CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Red Velvet Oreo Cheesecake Tanpa Bakar, Mudah Saja Nak Buat!

23-1-2020 10:18 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6011| Komen: 14|Original author: Oleh: natrahn

Description: Kadang-kadang, kita teringin nak buat kek sendiri tapi tak ada ketuhar pula untuk membakarnya. Jangan bimbang. Tiada ketuhar, tiada masalah!



Kadang-kadang, kita teringin nak buat kek sendiri tapi tak ada ketuhar pula untuk membakarnya. Jangan bimbang. Tiada ketuhar, tiada masalah!

Ada sesetengah kek yang tidak memerlukan anda untuk menggunakan ketuhar langsung, seperti kek keju.

Kalau anda ingin cuba buat kek keju yang mudah dan tak perlu dibakar-bakar, ikutlah resipi kek keju mudah ini.


Kek Keju Baldu Merah Tanpa Bakar (Red Velvet Oreo Cheesecake)





Bahan-bahan bes Oreo

  • 1 pek besar biskut Oreo perisa Red Velvet (krim dan biskut diasingkan)
  • 3 sudu besar mentega (dicairkan)

Bahan-bahan krim keju

  • 500 gram krim keju
  • 200 ml krim putar
  • Krim putih Oreo
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu besar serbuk gelatin
  • 2 sudu besar air
  • 1/2 pek biskut Oreo kecil (dipatahkan)


Cara membuatnya:
  1. Asingkan biskut Oreo perisa Red Velvet dengan krim putihnya.
  2. Hancurkan biskut Oreo sehingga menjadi serbuk.
  3. Gaulkan dengan mentega yang sudah dicairkan sehingga sebati.
  4. Ratakan campuran biskut di atas loyang saiz 6" dan tekan sehingga mampat. 
  5. Biarkan bes Oreo sejuk di dalam peti beku selama 15 minit.
  6. Putarkan krim keju dan gula sehingga sebati atau sehingga gula sudah tidak menjadi berketul.
  7. Menggunakan teknik double-boiler, cairkan krim putih Oreo yang diasingkan.
  8. Seterusnya, gabungkan gelatin dengan air suam.
  9. Campurkan krim putih Oreo cair, gelatin, jus lemon dan putarkan sehingga adunan menjadi gebu dan sebati.
  10. Letakkan biskut Oreo yang dipatahkan ke dalam adunan dan kacau sedikit.
  11. Masukkan adunan krim keju ke atas bes Oreo yang telah dibekukan. Hiaskan kek mengikut kreativiti anda. 
  12. Masukkan ke dalam peti ais dan bekukan semalaman atau sehingga sudah tidak cair lagi.

Sedia untuk dihidangkan. Rasa krim keju dengan biskut Oreo Red Velvet memang ngam. Tidak cukup nikmati sepotong sahaja! 





Bagai kena dengan tema merah sempena Perayaan Tahun BAru Cina, marilah kita sama-sama mencuba. - CARI


Kredit resipi - Rohasliza Amat

9

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote i_is_kennot 23-1-2020 02:21 PM
Sedapnya Red Velvet...  {:childlike
Quote bulu_tangkis 23-1-2020 03:31 PM
fuhhh fevret nih...
Quote drivethru 23-1-2020 07:39 PM
Ni mmg basic resepi cheese kek sejuk beku. Cuma kalau ade modal lebih, jgn guna cheese tatura ni. X sedap.
Quote Lengkong 23-1-2020 09:42 PM
Cantiknya kaler merah



Quote puanbintang 30-1-2020 09:28 AM
huisssshh...sedapnya! dahla faveret gila dengan semua jenis kek bercheese ni..nanti - nanti ye boleh dicuba
Quote natrahn 30-1-2020 10:35 PM
puanbintang replied at 30-1-2020 09:28 AM
huisssshh...sedapnya! dahla faveret gila dengan semua jenis kek bercheese ni..nanti - nanti ye boleh ...

Biskut red velvet oreo ni jenuh cari tak jumpa-jumpa...
Quote CikB 2-2-2020 05:24 PM
tq share resepi......
Quote kakngah80 5-2-2020 09:03 AM
sedapnya, harus mencuba ni....tq share resepi
Quote iznanaziz 28-2-2020 05:12 PM
sebelah gmbr cream cheese tu apa?
Quote Nes3in1 4-4-2020 10:46 AM
Sedapnya kek red velvet... Tapi ai tak suka oreo {:smile
Quote Bylaaz 19-3-2021 10:33 PM
Ya tuhan terliur tengok resipi ni
Quote Guli 30-4-2021 08:10 PM
Tq share resepi.
Quote Guli 30-4-2021 08:10 PM
Sedap betul red velvet, fav sgt
Quote Guli 30-4-2021 08:11 PM
Terliur Rasa

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.234818 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top