ini.

Foto Carian Google

"Saya sebenarnya dah beri pengajaran supaya kita lebih menghargai hubungan sesama adik-beradik.

"Bayangkan saya dan abang sudah bersengketa kira-kira 20 tahun, ketika berselisih semasa majlis pengebumian ahli keluarga pun kami tidak bertegur. Namun, semuanya berakhir pada Aidilfitri baru-baru ini apabila kami saling bermaafan dan melupakan sengketa yang berlaku," katanya kepada wartawan mstar.

Foto Carian Google

Noorshila Amin mengakui ego yang tinggi dalam dirinya menjadi punca hubungan dengan abang kandung menjadi renggang.

"Dulu saya rasa amat hebat, kaya dan mempunyai segala-galanya. Sampaikan saya pernah berfikir mempunyai kehidupan yang sempurna sehingga tidak memerlukan keluarga kandung sendiri.

Namun, apabila ditanya wartawan tentang punca sebenar pergaduhan mereka. Noorshila tidak mahu mendedahkan perkara sebenar untuk menjaga aib keluarga mereka.

Semoga semuanya dipermudahkan buat dua beradik ini dan sentiasalah ingat bahwa air yang dicincang tidak akan putus. Hargailah keluarga kita selagi mereka ada di dunia.- CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gujiwa 19-12-2019 10:25 AM
Sendu nye la media ni..
kisah ni pun buh dalam berita..
last2x motip gaduh tak tahu..

hakhakhakhak
Quote Madel 19-12-2019 10:29 AM
Mana2 family pun ada kes gini kan
Family bapak aku pun sama..adik beradik pun berpuak2
Baru ni kerja kawin cousin perempuan aku..
Adik beradik geng A je yg dtg..geng B tak dtg.
Kesian makcik aku.
Apa2 pun alhamdulillah wpun hujan lebat, majlis nikah sanding berjalan dgn lancar wpun tanpa kehadiran adik beradik geng B
Lauk sedap2 siot..puas makan
Quote dubuk 19-12-2019 10:52 AM
kebanyakan orang melayu ni asyik sibukkan silaturahim silaturahim. tapi mulut je cakap silaturahim. bila dah berkumpul sekali tu ada je perbuatan, perangai menyakitkan hati orang lain macam dia seorang je bagus. bila orang mengelak jumpa dia, mula la cakap tak baik memutuskan silaturahim padahal.. pergi mampus
Quote mizruncing 19-12-2019 11:01 AM
rasa tak perlu kot reveal psl bnda ni. time live kt GV plak tu. motifffff
Quote fly_in_d_sky 19-12-2019 11:25 AM
motif buka pekung didada sendiri?
masalah keluarga jangan dicerita dimedia ...
walaupun perkara tu sebesar zarah ...
lain lah perkara lucu ok lah ...
Quote biozipstar 19-12-2019 01:43 PM
isk isk isk... x pasal nanti orang korek cerita... bahaya betul
Quote Begbiru 19-12-2019 01:45 PM
news worthy ke ni?
Quote beatgirlX 19-12-2019 02:05 PM
Pepatah lama ada kabo..Air dicincang takkan putusss
Quote kucingitam 19-12-2019 02:34 PM
mizruncing replied at 19-12-2019 11:01 AM
rasa tak perlu kot reveal psl bnda ni. time live kt GV plak tu. motifffff

betul. aku pun fikir benda yang sama ritu.

Quote RatuDunia94 19-12-2019 02:41 PM
Lbh kepada ego.. benda berselisih faham ni kalau salah sorang mengalah xdenya nak panjang2
Quote Suchi 19-12-2019 03:40 PM
Tapi satu jelaa bab gaduh adik badik ni kita org luar yg tak sedarah ngn dorang tak perlu nk side mana2 pihak.
Esok bila depa dah berbaik belum tentu salah sorang tu nk bebaik ngn kita.
Cth A ngn B gaduh2 kita ni sokong si B kemain la duk api2 dan ngata sekali si A.
Sekali depa berbaik2 ko laa yg serba salah nnt nk bertentang mata ngn si A.
Quote AshkieLa 19-12-2019 04:06 PM
ntah ape2 meols rasa masa dia bgtau kat GV aritu..
hal ko adik beradik kot.. pastu dah berbaik.. simpan rapat2 jela.. takde motif

tp sheols ni takde BFF drpd retis zaman dia eh?
takde pun geng2 zaman dia datang support dia kat GV tiap2 minggu...
mcm rohana jalil, zur eda semua tu... harap fans muda2 je...
Quote dewi_rina 19-12-2019 04:15 PM
Dalam family iols pun ada macam ni, baik belah bapak ke belah mak ke sama je
So bila puak ni ada, puak tu takde
Korang takkan dapat nak together
All in the photo memang tak
Masing2 ego, dah sekor mulut jahat hati jahat suka kacau hidup orang
Bila cakap pasal hidup dia tahu marah

Eh terluah masalah peribadi pulak
Quote dewi_rina 19-12-2019 04:17 PM
biozipstar replied at 19-12-2019 01:43 PM
isk isk isk... x pasal nanti orang korek cerita... bahaya betul

Dia yg citer masa dekat gv, bila tanya gaduh pasal apa taknak bgtau pulak kan
Bak kata che ta.. Dah cakap, kena bagitau
Quote msdummy.2018 19-12-2019 04:43 PM
dewi_rina replied at 19-12-2019 04:17 PM
Dia yg citer masa dekat gv, bila tanya gaduh pasal apa taknak bgtau pulak kan
Bak kata che ta.. D ...

betul chuolsss...dh ckp kena bagitau......haahahhaah
Quote iqbalriad 19-12-2019 09:25 PM
dewi_rina replied at 19-12-2019 04:15 PM
Dalam family iols pun ada macam ni, baik belah bapak ke belah mak ke sama je
So bila puak ni ada, p ...

Mostly mmg ada mcm tu. So ko tak keseorangan dlm kemelut/dilema mcm tu.
Quote RumiMenari 19-12-2019 09:36 PM
Ape mama shila kira cerita ni sensasi sgt ke utk mempengaruhi rating gv? 20thn punye pekung terikat rapi, sundiri gi bukak... Pastu kang org ckp kaki gaduh marah lak kang.. dulu gado dgn Lana Nordin kan..
Quote kukukatablog 19-12-2019 09:46 PM
ingat ngan abang Roslan Shah
Quote Perawankota 19-12-2019 10:32 PM
Udah2lah bersengketa.. Hidup bkn makin muda..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.064299 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top