CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dari Model Ke Pelakon, Kini Haneesya Hanee Jadi Penyanyi Rap

19-12-2019 10:56 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 5605| Komen: 35

Description: Kredit foto - Haneesya HaneeSiapa tidak mengenali selebriti kontroversi Haneesya Hanee? Dikenali sebagai model dan pelakon, Haneesya kini secara rasminya bergelar seorang penyanyi.Bukan sahaja mempert ...

Kredit foto - Haneesya Hanee

Siapa tidak mengenali selebriti kontroversi Haneesya Hanee? Dikenali sebagai model dan pelakon, Haneesya kini secara rasminya bergelar seorang penyanyi.

Bukan sahaja mempertaruhkan bakatnya dalam muzik rap, malah kemunculan pertama Haneesya ini juga merupakan single duet pertamanya berkolaborasi bersama band Bimasakti.


Haneesya mendapat dorongan dari ibunya dan anggota kumpulan Bimasakti dan akhirnya bersetuju berkolaborasi dalam single Mengejar Mimpi.

"Sebenarnya pada awalnya susah untuk saya buat keputusan namun selepas berbincang dengan ibu dan Bimasakti, saya terima pelawaan mereka" katanya memetik laporan murai.My.


Pada mulanya lagu dinyanyikan menerusi versi asal namun ianya digubah mengikut kesesuaian dan memberikan kepercayaan buat selebriti yang berusia 19 tahun ini.

"Pada awalnya, mereka inginkan saya menyanyi dalam lagu itu tetapi kemudian dimaklumkan saya perlu menyanyikan rap. Saya sendiri tak pernah terfikir akan menjadi penyanyi rap. 

"Saya banyak merujuk dan mengambil inspirasi dari Nicki Minaj, Cardi B dan Mimifly yang memang hebat dalam lagu rap," ujarnya.

Sebagai info, Bimasakti dianggotai oleh Hazrull Aliff (Vokal), Nurazimullah (gitar) dan Nur Ilham (dram).

Kredit foto: murai.My

Lagu Mengejar Mimpi dicipta oleh Harris Yusoff dan liriknya oleh gitaris Bimasakti, Jim. Lagu ini mengisahkan suka duka hidup seseorang disebabkan oleh gejala buli siber yang semakin meluas. 


Amacam? Bagus ke Haneesya Hanee rap? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote greantea 19-12-2019 10:59 AM
Quote CurangLagi 19-12-2019 11:11 AM
amboii intro bukan main. hihihihiii
Quote bintangct 19-12-2019 11:23 AM
Tak sedap baik laki baik pompuan.. sekian
Quote kawaiichicken 19-12-2019 12:28 PM
autotuneee
Quote Modngengade 19-12-2019 01:05 PM
nanti  kalau album x laku jgn salahkan  warna kulit ye
Quote Ara_roro93 19-12-2019 01:21 PM
Tqsm kerana lagu uolls berjaya mendodoikan I utk melolapkan mato dengan nyonyak ! Merdu hamat suaranya , jgn disimpan bakat sebegini memang layak di ketengahkan lagi hingga ke tengah2 landasan padang pasir pun takpo !
Quote September14 19-12-2019 01:30 PM
Yg laki tu pun boleh tahan tak sedap suaranya.. atleast haneesya part dia rap ckit je so x mnganggu sgt tp suara laki tu bngit btul...
Quote SR4tahun 19-12-2019 01:37 PM
tak mampoo nak habiskan yachhh
suara laki tu apo gituuu? anak orka mana nak jadi retis tp tak melihat mirror mirror on the wall niiii rengsaaaaa. utk tak ot, hanee nyanyi tak sedap (nyanyi ke tuh), belakon pun fake sgt. konklusi, jadi model saja loeee
Quote buapakperut 19-12-2019 01:44 PM
kumpulan apa ni, indon ke
Quote Rogue98 19-12-2019 02:01 PM
Focus modelling jer lah.
Quote DayangKirana 19-12-2019 02:59 PM
tengok pic badan sado2, sekali suara aduh...balada sungguh.
banyak moment sheols menangis..bosan gile.
feel tak sampai.

rapping part tak clear.
so, kna byk belajar lagi bab tuh.

kat utube kate boleh jadi ost cite anime..
mehhhh.! not even close!

honestly, i rase lagu ejen ali lagi best..
Quote katakau 19-12-2019 03:36 PM
hmmmmmmmmm
Quote slyfynx 19-12-2019 03:49 PM
Pffttt
X sedap.
Nexttttttt

BTW, x abis2 lg die ni nk tagih simpati.
Siap nk tunjuk penah menang nugerah tu.
Blah la weh

Adekah TT ialah Haneesya Hempedu ni?
Quote i_is_kennot 19-12-2019 03:55 PM
Nama tgh naik,   sauk semua, sedap tak sedap belakang kira..
Quote Zona2020 19-12-2019 04:38 PM
Indon boleh laku.. Malaysia suara cam katak panggil hujan.. Nanti kena hentam jgn gadu dgn mak.. Haha
Quote firdAwAni 19-12-2019 05:45 PM
X sggup tgk n dgaq smpi hbih.. Syg kt halwa tinga.. Haha
Quote RumiMenari 19-12-2019 08:44 PM
Next project for Drama Band..... Bygkan aepul buat lagu rap rock.. Attitude!
Quote Perawankota 19-12-2019 10:28 PM
Menguap skala 7 weh
Quote imanda 20-12-2019 12:28 AM
xpepe tah lagunya. rap pon xbest, sebutan xjelas.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.211871 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top