CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Ingat Dengan Fikry Ibrahim" - Netizen Respek 7 Tahun Farah Nabilah Sorok Cinta!

23-12-2019 10:25 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 11013| Komen: 31|Original author: Oleh: Myeonir

Description: Umum mengetahui pelakon Farah Nabilah sudah pun selamat dinikahkan dengan lelaki pilihannya iaitu seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus.
Umum mengetahui pelakon Farah Nabilah sudah pun selamat dinikahkan dengan lelaki pilihannya iaitu seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus. 

Ramai yang terkejut kerana aktres itu senyap-senyap sahaja mengumumkan hubungan cintanya pada Oktober lepas.


Dengan hantaran RM77,777.77 diiringi mas kahwin sebanyak RM1,000, mereka sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz sahaja dalam majlis yang diadakan dengan meriah sekali di Royale Chulan Damansara. 


Kredit foto: IG

Bagi memberkati lagi hubungan perkahwinan yang baru terjalin ini, Farah dan Amirul turut mengadakan majlis khatam al-Quran.


Kredit foto: IG

Kemudiannya, persandingan pasangan merpati dua sejoli ini pula diadakan di Neo Event Hall pada 21 Disember. Diberi nama 'Mehndi Night', gambar Farah dan Amirul menjadi perhatian netizen kerana temanya yang ala-ala Aladdin. Cantik sungguh!


Kredit foto: IG

Kalau anda nak tahu, detik pertemuan kedua pasangan pengantin baru ini adalah kerana mereka diperkenalkan Izara Aishah yang juga merupakan rakan baik Farah Nabilah. Siapa sangka mereka benar-benar berkahwin tujuh tahun kemudiannya!



Menerusi sedutan video selepas pernikahan mereka, Farah mengakui bahawa dia sudah menanti selama tujuh tahun untuk menjadi isteri kepada Amirul. Namun, kerana komitmen kerja dan sering berjauhan, pasangan ini terpaksa mengaguhkan hasrat mereka sehinggalah ke hari pernikahan ini.

Netizen yang mendengar pengakuan Farah rata-ratanya memuji pelakon wanita itu kerana mampu merahsiakan hubungan cintanya selama tujuh tahun. 

Ada yang sampai ingatkan Farah sebenarnya bercinta dengan rakan pelakon lain seperti Fikry Ibrahim dan gamer terkenal iaitu Soloz.


Kredit foto: Twitter

Relationship goals! - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 23-12-2019 10:47 AM
????
Ape gosipnye?
Quote fliphair8 23-12-2019 11:00 AM
abam pilot not bad..ensem, tapi cam comot skit muka, and badan kurang solid...haaa gitchu hakak komen laki orang....
Quote Boomibulat 23-12-2019 11:02 AM
fliphair8 replied at 23-12-2019 11:00 AM
abam pilot not bad..ensem, tapi cam comot skit muka, and badan kurang solid...haaa gitchu hakak kome ...

semoga laki sendiri tidak sendu di tepi perigi..
Quote Adeakukesah11 23-12-2019 11:04 AM
Dia mmg sorok smpai tak mengaku kan..
Quote doubleA 23-12-2019 11:05 AM
Pompuan kalau dah ada yg menunggu, memang dia steady je tak nampak desperate gosip laki tu ini. Tup2 kawen jah
Quote lolipopbiru 23-12-2019 11:13 AM
Adeakukesah11 replied at 23-12-2019 11:04 AM
Dia mmg sorok smpai tak mengaku kan..

bkn stkt tak mengaku dah ada bf,tapi siap keluar makan makan lepak dan teman fikri pergi stadium kot masa final kedah lawan perak..

Quote lolipopbiru 23-12-2019 11:14 AM
fliphair8 replied at 23-12-2019 11:00 AM
abam pilot not bad..ensem, tapi cam comot skit muka, and badan kurang solid...haaa gitchu hakak kome ...

laki dia hensem tapi gaya mcm bdk bdk je, nmpk fawa lebih matang..badan tak fit sgt mcm gelebeh gitu
Quote RatuDunia94 23-12-2019 11:40 AM
Laki sheols kena masuk gym.. silap2 boleh kena sondol dgn kawan2 sheols.
Quote jijilaaa 23-12-2019 11:41 AM
ak suka plak tgk iv dgn laki dia....aki dia cam kelakar sket...nampak colourful la relationship diaorg
Quote anarina 23-12-2019 12:06 PM
Sepadan
Quote JibboTheCat 23-12-2019 12:09 PM
tahniah.. sama cantik sama padan
Quote iolss 23-12-2019 02:25 PM
tahniah..bgs senyap2 trs kawen dia ni.
Quote MissLana 23-12-2019 02:32 PM
knp ya iols rasa sgt rengsa tgk muka kak fawa nih? iols tak dpt carik cantik dia dkt mana, bg iols muka dia agak desa2. maaf yaa ngefans kak fawa, btw laki sheols iols rasa cam nak sailang je nihhhh herlokkk laa
Quote nanasno 23-12-2019 02:35 PM
elok lagi la sheols dengan pilot ni drpd fikry. senang idop goyang kaki jah. tahniah farah nabilah walaupun iols tak kenal chuols ni berlakon crita apa.
Quote aTiKah_aYuNi 23-12-2019 03:02 PM
tahniah farah nabilah
Quote lasagna 23-12-2019 03:13 PM
aku harap fikri bukan kena friendzone lah dgn farah. aku harap laa.
Quote Sazida 23-12-2019 03:30 PM
MissLana replied at 23-12-2019 02:32 PM
knp ya iols rasa sgt rengsa tgk muka kak fawa nih? iols tak dpt carik cantik dia dkt mana, bg iols m ...

Uihhh youu. Mak mertua iols cukup minat fawa ni. Katanya muka perempuan melayu betul.
Quote kiyudi 23-12-2019 03:33 PM
cam ni la bagus...bkn acah2 macam si kemut tu.....

Quote lasagna 23-12-2019 03:37 PM
kiyudi replied at 23-12-2019 03:33 PM
cam ni la bagus...bkn acah2 macam si kemut tu.....

jangan uols sebut nama kemut tu, kena banned kat sini nama tu ya..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.383369 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top