CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Budak Lelaki 8 Tahun Raih Pendapatan RM107 Juta Melalui Youtube!

26-12-2019 12:40 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 8270| Komen: 27|Original author: Tukang Tulis

Description: Duduki tangga teratas dua tahun berturut-turut.
Ryan Kaji menerima pendapatan AS$26 juta melalui YouTube sepanjang 2019. Kredit foto: CNN & Pexels

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun, Ryan Kaji menerima AS$26 juta (RM107.68 juta) hasil daripada video ulasan mainan yang disiarkan dalam YouTube tahun ini.

Memetik laporan CNN, majalah Forbes menamakan Ryan yang mempunyai 22.9 juta pengikut melalui saluran Ryan's World sebagai penerima pendapatan tertinggi menerusi platform berkenaan.

Tahun lalu, Ryan juga menduduki tempat teratas dengan pendapatan berjumlah AS$22 juta (RM91.11 juta).

Ryan mula meraih populariti dalam internet melalui genre 'buka kotak' yang melibatkan membuka kotak di depan kamera dan memberi komen terhadap mainan yang dihadiahkan.


Seorang lagi kanak-kanak, Anastasia Radzinskaya, 5 tahun, menduduki tempat ketiga dengan pendapatan berjumlah AS$18 juta (RM74.55 juta).

Dia yang dilahirkan di selatan Rusia menghidap cerebral palsy muncul dalam video YouTube bersama bapanya.

Anastasia Radzinskaya. Kredit foto: www.rt.com
Anastasia mempunyai 107 juta pengikut melalui tujuh saluran dan video-vedeonya telah ditonton sebanyak 42 bilion kali.

Salah satu videonya yang paling popular adalah tentang kunjungan ke sebuah zoo di mana Anastasia dan bapanya menari dengan berlatarkan lagu 'Baby Shark'.

Dude Perfect yang dianggotai lima sahabat berusia 30-an menduduki tempat kedua dengan meraih AS$20 juta (RM82.83 juta) melalui video yang berkisar tentang sukan dan aksi lagak ngeri.

Dude Perfect. Kredit foto: Guinness World Records
Sementara itu, PewDiePie yang pernah menerima pendapatan tertinggi satu ketika dahulu, kini berkongsi tempat ketujuh dengan Markiplier setelah meraih pendapatan AS$13 juta (RM53.84 juta).

Senarai 10 penerima pendapatan tertinggi melalui Youtube:

1. Ryan Kaji, AS$26 juta (RM107.68 juta)

2. Dude Perfect, AS$20 million (RM82.83 juta)

3. Anastasia Radzinskaya, AS$18 million (74.55 juta)

4. Rhett and Link, AS$17.5 million (RM72.48 juta)

5. Jeffree Star, AS$17 million (RM70.41 juta)

6. Preston (Preston Arsement), AS$14 million (RM57.98 juta)

7. PewDiePie (Felix Kjellberg, AS$13 million (RM53.84 juta)

7. Markiplier (Mark Fischbach), AS$13 million (RM53.84 juta)

9. DanTDM (Daniel Middleton), AS$12 million (RM49.7 juta)

10. VanossGaming (Evan Fong), AS$11.5 million (RM47.63 juta)

Memang beruntung Ryan dan Anastasia, kecil-kecil lagi sudah dapat duit yang banyak. - CARI

20

Bagus
18

Marah
16

Terkejut
15

Sedih
17

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Iddels

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 26-12-2019 01:24 PM
Untongnya kau dik. Acik buat youtube takde orang nak tengok pon
Quote pakderis 26-12-2019 01:41 PM
menarik anak muda kita pun boleh, yang penting pengisian berfaedah
Quote elzy 26-12-2019 02:07 PM
Ina8895 replied at 26-12-2019 01:24 PM
Untongnya kau dik. Acik buat youtube takde orang nak tengok pon

Hahaha samalah kita, tapi saya more worst tak reti edit video tapi ada hati nak jadi YouTuber
Quote gigimukelabu 26-12-2019 02:22 PM
elzy replied at 26-12-2019 02:07 PM
Hahaha samalah kita, tapi saya more worst tak reti edit video tapi ada hati nak jadi YouTuber :mad ...

Benda boleh belajar. Selow selow gitu. Takpun buat content yang tak payah susah2 edit video. Yang penting kretip chuolsss

Quote elzy 26-12-2019 02:24 PM
gigimukelabu replied at 26-12-2019 02:22 PM
Benda boleh belajar. Selow selow gitu. Takpun buat content yang tak payah susah2 edit video. Yang  ...

Thank you for your support..
Paling tak boleh hadam orang makan pun boleh jadi YouTuber popular kannn, so kena kretip ..
Quote seri_mawr 26-12-2019 04:05 PM
berpa jumlah viewer yang selayaknya kita akan dapat bayaran...?

Quote adila39 26-12-2019 04:09 PM
okayyyy i nak jadi utuberrrrr!!!!
Quote BoongaKertas 26-12-2019 04:16 PM
harap2 duit tu dapat cover all his expenses membesar dan kos pendidikan heols. kayo yop!
Quote i_is_kennot 27-12-2019 02:34 AM
Okay.. Buat video menan jana duit,   enjoy zaman kanak kanak ..
Quote NadaDeafah 27-12-2019 07:46 AM
sampai juling mata ko dik jadi utuber
Quote Ina8895 27-12-2019 02:08 PM
Kalau budak ni duk msia bengkok le kena bayar cukai digital tahun depan
Quote Ina8895 27-12-2019 02:08 PM
Kalau budak ni duk msia bengkok le kena bayar cukai digital tahun depan
Quote Star_el 27-12-2019 05:20 PM
sorg youtube gamer yg aku follow pun dah berjaya beli rumah setelah 5 thn buat channel tu, muda lg budak tu, 26 thn kot. Jeles aku.
Quote siputpepel 17-7-2020 03:33 PM
Kalau i buat youtube, ada ke yang nak tengok
Quote ell768 17-7-2020 03:48 PM
ni laa yg anak aku tgk..lepas tu ckp omputeh dgn aku pulak...untung laa makpak ko dik...
Quote rifaa 17-7-2020 04:56 PM
acik wat utube yg tengok 2 org je
Quote Boomibulat 18-7-2020 10:07 AM
Alhamdulillah..video saya di yuotube dh ditonton 84 kali..
Quote bakingsoda 18-7-2020 04:29 PM
jelesnye akak dikkk, tapi dude perfect tu mmg deserve sbb video dorang mmg effort tinggi nak suruh 'perfect' aksi2 semua. kalau aku buat video youtube scoop litter box kucing aku ada yg nak tengok tak
Quote lolali 20-7-2020 11:04 PM
Wah kayaaaaa. Anak anak aku suka betul tgk dia tp aku bingit kalau mak si ryan ni bercakap. Nyaringgg. Dgn gelak dia lagi.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.070277 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top