CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Hukuman Mati Yang Paling Kurang Risiko Kesakitan

6-1-2020 10:23 AM| Diterbitkan: FatinNazu| Dilihat: 4798| Komen: 46|Original author: Oleh: fnz

Description: Manusia telah melaksanakan hukuman mati sejak zaman dahulu. Tetapi, seiring dengan berjalannya waktu, orang mula mencari kaedah yang dianggap lebih berperikemanusiaan dan kurang kejam.
Sumber : keadilandaily.com


Manusia telah melaksanakan hukuman mati sejak zaman dahulu. Tetapi, seiring dengan berjalannya waktu, orang mula mencari kaedah yang dianggap lebih berperikemanusiaan dan kurang kejam. 

Hukuman mati adalah hukuman berat yang dijatuhkan terhadap pesalah yang melakukan kesalahan seperti membunuh, mengedar dadah dan sebagainya. Mereka yang melakukan kesalahan ini akan dihukum bunuh.

Hukuman mati berbeza di setiap negara, termasuklah perbezaan dari segi jenayah dan juga cara hukuman. 

Antara cara utama yang digunakan untuk hukuman bunuh adalah tembak, gantung, kerusi elektrik dan suntikan maut. Selain itu, terdapat sebahagian kawasan di dunia seperti di negara-negara Islam menggunakan kaedah Pancung dan Rejam sebagai hukuman mati yang berpatutan dengan syariat Islam.

Ada juga beberapa negara yang tidak lagi mengunakan hukuman bunuh kerana mereka yang menentang hukuman bunuh mengatakan bahawa hukuman ini melanggar hak kemanusian yang menyatakan semua manusia berhak untuk hidup. 


Menurut Harian Metro, antara negara yang memansuhkan hukuman tersebut adalah negara-negara dalam Kesatuan Eropah. Kebanyakan negara yang memansuhkan hukuman mati ini menggunakan hukuman penjara sepanjang hayat sebagai pengganti hukuman mati.


Sumber : dw.com

Sementara itu, thevocket.com telah berkongsikan hukuman mati paling kejam yang pernah dijalankan di seluruh dunia. Sekilas pandang, hukuman mati yang paling kurang risiko kesakitan adalah dengan memancung kepala. Walaupun nampak kejam, tetapi ia sangat bagus untuk mengurangkan implikasi deria sakit dan kesakitan sebelum mati.

Sekitar 1,500 Masihi, pelbagai hukuman yang tidak berperikemanusiaan berlaku di serata dunia. Salah satunya adalah hukuman mati secara mengejut dengan menjerut. 

Di beberapa bahagian dunia, hukuman ini terkenal dan dijadikan sebagai hukuman untuk membunuh pesalah secara perlahan-lahan. Ia sangat menyeksakan dan bersifat dera.


Sumber : mstar.com.my

Tahukah anda, hukuman ini telah dianggap sebagai salah satu perkara kejam dan tidak patut dilakukan kepada manusia, malah masyarakat dunia mengklasifikasikannya sebagai jenayah penderaan. 

Mengikut rekod di Wikipedia, Andorra merupakan negara terakhir yang mengharamkan hukuman ini pada tahun 1990. Individu terakhir yang dijatuhi hukuman ini adalah Jose Luis Cerveto pada bulan Oktober 1977. - CARI
2

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 6-1-2020 10:27 AM
stoning paling savage  ...kata nya belajar dari beruk ...heheheh
Quote sarah82 6-1-2020 10:35 AM
Dwdrum replied at 6-1-2020 10:27 AM
stoning paling savage  ...kata nya belajar dari beruk ...heheheh

Naaa.. Aku rasa lingchi dan blood eagle lagi savage berbanding stoning.
Quote JohnnySins 6-1-2020 10:39 AM
sarah82 replied at 6-1-2020 10:35 AM
Naaa.. Aku rasa lingchi dan blood eagle lagi savage berbanding stoning.

sepet mental tu perenah paksa saya percaya...manusia tu berasai daripada lubang duboq beghuk...hang percaya dak?...wakakakakakkakakaa
Quote sarah82 6-1-2020 10:43 AM
JohnnySins replied at 6-1-2020 10:39 AM
sepet mental tu perenah paksa saya percaya...manusia tu berasai daripada lubang duboq beghuk...han ...

Ang la.. Boleh tak genjatan jari utk hari ni dari bergaduh? Dia x cari pasal pun kan.
Quote JohnnySins 6-1-2020 10:47 AM
sarah82 replied at 6-1-2020 10:43 AM
Ang la.. Boleh tak genjatan jari utk hari ni dari bergaduh? Dia x cari pasal pun kan.

saya tak gaduh...saya tanya soalan saintifik...tu pun gaduh ka? saya tanya...betui ka teori evolusi itu fakta? salah ka? wakakakakkakakakakakkakaka
Quote sarah82 6-1-2020 10:48 AM
JohnnySins replied at 6-1-2020 10:47 AM
saya tak gaduh...saya tanya soalan saintifik...tu pun gaduh ka? saya tanya...betui ka teori evolus ...

Choiii.. Soalan tak kena mengena pun dengan tajuk.
Quote supernaturalee 6-1-2020 12:57 PM
seramnya lahai kena hukum bunuh ni

good thing dh tau bila nk mati

Quote supernaturalee 6-1-2020 01:10 PM
sumber: enWiki

Berikut adalah senarai kesalahan jenayah yang membawa hukuman mati:

Melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong - Seksyen 121 Kanun Keseksaan (lihat: Al-Ma'unah)

Kesalahan terhadap Raja[1] - Seksyen 121A Kanun Keseksaan

Bersubahat bagi (Angkatan Bersenjata) - Seksyen 132 Kanun Keseksaan

Pembunuhan - Seksyen 302 Kanun Keseksaan (wajib) (lihat: Mona Fandey)

Bersubahat membunuh diri [2] - Seksyen 305 Kanun Keseksaan

Dicuba dengan kehidupan banduan membunuh, jika kecederaan disebabkan - Seksyen 307 (c) Kanun Keseksaan (wajib)

Menculik atau melarikan untuk membunuh - Seksyen 364 Kanun Keseksaan
Tebusan - Seksyen 374A Kanun Keseksaan

Geng rompakan dengan pembunuhan - Seksyen 396 Kanun Keseksaan

Pengedaran dan penyeludupan dadah - Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (wajib) (lihat: Hukuman mati Barlow dan Chambers)

Pemilikan senjata api - Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
Quote harisbee 6-1-2020 01:12 PM
pancung lew kan?
Quote Victorioussss 6-1-2020 01:24 PM
JohnnySins replied at 6-1-2020 10:39 AM
sepet mental tu perenah paksa saya percaya...manusia tu berasai daripada lubang duboq beghuk...han ...

So sepet tu keturunan beruk sbb dia percaya mcm tu

Sian..msti ancestors dia makan kutu dari bulu2 pubis spouse sndiri sambil berebut banana
Quote najib888 6-1-2020 01:25 PM
“Ada juga beberapa negara yang tidak lagi mengunakan hukuman bunuh kerana mereka yang menentang hukuman bunuh mengatakan bahawa hukuman ini melanggar hak kemanusian yang menyatakan semua manusia berhak untuk hidup. ”

Habis tu, hak manusia hidup tapi mati dibunuh boleh pembunuh lagumana? Eye for an eye, tooth for a tooth..

Undang2 bewak kabok la.. hak kemanusiaan bg pembunuh dipertahankan..
Quote pinklepie 6-1-2020 01:28 PM
Bila hukuman mati dijatuhkan kepada pesalah dikatakan kejam dan melanggar hak kemanusiaan. Tapi bagaimana pula hak mengsa yg dibunuh dgn kejam, yg didera tu, mereka tak layak ker untuk hidup? Masa tu ada ker penjenayah ni fikir hak kemanusiaan mangsa? Mana keadilan buat mangsa-mangsa yg dibunuh kejam? Hukuman didunia sekarang makin lama makin membela penjenayah dari mangsa yg sebenar
Quote tripleid 6-1-2020 01:32 PM
yg kata pancung  tak sakit tu,dia hidup balik ke lepas kena pncung utk menceritakan pengalaman beliau di pancung
Quote Dwdrum 6-1-2020 01:49 PM
sarah82 replied at 5-1-2020 06:35 PM
Naaa.. Aku rasa lingchi dan blood eagle lagi savage berbanding stoning.

itu saja yang penulis article list kan ....
Quote sarah82 6-1-2020 01:49 PM
Dwdrum replied at 6-1-2020 01:49 PM
itu saja yang penulis article list kan ....

Dia terlepas la tu ttg 2 lagi hukuman yg kejam.
Quote Dwdrum 6-1-2020 01:49 PM
Victorioussss replied at 5-1-2020 09:24 PM
So sepet tu keturunan beruk sbb dia percaya mcm tu

Sian..msti ancestors dia makan kutu dari bul ...

hai..pondan kpop
Quote Dwdrum 6-1-2020 01:51 PM
tripleid replied at 5-1-2020 09:32 PM
yg kata pancung  tak sakit tu,dia hidup balik ke lepas kena pncung utk menceritakan pengalaman belia ...

mereka sudah buat experiment ke atas unta dan lembu korban kot ? ....
Quote Victorioussss 6-1-2020 02:23 PM
Dwdrum replied at 6-1-2020 01:49 PM
hai..pondan kpop

Hai sepet berak xbasuh
Quote Victorioussss 6-1-2020 02:34 PM
FC..iols xkisah sepet ni nk kutuk iols. No harm

But kutuk ibadah korban related to agama..its too much

Mind sharing ade ke melayu dan Islam yang kutuk agama lain dan cara ibadah dorg dlm forum ni?

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.246372 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top