CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hubungan Cinta Berakhir Lagi, Tiz Zaqyah Kembali Solo Setelah Penat Jaga Hati Orang!

20-12-2019 10:02 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 16930| Komen: 69|Original author: VanillaThunder

Description: Hubungan Cinta Berakhir Lagi, Tiz Zaqyah Kembali Solo Setelah Penat jaga Hati Orang !Pelakon jelita, Tiz Zaqyah dilaporkan sudah putus cinta dengan kekasih hatinya, Syed Hafiz sejak beberapa bulan lal ...





Pelakon jelita, Tiz Zaqyah dilaporkan sudah   putus cinta  dengan kekasih hatinya, Syed Hafiz sejak beberapa bulan lalu seperti dilaporkan oleh Harian Metro.


Sebelum ini, aktres itu ternyata tidak  kedekut untuk berkongsi kisah cintanya dengan peminat  apabila dia telah  memuat naik foto mereka bersama di akaun Instagram miliknya sejak Disember  tahun lalu.

Tiz Zaqyah dan Syed Hafiz Foto- Google



 Tiz Zaqyah dan Syed Hafiz di majlis persandinganYaya zahir Foto- Instagram Tiz Zaqyah



Pelakon tersebut turut mengakui dia lebih selesa hidup solo ketika ini berikutan rasa penat dan terbeban akibat perlu menjaga hati dan perasaan si dia sepanjang menjalin hubungan cinta.

Tiz, 31 atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak berkata, tiadanya persefahaman antara mereka berdua  menjadi punca percintaan mereka kecundang di pertengahan jalan.

"Siapa yang tidak sedih apabila putus cinta, tetapi saya anggap kami tiada jodoh untuk berkahwin.  Buat apa saya nak bertahan jika hubungan percintaan itu tidak boleh diteruskan,"  akui   Tiz kepada Harian Metro. 

Ini bukanlah satu-satunya percintaan aktres itu yang kecundang kerana sebelum ini dia pernah menjalin hubungan cinta dengan hero Malaya, Remy Ishak sekitar tahun 2013.

Seterusnya dia berpacaran pula dengan rakan sekolahnya, Daniel Haziq selama beberapa tahun sebelum hubungan itu  turut terputus di tengah jalan. Boleh tahan ramai koleksi boyfriend Tiz ya!

Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq foto-Beautifulnara




Walau sering dirundung malang dalam percintaan, pelakon drama bersiri Sara Sajeeda di TV3 itu menafikan dia serik untuk bercinta, malah dia terbuka untuk berkawan dengan orang lain. 

Namun buat masa ini, Tiz memilih untuk fokus terhadap kerjaya lakonannya setelah kembali aktif berlakon selepas lama berehat.

Foto-InstagramTiz Zaqyah



Kasihan Tiz, diharapkan  jejaka yang mendapat tempat di hati Tiz satu hari nanti akan berakhir di jinjang pelamin! - CARI 

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 20-12-2019 10:06 AM
Kesian. Salam takziah
Quote LuvAurora 20-12-2019 10:09 AM
Semoga cepat jumpa jodoh.. Takpa duit byk boleh p travel
Quote RumiMenari 20-12-2019 10:18 AM
"Boleh tahan ramai koleksi boyfriend Tiz ya!"

Tt, sy rasa offended dgn statement ni.. bukannya selang minggu or bulan bertukar bf..one man at a time la..tu pun makan tahun... (Gitchew i fefeling tiz.....)

Banyakkan berlakon lg tiz..love ya {:love
Quote lasagna 20-12-2019 10:26 AM
I feel u.. bertabah laa Tiz, ni bkn pengakhiran hidup.
Smoga Tiz kuat org nya. Bz kn diri dgn lakonan adalah lebih baik.
Quote MisXoXo 20-12-2019 10:29 AM
RumiMenari replied at 20-12-2019 10:18 AM
"Boleh tahan ramai koleksi boyfriend Tiz ya!"

Tt, sy rasa offended dgn statement ni.. bukannya se ...

Kan... umo dia dh brp..dn jangkamasa dgn seseorang tu lama kot berkwnnya..i feel u tiz.muahhhh
Quote fliphair8 20-12-2019 10:31 AM
jodoh lom sampai...muda lagi pun, 31 jer...kaka faz umur 35 baru berjodoh...dapat muda sesedap mata memandang lagi..huhuhu...
Quote umbut 20-12-2019 10:31 AM
Org cantik pun susah nak dpt jodoh..
Quote fifie_olin 20-12-2019 10:34 AM
recik bf2 sheolss
Quote hotmak 20-12-2019 10:37 AM
kesian, bukan senang nak cari cinta abadi hingga ke pelamin
Quote antidote 20-12-2019 10:48 AM
ramai orang cantik yang single...
Quote bottombikini 20-12-2019 10:56 AM
orang lain yg putus cinta
iols pulak yg rasa sedih..apoooo
Quote JibboTheCat 20-12-2019 10:58 AM
takpe rilek2 dulu.. semoga berjumpa jodohnya nanti
Quote Berbudibahasa 20-12-2019 11:00 AM
Nak jadi madu saya x...
Quote aunty_onion 20-12-2019 11:00 AM
RumiMenari replied at 20-12-2019 10:18 AM
"Boleh tahan ramai koleksi boyfriend Tiz ya!"

Tt, sy rasa offended dgn statement ni.. bukannya se ...

hahahaha
tu la agak bodoh ayat reporter tu. ko ingat semua orang jumpa 1st love terus kawin ke
Quote hzln 20-12-2019 11:02 AM
Jgn gundah
Ebby yus ada
Quote Cassieopeia 20-12-2019 11:17 AM
walau nampak urban tp taste sheol tetap melayu asli gitew
Quote pakwetizzaqyah 20-12-2019 11:17 AM
tu la, pilih lg anak2 org kaye tk reti nk hidup ssh hrp duit mak bpk, mne diorng reti jage hati pompuan, nk lepeh napsu je, dlu aku nk kt ko ko tk nk, lonely la ko smpai tue. hahahahahahahaa
Quote inspiro92 20-12-2019 11:36 AM
RumiMenari replied at 20-12-2019 02:18 AM
"Boleh tahan ramai koleksi boyfriend Tiz ya!"

Tt, sy rasa offended dgn statement ni.. bukannya se ...

no need to feel offended. that statement hanya usik2 je. obviously relationship bukan mende main2.n Tiz pun bukan tukar bf mcm tukar baju. Sian Tizzy blum jumpe lelaki yg sesuai.
Quote aemon 20-12-2019 11:58 AM
Baru 31 ke?muka dia nampak tua sangat.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.053376 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top