CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Didikan Yang Sempurna," Netizen Sebak, Puji Akhlak Anak Ozlynn & Johan

20-12-2019 04:19 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 9178| Komen: 20|Original author: SakuraJo

Description: Pasangan selebriti Johan dan Ozlynn sangat dikenali dengan sikap mereka yang 'gila-gila' dan 'sempoi'. Penampilan mereka yang sangat ringkas juga menyebabkan ramai tidak menyangka yang pasangan ini sa ...
Pasangan selebriti Johan dan Ozlynn sangat dikenali dengan sikap mereka yang 'gila-gila' dan 'sempoi'. Penampilan mereka yang sangat ringkas juga menyebabkan ramai tidak menyangka yang pasangan ini sangat tegas dalam mendidik anak-anak mereka. 



Ketegasan mereka itu, telah berjaya menjadikan anak-anaknya lebih berdisiplin terutama sekali dalam mengerjakan tuntutan agama seperti solat 5 waktu. 


Baru-baru ini, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Binti Ismail telah berkongsi momen yang menyentuh hati keibuannya tentang sikap anak sulung mereka iaitu Ariq.

Cerita Ozlynn, beberapa hari yang lepas anaknya Ariq mengetuk pintu biliknya untuk memberitahu yang dia ingin menunaikan solat subuh di Masjid. Walaupun Ozlynn menawarkan diri untuk menghantar, tetapi anaknya menolak kerana enggan menyusahkan ibunya.

"Dia cakap takpela cuba call pakcik dia (adik aku) so aku pun teruskanlah urusan aku dalam bilik."

"6.20am macam terfikir. Mana anak aku? Jadi ke pergi masjid?"

Tambah Ozlynn, dia menyangkakan anaknya sudah ke masjid namun sebaliknya dia mendapati anaknya sedang mengaji dalam bilik permainan. 

"Dia cakap tak dapat pergi masjid sebab pakcik dia tak jawab telefon."

"So dia solat dan mengaji kat rumah je. "

Lebih menyentuh hati apabila anaknya berkata yang dia tidak meminta ibunya untuk menghantarnya ke masjid kerana enggan mengganggu ibunya mahu berehat. 

"Aku cakap kenapa tak bagitahu? Aku boleh hantar. Dia jawab tak nak ganggu mama. Ingat mama nak rehat."

Ozlynn juga turut meluahkan rasa bersyukurnya dikurniakan dengan anak yang soleh seperti Ariq dan berharap anaknya itu akan sentiasa menjaga ibadahnya dan dan berjaya dalam hidup.


Perkongsian Ozlynn tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya turut tersentuh dengan sikap Ariq dan memuji cara didikan Johan & Ozlynn. 

Kredit foto : Ig Jozlynn

Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk mendoakan agar Ozlynn menutup aurat suatu hari nanti.

Kredit foto: Ig Jozlynn
Apa pun tahniah diucapkan kepada Johan dan Ozlynn kerana memberi pendidikan agama yang mencukupi buat anak-anak. Boleh dijadikan contoh buat ibu bapa yang lain juga tu. -CARI
4

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 20-12-2019 04:29 PM
Mcm dah baca jer sebelum ni
Quote matbad 20-12-2019 04:47 PM
mau bleh puji melambung lambung kalah mael lambong..ada salah skit nanti mula la hentam berjemaah kata kat makpak dia..dasar keyboard worrior..nyampah plak aku dgn netizen keciwi ni
Quote Adm89 20-12-2019 05:26 PM
Anak2 deolls helok jugak wlaupun ozlynn dgn johan nan hado
Quote bondeh 20-12-2019 06:04 PM
comelllllllllll
Quote slyfynx 20-12-2019 06:50 PM
Bukan ke dah ade ke thread mcm ni sblm ni.

And again, berita IG.
Quote ekmal_sorrow 20-12-2019 07:47 PM
dulu masa nora danish ajar anak dia solat kt umah,
ada jgk sesat 2-3 Pendoggie agama komen solat x sah la , mak bapak ajar anak ajaran sesat la....

setau aku pendoggie ugama kurang iman (PUK!) yg biasanye misleading dan hipokrit dlm dakwah. tu blom masuk lagi tegur orang mcm nak baham the whole body.
Quote LadyCarefree 20-12-2019 08:20 PM
Anak dia iras Farid Kamil rupanya.
Quote chicozinn 20-12-2019 09:31 PM
Eh brape byak la benang acik tomboy ni kat forum????da la humblebrag berperangai rempitss..tapi kalu anak2 bgus bab agama alhamdulillah..jgan demi hadap dpan kemera je sebab kardapam pun sllu gmbar pakai telekung dek nak suci dimata haters
Quote barfi 20-12-2019 09:35 PM
Betul la muka anak pompuan ozlynn chanteq ni macam boram Korean kid YouTuber tu
Quote Cyempaka 21-12-2019 12:03 AM
Itupun nak sebak ke..
Quote jargon 21-12-2019 12:08 AM
Ank sulong dia sebijik fk la pulakkk..
Quote keys 21-12-2019 12:11 AM
Memang zaman retis dan selebriti berlumba nak menunjuk ke?
Quote i_is_kennot 21-12-2019 02:06 AM
Okayyyy
Keluarga bahagiaaaa..
Quote simatakucing 21-12-2019 09:55 AM
Tgk video family johan raya kt penang tu,ngekek fmly cina tengok johan buat lawak,n ariq ni pndai layan popo nya,ckp mandarin pun pndi
Quote Madel 21-12-2019 10:35 AM
Anak sulung dia tu ke yg dulu digossip2 kan?
Quote tuberoses 21-12-2019 12:04 PM
Madel replied at 21-12-2019 10:35 AM
Anak sulung dia tu ke yg dulu digossip2 kan?

mcm penah dgr gosip2 itu...tak pasti kebenarannye
Quote RatuDunia94 21-12-2019 12:33 PM
Madel replied at 21-12-2019 10:35 AM
Anak sulung dia tu ke yg dulu digossip2 kan?

Yele.. yg laim pipi bulat.. yg sulit bujur.. ikut muka "bapaknya"
Quote nordin84 21-12-2019 01:58 PM
dah2 la puji ank ang dlm ig..ni la retis,nanti ank jd mcm lain,mule slhkan environment
Quote Madel 21-12-2019 02:00 PM
RatuDunia94 replied at 21-12-2019 04:33 AM
Yele.. yg laim pipi bulat.. yg sulit bujur.. ikut muka "bapaknya"

Adik2 yg lain montel rendang2
Yg sulung tinggi mengalah

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.060240 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top