CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Puas Hati GV6 Ada Dua Juara? "Bersihkan Hati Dulu" Kata Tok Ram

25-12-2019 09:15 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9239| Komen: 43|Original author: Oleh: natrahn

Description: Gegar Vaganza Musim Keenam (GV6) mencatat sejarah industri muzik tanah air yang menyaksikan dua peserta dinobatkan sebagai juara.
Gegar Vaganza Musim Keenam (GV6) mencatat sejarah industri muzik tanah air yang menyaksikan dua peserta dinobatkan sebagai juara.

Naqiu Boboy dan Hady Mirza mengumpul markah sama iaitu sebanyak 87 peratus selepas diadili ketiga-tiga juri dan menjadi juara bersama dalam program realiti TV terbitan Astro itu.



Kredit foto: Instagram Ramli MS

Ketua juri GV6 Datuk Ramli MS mendapat tekanan dari wartawan dan netizen di atas keputusan yang dibuat.

Menolak dakwaan sengaja mencetuskan kontroversi di atas keputusan yang dibuat, menurut Ramli atau Tok Ram, ia adalah keputusan yang adil dan muktamad.




Memetik laporan Murai.my, ketika Tok Ram ditemu bual bersama F8Buzz malam tadi, beliau berkata, keputusan tersebut telah pun mendapat persetujuan dari ketiga-tiga juri iaitu, Datuk Rizalman, Hetty Koes Endang dan pihak pengurusan.

"Mungkin komen negatif daripada pihak yang tak berpuas hati itu mahukan peserta yang digemari menduduki tempat teratas. 

"Pada saya tidak ada kontroversi, kedua-dua mereka layak mendapat tempat teratas. Malah, pihak Astro sendiri berbesar hati menambah jumlah wang kemenangan pada saat akhir,"tegasnya.



Tok Ram turut menafikan keputusan ini sudah dirancang.

"Ia memang tidak pernah dirancang, kadang-kadang rezeki orang tu, kita tak tahu! Ia terjadi on the spot

"Yang menjadi masalah sekarang, ramai tak puas hati sebab mahu lihat Naqiu menjadi juara dan Hady di tempat kedua. 

"Mungkin sebahagian daripada mereka mahu lihat Naqiu tewas dan Hady dinobatkan menjadi juara.

"Kedua-dua mereka dah menjadi juara, apa yang mereka mahukan lagi? 
 
"Saya rasa mereka yang tak berpuas hati dengan keputusan ini lebih baik bersihkan hati tu dulu," katanya.

Fuh! GV6 memang penuh dengan kejutan sejak dari awal lagi kan. Mula-mula dilanjutkan dari lapan minggu ke 11 minggu. Kemudian ada dua juara pula.

Apapun, sudah tersurat juara GV6 milik Naqiu dan Hady. Rezeki mereka berdua. - CARI
6

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 25-12-2019 09:30 AM
Bukan ke dah ade ke cerita ni?
Perlu ke banyak2 thread
Quote Idego 25-12-2019 10:47 AM
Nape banyak benar thread nyee
Quote RatuDunia94 25-12-2019 11:02 AM
Alahai Tok Ram.. kredibiliti cuols semakin lama semakin dipertikai.. tu la byk sgt join si lembam nabil n jiha tu..
Quote annadonna 25-12-2019 11:03 AM
Ko cakaplah apa pun tokram. Ko memang ada favouritism. Engko kena bersihkan hati tu supaya professional menjuri. Ada pulak sampai tak boleh tentukan pemenang. Mengarut aje. Nasib baiklah pertandingan hiburan aje tak ada apa sangat manfaat kepada yang menonton.
Quote LadyCarefree 25-12-2019 11:25 AM
Amboi sedapnya tokram tuduh orang hati xbersih
Quote LadyCarefree 25-12-2019 11:26 AM
RatuDunia94 replied at 25-12-2019 10:02 AM
Alahai Tok Ram.. kredibiliti cuols semakin lama semakin dipertikai.. tu la byk sgt join si lembam na ...

Khenzssss sedap je ckap orng hati xbersih. Nk mengata paknil ke? Iols lebih suka paknil dr tokram kontrolbasi ni.

Pastu ko sorak merdeka sbab habis tugas kt GV. Nk seronok merseka sngat elokla semua doakan tomram xde job dh lepas ni. Boleh heols berehat merdeka manjang
Quote dua_chzy 25-12-2019 12:18 PM
Ramli MS ni makin lama makin hauk kualit kerja. Terutama sejak menikoh.
Quote unguaurora 25-12-2019 01:05 PM
Iols syak, markah hady lbh tggi tp disebabkan tekanan dr fans yg terlalu mengharap nq menang, deols terpaksa heret nq jd juara juga..hmmm
Quote seulgi 25-12-2019 01:17 PM
Tok ram dah berjangkit dengan prof muhaya bersihkan hati ke?
Quote damian_lee 25-12-2019 04:38 PM
Amboiii tok ram
Bagi main pandaiii berkata2

Time komen gagap
Sepatah haram aku xpaham
Quote HoneyManjer 25-12-2019 05:11 PM
move on pwease...mueheeheheh
Quote rania_maira 25-12-2019 05:22 PM
Program hiburan je kot..xyah la amik serius sgt..biaq p la nk ada brp juara..bknnya leh turunkan harga brg pn..dh pihak juri,penaja n penganjur bsepakat stuju dgn kputusan tu,nape org ramai lak yg lebih2 x puashati..sbnrnya bkn apa..mmg jnis sntiasa xkan puashati..kalu Naqiu sorg jd juara pn bising..kalu Hady jd juara sorg pn  bising..pdek kata kalu sape2 menang pn akan bising jgk la..kalu ikut peribadi mmg iols sokong Naqiu tp kalu dah rezki Hady pn menang jgk,ok ape..lagipn psmbahan msg2 mmg outstanding mlm tu..so tahniah to both Naqiu n Hady..korg bdua mmg lyk jd juara!
Quote blue^panther 25-12-2019 05:26 PM
rania_maira replied at 25-12-2019 05:22 PM
Program hiburan je kot..xyah la amik serius sgt..biaq p la nk ada brp juara..bknnya leh turunkan har ...

Netizen chuols, memang macam tu. Mati gantung leher la kalau semua benda nk ikut cakap netizen. Nasib meols sejenis, hari ni tengok lepas 30minit dah move on......
Quote adm7 25-12-2019 05:34 PM
Masih ada lg ke yg tak move on rancangan hiburan pprt ni?
Quote rania_maira 25-12-2019 05:41 PM
blue^panther replied at 25-12-2019 05:26 PM
Netizen chuols, memang macam tu. Mati gantung leher la kalau semua benda nk ikut cakap netizen. Na ...

Hahaha..btul tu..leh jatuh mereng kot kalu nk ikut ckp sorg sorg..mgkin ade antara netizens ni jnis yg dpt kpuasan kot bila dpt komen negatif kat org..
Quote darkness 25-12-2019 05:52 PM
Halahhh yg terlebih sudu dr kuah je yg blm.move on..baik fans hady atau naqiu..apa nak heran..is ok je happy ada la
Quote RumiMenari 25-12-2019 05:55 PM
Simpan bodoh dan sombong tu sket tok ram.. aku xde faveret memane pun meroyan psl juara bermadu ni..suke hati plak nk ckp org busuk hati..mulut busuk org tua ni makin menjadi2..
Quote beta_carotene 25-12-2019 05:59 PM
slyfynx replied at 25-12-2019 08:30 AM
Bukan ke dah ade ke cerita ni?
Perlu ke banyak2 thread

Ketua pengawas sgt uol

Sepul wartawan cari ialah pelajar bermasalah yang kuat escape
Quote Mary_jane 25-12-2019 06:26 PM
Tak pasal2 hati penonton plak dikatanya tak bersih. Penonton yang dok hadap konsert berbelas minggu tu. Kosser.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.065975 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top