CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Macam Hamba Abdi" - Tawar Gaji Tidak Berpatutan Dengan Kerja, Aliff Syukri Dikecam Warganet

21-12-2019 09:20 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 33242| Komen: 239

Description: Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada suku pertama 2019 Malaysia merekodkan seramai 516,600 penganggur dan 238,286 daripadanya ialah fresh graduate. Statistik ini sangatlah merisaukan, membuatkan ...
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada suku pertama 2019 Malaysia merekodkan seramai 516,600 penganggur dan 238,286 daripadanya ialah fresh graduate. Statistik ini sangatlah merisaukan, membuatkan ramai terfikir bahawa adakah menyambung pengajian itu masih lagi relevan jika peluang pekerjaan adalah terhad dan sukar untuk dicari.


Baru-baru ini, syarikat AS Legacy milik Dato' Sri Aliff Syukri ada memuat naik satu tawaran pekerjaan di laman Facebook miliknya. Berdasarkan tawaran tersebut, skop kerja yang ditawarkan adalah graphic designer namun pemohon perlu mahir dalam menggunakan Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Adobe Premiere Pro, Adobe Dreamweaver, mempunyai kemahiran photography, boleh menghasilkan video, mereka laman web, menjaga media sosial, copy-writing dan sebagainya. 

Semua kemahiran ini mestilah dikuasi oleh pemohon dan lebih mengejutkan, gaji yang ditawarkan hanyalah dalam purata RM1500 sehingga RM1800. 


Post ini mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya kurang senang dengan gaji yang ditawarkan oleh AS Legacy. Pemohon perlu melakukan beberapa skop kerja namun gaji yang ditawarkan sangatlah rendah dan tidak berpatutan. Malah ada warganet yang menyenaraikan skop kerja yang ditawarkan dan selepas diselidik, posisi kerja tersebut perlu melakukan hampir 5 skop kerja di dalam satu jawatan graphic designer. 

Tawaran kerja ini tular di media sosial Facebook dan Twitter dan rata-rata warganet mengecam tindakan Dato' Seri Aliff Syukri yang seolah-olah mengambil kesempatan ke atas kesukaran graduan untuk mendapatkan kerja pada masa kini.

Rentetan dikecam oleh warganet, AS Legacy memuat naik status baru yang menerangkan bahawa mereka tetap dengan pendirian dan akan terus mencari calon pekerja baru yang sesuai.


Lagi beberapa hari lagi kita akan masuk ke tahun 2020, namun masih ada lagi majikan yang mengambil kesempatan ke atas kesempitan orang lain. Salahkah jika majikan menawarkan gaji yang setimpal dengan tugas yang diberi? Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, taraf purata  gaji di Malaysia masih lagi di takuk lama dan isu ini sangat membimbangkan untuk golongan muda. 

Apa pendapat korang tentang isu ini? Jika korang ada pengalaman yang ingin dikongsikan bersama berkenaan isu gaji dan kerja di Malaysia, berikan pendapat di ruangan komen! - CARI

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • jajangmyeon

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damian_lee 21-12-2019 09:31 AM
Edited by damian_lee at 21-12-2019 01:32 AM

Itu bukan scope GD jer dia letak
Customer service / media social engineer
Photographer
Copywriter bagaiii

Kaya tapi tindas orang

Babi
Quote September14 21-12-2019 09:34 AM
Ponen ni mmg babi kedekut ntah2 hutang btimbun sbb produk sampah menipu dah x laku
Quote mimi77 21-12-2019 09:34 AM
dia punya kedekut tu.....kemain lg dia punya kekwat nak itu nak ini...nak gah.....tp byr gaji org mcm tu?x payah la duk apply. tgk apa dia nk buat
Quote TravellingBear 21-12-2019 09:37 AM
Hmmm gaji kelayakan spm tkde skill sekitar tu ler heheee... apooooooooo
Quote salmon-suki 21-12-2019 09:38 AM
Zmn kejatuhan dia ni..semoga cpt2 jatuh biar dia sedar sket,duit byk x semestinya berhak nk tindas org lain!
Quote barfi 21-12-2019 09:39 AM
Kau nak itu ini kurang2 gaji 3.5 k la..
Quote adila39 21-12-2019 09:40 AM
merepeknya gaji
Quote misc 21-12-2019 09:55 AM
Setakat gaji mcm tu baik kerja receptionist ja. Kepala pun tak sakit.
Quote bioessence 21-12-2019 09:55 AM
Anrtara tokey BMF yg lupa daratan
Kaya kerana sokongan melayu
Padahal produk sampah
Quote sarah82 21-12-2019 10:03 AM
Aku x faham status yg last tu.. Serupa bangla yg menaip
Quote Mekpah 21-12-2019 10:07 AM
Nk gaji besar kenalah kipas heols.. Mulut kena puaka,, kena pandai propa, pandai berlakon
Baru lah gaji masyuk
Quote matchstick 21-12-2019 10:35 AM
sarah82 replied at 21-12-2019 10:03 AM
Aku x faham status yg last tu.. Serupa bangla yg menaip

Mungkin dia dh dpt hire bangla gaji rm1500 utk post yg dia iklankan tu.. Sbg first task utk jaga media sosial itu lah hasil kerja bangla tu
Quote Madel 21-12-2019 10:36 AM
Edited by Madel at 21-12-2019 02:47 AM

Alif syukur ni entah berapa ramai yg dha kerja dgn dia, lepas tu cabut.
Dia ni mmg menghamba abdi kan org je kerja nya.
Acah2 tolong OKU, anak yatim apa semua..ujung2 bayar gaji ciput ,dikerah nya buat kerja mcm2, pastu berlakon teraniaya
Pundek
Quote cupu 21-12-2019 10:37 AM
Jawapn dia nk keje keje xnak keje sudah tu class sgt..terbayang2 dia punya geleding geliat klu mulut kena cili..
Quote cupu 21-12-2019 10:38 AM
misc replied at 21-12-2019 09:55 AM
Setakat gaji mcm tu baik kerja receptionist ja. Kepala pun tak sakit.

Keje kilang pun jauh lg bagus...

U keje mana..kilang je..gaji ot busuk2 dpt 3k.

U keje mana AS legacy..dato alip tu...

Wauuuuuu...gaji 1.5k. Muntah.
Quote claudya 21-12-2019 10:39 AM
nak yang ada skill macam2 pastu gaji macam tu? dah lah main bantai je letak skop kerja.
Quote kawaiichicken 21-12-2019 10:40 AM
salmon-suki replied at 21-12-2019 09:38 AM
Zmn kejatuhan dia ni..semoga cpt2 jatuh biar dia sedar sket,duit byk x semestinya berhak nk tindas o ...

bagus..lagi cepat lagi bagus..tu kawan dia lagi sorang yang entah ada lagi pisang ke tak..pun harap2 cepat jatuh..baru nak sedar diri
Quote Ladybird910 21-12-2019 10:40 AM
Berbelanja macam xingat dunia xpe..demi likes dan followers..tp kebajikan staff xjaga..sbb tu la PA dgn staff dia asik tuka ganti..siapa tahan..gaji ciput.keje macam hamba.24jam kena ikut rentak dia..pastu pakej skali dgn maki klu dia moody..pfftttt
Quote umbut 21-12-2019 10:46 AM
Memang kedekut... ntah xda duit banyak hutang berlagak je ngan bag kasut ntah x ori...

Lihat semua komen(239)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.074986 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top